Dapur Infaq Bantu Golongan Yang Memerlukan

by - January 12, 2019

Sebelum aku ceritakan lebih lanjut mengenai Dapur Infaq, jom aku kongsikan sedikit tentang maksud Infaq dan perbezaan antara sedekah, wakaf dan infaq.


Sedekah bererti pemberian yang padanya dicari pahala daripada Allah Taala. Rujuk al-Ta`rifat (1/132). Manakala Ibn Manzur memberikan definisi sedekah sebagai apa yang apa yang engkau berikan kerana Allah kepada golongan fakir, yakni yang memerlukan. Rujuk Lisan al-Arab (10/196). Sedekah merangkumi maksud zakat wajib, dan sedekah sunat, seperti yang dimaksudkan dalam 
al-Quran:
إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ ۖ فَرِيضَةً مِّنَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

Maksudnya: Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Surah al-Taubah, (9:60)

Begitu juga keterangan hadis dalam surat yang ditulis oleh Sayyidina Abu Bakar RA:
هَذِهِ فَرِيضَةُ الصَّدَقَةِ الَّتِي فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى المُسْلِمِينَ

Maksudnya: Kefarduan sedekah (yakni zakat) ini ialah seperti mana yang difardukan oleh Rasulullah SAW ke atas kaum Muslimin.

Hadis riwayat Imam Bukhari (1454)

Manakala, Infaq menurut al-Jurjani bererti membelanjakan harta kepada yang berhajat. Rujuk al-Ta`rifat (1/39). Dalam Surah al-Baqarah (2:3), Allah SWT berfirman:
الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
Maksudnya: (Orang yang beriman itu adalah) orang-orang yang beriman dengan perkara yang ghaib, menunakan solat dan mereka memberi infaq apa yang kami rezekikan kepada mereka.

Perkata ‘ينفقون’ dalam ayat ini, menurut pilihan Imam al-Tabari, merujuk kepada pensyariatan zakat dan pemberian nafkah kepada ahli keluarga yang ditanggung. Rujuk Jami’ al-Bayan (1/244). Justeru, sedeqah dan infaq itu ialah sinonim.
Manakala waqaf dari sudut bahasa membawa maksud menahan sesuatu. Dari sudut istilah, ianya membawa maksud menahan harta yang boleh diambil darinya manfaat beserta mengekalkan ‘ain harta tersebut. Ianya menghilangkan pemilikan dan pengurusan harta tersebut dari pewakaf dan harta tersebut akan digunakan pada jalan yang dibenarkan ataupun keuntungan darinya (harta wakaf tersebut) digunakan untuk jalan kebaikan. Lihat Mughni al-Muhtaj, (2/376). Pahala orang yang berwakaf ini akan berkekalan selagi mana harta wakaf itu masih wujud walaupun selepas kematian pewakaf. Wakaf juga disebut sebagai sedekah jariah.
Sabda Rasulullah SAW:

إذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Maksudnya: Jika mati seorang manusia itu akan terputuslah catitan amalannya melainkan pada tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak soleh yang mendoakan baginya kebaikan.

Hadis riwayat Imam Muslim (1631)

Imam Nawawi RAH menjelaskan bahawa sedekah jariah itu bermaksud wakaf. Rujuk Syarh Muslim (11/85).

Justeru, boleh disimpulkan bahawa pengertian infaq dan sedekah memiliki maksud zakat wajib, sedekah sunat, dan wakaf. Manakala wakaf ialah pengertian yang lebih khusus kepada amalan wakaf.

Sedekah Bukan Semesti Dengan Harta

Dalil sedekah tidak semestinya dengan harta adalah hadis daripada Jabir bin Abdullah r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Tiap-tiap perkara yang makruf menjadi sedekah. Antara perkara yang makruf itu ialah hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan saudaramu (sesama anak Adam) biarlah dengan muka yang manis (senyuman) dan (kalau ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang dibawanya". (Riwayat Ahmad)

Bagi zakat pula, hukum mengeluarkannya adalah wajib secara mutlak. Oleh kerana itulah, Islam telah memperincikan zakat sebagai ibadah yang mempunyai syarat-syarat yang tertentu.
Selagi seseorang Muslim itu belum memenuhi syarat-syarat yang melayakkannya berzakat, maka tidak wajib baginya mengeluarkan zakat.
Misalnya, jika anak dan isteri tidak mempunyai makanan pada hari raya, maka seorang suami berhak untuk tidak mengeluarkan zakat fitrah ke atas mereka kerana tidak mampu.
Bahkan jika dia masih berzakat sehingga menyebabkan tanggungan wajibnya tidak mendapat makanan yang cukup dan kelaparan, dia dihukumkan haram dan berdosa.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Mereka bertanya kepada kamu (wahai Muhammad) tentang apakah harta yang perlu mereka nafkahkan? Maka jawablah: Apa yang berlebih daripada keperluan (diri dan tanggungan wajib). (al-Baqarah: 219)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Satu dinar yang engkau belanjakan pada jalan Allah, satu dinar yang engkau gunakan untuk memerdekakan hamba, satu dinar yang engkau sedekahkan kepada fakir miskin, satu dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu, yang paling besar ganjaran pahalanya adalah yang kamu nafkahkan kepada keluargamu. (riwayat Muslim).

Dapur Infaq Bantu Golongan Yang Memerlukan

Dapur Infaq anjuran Sahabat Muqarrabin kini telah membuka ruang pada semua golongan yang berhajat untuk membantu golongan yang memerlukan. Sehingga kini sasaran bantuan adalah untuk golongan pelajar IPTA iaitu anak-anak ASNAF, gelandangan, fakir miskin dan juga mualaf



Kenapa ia dinamakan Dapur Infaq? Sebab Dapur Infaq ini menyediakan makanan dimana ahli-ahli Sahabat Muqarrabin akan sama berganding bahu untuk menyediakan masakan untuk golongan yang sangat memerlukan ini. 

Justeru itu, Dapur Infaq sangat-sangat memerlukan kerjasama dari semua pihak untuk membantu dari segi pemberian bahan mentah untuk masakan dan juga bantuan kewangan. Ini bagi melancarkan lagi perjalanan program Infaq. 



Sehingga kini, agihan makanan kepada golongan yang memerlukan adalah pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat dan setakata ini sumbangan adalah dari orang perseorangan. 


Bagi mereka yang berminat untuk memberi sebarang bentuk sumbangan bolehlah menghubungi :

Ustaz Hamdan Yusi : 013-9388044
Bro Badrul : 016-8841894/0193444922
PU Mizi : 013-9965790
Bro Amirul : 013-9825851
Bro Fathullah : 017-9224211

Manakala sumbangan juga boleh lah disalurkan ke :

Bank Simpanan Nasional (BSN)
Akaun No. : 0600341000070976
Atas Nama : Rumah Kebajikan Asnaf Sahabat Muqarrabin Muadzam Shah





You May Also Like

1 comments