Yusa Food Bantu Pasarkan Produk Usahawan Tempatan

Semalam aku berkesempatan menghadiri Majlis Perasmian Pembukaan Cawangan terbaru Yusa Food di Sunway Putra Mall.
Bagi yang masih belum mengenali Yusa Food, Yusa Food adalah sebuah syarikat yang membantu memasarkan produk-produk Perindustrian Kecil & Sederhana (PKS). Yusa Food mula dibangunkan pada tahun 2001. 


Aku mula mengenali Puan Norli Yusop iaitu Pengarah Urusan Yusa Food sejak tahun 2016 lagi. Maklumlah..aku kan seorang usahawan juga..jadi, sering berkenalan dengan usahawan-usahawan lain ketika menghadiri pelbagai kursus mahupun event-event jualan.

Pada awal kemunculan Yusa Food, mereka memasarkan tart nenas air tangan Puan Norli sendiri. Kalau korang belum cuba tart nenas keluaran Yusa Food..aku cadangkan supaya korang rasa sendiri sebab tart nenas Yusa Food memang terkenal dengan keenakannya. Aku sendiri memang peminat tart nenas keluaran Yusa Food ni!

Puan Norli Yusop (Paling kanan), Pengarah Urusan Yusa Food
Kini, Yusa Food semakin berkembang dan Yusa Food adalah salah satu contoh usahawan berjaya di Malaysia kini! Bukan sahaja memasarkan produk-produk di seluruh Malaysia, Yusa Food juga telah pun mengeksport produk-produk mereka hingga ke China.

Sekitar Majlis Pembukaan Cawangan Terbaru di Sunway Putra Mall

Yusa Food yang telah mempunyai cawangan di SACC Mall, The Curve dan Publika, kini telah membuka cawangan baru mereka di Sunway Putra Mall. Sebuah majlis perasmian sempena pembukaan telah diadakan secara meriah dengan kehadiran Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution.




Majlis turut meriah dengan kehadiran tetamu VIP dan juga usahawan-usahawan yang memasarkan produk mereka melalui Yusa Food.

Secara jujur, aku sangat berbangga dengan usaha Yusa Food dan Puan Norli sendiri yang berusaha keras untuk membantu usahawan-usahawan diluar sana bagi memasarkan produk mereka. Pendek kata, Yusa Food ni adalah One Stop Centre bagi mereka yang ingin dapatkan produk-produk tempatan yang berkualiti.




Antara yang dipasarkan di Yusa Food selain biskut dan snek keluaran Yusa Food sendiri ialah produk sambal keluaran Samza's, Freezy Layer Cake, Honey Bentong Ginger, Sambal Bawang dan Bilis Melia, Royale Pratha keluaran Fatihah Food dan banyak lagi. Insyallah tak lama lagi korang boleh dapatkan Min'z Sambal Hitam Pahang juga kat sana..hehehe

Owner Produk Melia Sambal Bawang & Bilis , Cik Melia

Puan Syidah (Paling Kiri) owner produk Honey Bentong Ginger

Puan Fauziah, owner produk Freezey Layer Cake



Puan Fatihah, owner Fatihah Food



Untuk pengetahuan korang, Yusa Food mempunyai kilang mereka sendiri di alamat :

70, Jalan Bulan U5/172,
Subang 2, 40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Bagi mereka yang ada produk berkualiti yang ingin dipasarkan boleh lah cuba berurusan dengan pihak Yusa Food di talian 019-2228695 atau boleh dapatkan maklumat lanjut tentang mereka di :


Korang yang nak dapatkan produk-produk PKS yang berkualiti boleh lah mengunjungi Yusa Food di Sunway Putra Mall di 032A LG (berhadapan dengan Manhattan Fish Market) atau boleh juga ke cawangan-cawangan Yusa Food di :
  • SACC Mall, Shah Alam
  • The Curve
  • Publika

Post a Comment

1 Comments