Teater Muzikal Hantu Kak Limah Tarikan Terbaru MAPS

by - November 19, 2018

Wah..berita baik untuk peminat filem Hantu Kak Limah. Hantu Kak Limah kini dibawa secara eksklusif oleh Movie Animation Park Studios (MAPS) dalam bentuk teater muzikal!


Bagi yang follow blog aku mesti dah pernah baca entry aku tentang MAPS, Perak. Sempena cuti sekolah yang akan berkunjung tiba tak lama je lagi..MAPS kini membawa lebih keriangan kepada pengunjung dengan pelbagai tarikan terbaru selain Teater Muzikal Hantu Kak Limah yang diadaptasi daripada filem sebenar Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid.

Roller Coster Boboiboy Galaxy Cactus

Selain Teater Muzikal Hantu Kak Limah, terbaru MAPS juga telah melancarkan permainan terbaru mereka iaitu roller coster Boboiboy Galaxy Cactus yang menyasarkan pada golongan keluarga terutama kanak-kanak.

Wah..makin seronok lah anak-anak korang nanti kalau datang ke MAPS ni. Selain boleh bermain dengan permainan-permainan yang disediakan, korang juga boleh membeli cenderahati barangan eksklusif Boboiboy di kedai cenderamata Boboiboy Collectable. Buka tu je..anak-anak mesti teruja bila berjumpa dan berpeluang bergambar dengan maskot Boboiboy Galaxy. Hehehe..boleh la jumpe Yaya sekali!

Ketika menghadiri Sidang Akhbar MAPS minggu lepas, aku difahamkan MAPS juga menawarkan Trilogy Illusion iaitu sebuah ilusi optik yang bakal menarik perhatian pengunjung. Trilogy Illusion ini adalah hasil kolaborasi bersama Trilogy Magic Factory yang membawakan The Sacred Riana dari Indonesia. Perghhh dengar je dah teruja rasa hati! Mesti best kat Trilogy Illusion ni kan?


Peluang Memenangi Pelbagai Hadiah

Lagi satu berita baik untuk korang semua. Bukan setakat permainan-permainan dan tarikan-tarikan terbaru je yang ada di MAPS ni malah korang berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menerusi Dream Box.

Pengunjung berpeluang memenangi hadiah cenderahati bernilai RM500, pengalaman lagak ngeri, baucer makanan bernilai RM300 serta penginapan di Casuarina!! Wow..giler best. Muahaha kalau la aku..dapat penginapan di Casuarina tu yang paling aku nak. Hahahah..cantik weih Casuarina..dah la makanan pun sedap-sedap belaka.

Teater Muzikal Hantu Kak Limah 2 Kali Sehari

Berbalik pada kisah Teater Muzikal Kak Limah yang bakal dipersembahkan di MAPS bermula 24 hingga 31 Disember 2018 nanti, teater ini akan dipersembahkan sebanyak 2 kali sehari iaitu pada pukul 4 petang dan 8 malam.

Teater Muzikal Hantu Kak Limah ini akan dipersembahkan di MAPS Theater. Jadi korang jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri Teater Muzikal Hantu Kak Limah yang dilakonkan oleh pelakon asal Hantu Kak Limah iaitu Delimawati dan pelakon-pelakon lain.


Dengan harga tiket cuma RM90 yang ditawarkan bukan sahaja Teater Muzikal Hantu Kak Limah malah dengan bayaran RM90 tu korang juga berpeluang untuk menikmati semua permainan yang ada di MAPS ni. Haaaa..murah giler wei!

Untuk sebarang maklumat berkaitan MAPS, korang boleh la layari laman web mereka www.mapsperak.com atau ke Facebook page mereka www.facebook.com/mapsperak

You May Also Like

15 comments

  1. Wahhh... menarik... Boleh lah singgah nanti kalau ke Ipoh, Perak

    ReplyDelete
  2. good to know of this as I seldom online to check on blogs. Great update from you, wanna tell my friends that love theatre musical, this look nice and suitable for them to go.

    ReplyDelete
  3. berbaloi tu dengan harga.Bukan sahaja boleh tonton teater muzikal je kan.Mesti ramai yang taknak lepaskan peluang untuk datang ke sini

    ReplyDelete
  4. I always wanted to go to MAPS with my children. The place looks fun and best to go during school holiday soon.

    ReplyDelete
  5. kids gonna love this kind of musical.. Haven't been to MAPS yet.. looks kind of fun! Great leh..

    ReplyDelete
  6. wah tak pastilah berkesempatan ke tak nak ke MAPS ni kalau ada invitation nak pergi la... macam menarik ada macam macam di MAPS ni.. selain dapat timba ilmu sambil boleh tengok teater kak limah hahaha bestt !

    ReplyDelete
  7. Wah... Hatu kak limah on teater. Sure gempak habis ni. Timing dah cantik tuu waktu cuti sekolah. Anak² kalau tahu ni sure kemaruk ajak mama dia belanja tonton sana

    ReplyDelete
  8. Amboi ada dah teater muzikal hantu kak limah hehehehe tak takut ker kanak-kanak tengok.. Tapi kalau teater ni mesti lagi kelakar dan best tak sanbar nak tonton nak pergi MAPS...

    ReplyDelete
  9. Belum ad kesempatan lg nak ke maps ni. Haih bila dengar ad teater musikal kak limah ni terus rasa nk pergi. Kompem kelakarkan kan wak. Kite suke hapi2 ni. hihuhu

    ReplyDelete
  10. This looks great, it will be a great activities for the kids this coming holiday, price also quite reasonable.

    ReplyDelete
  11. Tak pernah datang sini sejak dibuka. Tapi memang akan bawa anak anak kalau berpeluang datang. Muzikal hkl tuh yang buat orang g minat nak tengok. Confirm tak kering gusi tengok

    ReplyDelete
  12. Ruby suka objektif MAPS, mereka akan serap hiburan dari homegrown ke acara di sana. Kalau orang Perak punya. Lagi mereka suka. Ruby belumbelum berkesempatan ke MAPS. Nanti kalau berkesempatan dan semua hiburan dah ada. Ruby visit. Hehe. InsInsyaAllah

    ReplyDelete
  13. MAPS ni dari dulu dah upgrade tapi tak sempat-sempat nak menyinggah. Masa awal-awal dulu semangat dah kita nak pergi, tapi ramai kata tak best. Tapi bila semakin banyak tarikan ni macam best la pula.

    ReplyDelete
  14. RM90? Murah giler kot! Dan yang bestnya, produk tempatan kita diangkat sebegini rupa memang sangat membanggakan! Good job MAPS. Terus Rawlins rasa nak staycation plak.

    ReplyDelete
  15. Hantu Kak Limah kini di dalam teater pulak. Wahh dipersembahkan pulak di MAPS mesti best ni. Harga tiket pun takda lah mahal sangat

    ReplyDelete