'Less Item, More Skincare' ~ UFORA Lancarkan Skincare Ringkas & Berkualiti

by - October 03, 2018

Bertempat di The Club Bukit Utama Golf Resort, UFORA sebuah jenama yang melahirkan ramai jelitawan telah melancarkan produk skincare terbaru mereka.


Alhamdulillah..aku turut berkesempatan untuk sama-sama meriahkan majlis pelancaran tersebut yang diadakan dalam acara gilang gemilang dengan kehadiran para wartawan, blogger dan artis tempatan.

Turut diperkenalkan kepada hadirin ialah pengasas UFORA sendiri iaitu Puan Supia Saupi dan suami iaitu Encik Nik Mohd Hilman Mustapha..hehe..cantik sangat tau Puan Supia ni..ada iras-iras Neelofa pada pandangan mata aku. En Nik pun tak kurang hensemnya..ibarat pinang dibelah dua. 

Pengasas Ufora Skincare Pn.Supia Saupi & suami En Nik Mohd Hilman

Sekitar Majlis Pelancaran

Majlis pelancaran UFORA skincare telah diadakan pada 1 Oktober 2018 bertempat di The Club Bukit Utama Golf Resort.

Majlis yang penuh meriah ini telah memperkenal skincare keluaran UFORA yang terdiri daripada 3 produk sahaja iaitu facial foam, sunscreen dan night serum yang bertepatan dengan konsep mereka iaitu "less item, more skincare"

Cukup dengan 3 produk penjagaan rutin harian, pengguna dijanjikan dengan keberkesanan dan kesihatan kulit dengan lebih mendalam.




3 produk penjagaan yang UFORA telah lancarkan ialah :

1. Facial Foam

Facial Foam keluaran UFORA ni kaya dengan kandungan ekstrak cranberry, ekstrak betik dan vitamin C yang bertindak untuk :
  • Membersih dan menyegarkan kulit
  • Menanggal kotoran dan sel kulit mati
  • Mencerahkan kulit
  • memperbaiki serta mengembalikan seri wajah
Cara penggunaan :
Cuma picitkan sedikit di atas tapak tangan, buih pencuci akan keluar dan urutkan pada wajah dan bersihkan dengan air.

sumber gambar : FB Page Ufora Skincare

2. Sunscreen

Anti penuaan yang terkandung di dalam Sunscreen UFORA ini mampu membuatkan kulit muka kekal muda dan anggun. dengan SPF 50, sunscreen keluaran UFORA ini mampu melindungi kulit dari sinaran UV .

Antara kelebihan sunscreen UFORA ialah :
  • Menutup cela di wajah
  • Perlindungan UVA & UVB yang efektif dan selamat digunakan
  • Mencerah dan meratakan tona kulit
  • Kaya dengan vitamin E
Cara penggunaan :
Oleskan pada kulit wajah setiap pagi selepas membersihkan muka. Boleh juga digunakan sebelum menggunakan make up.

sumber gambar : FB Page Ufora Skincare

3. Night Serum

Night serum keluaran UFORa ini sangat sesuai dengan semua jenis kulit kerana mempunyai kandungan aloe vera yang berkualiti tinggi. Night serum ini bertindak sebagai :
  • Mencerahkan kulit
  • Merawat kulit bermasalah seperti jerawat dan jeragat
  • Menghilangkan parut di permukaan wajah
  • Melembutkan kulit wajah
Cara penggunaan :
Oleskan pada kulit wajah setiap malam sebelum tidur

sumber gambar : FB Page Ufora Skincare

sumber gambar : FB Page Ufora Skincare

Tahniah kepada pengasas produk UFORA iaitu Puan Supia dan suami Encik Nik Hilman kerana berjaya mengeluarkan produk berkualiti tinggi dan packaging yang menarik setanding produk keluaran antarabangsa.

Untuk setiap set UFORA skincare ini didatangkan sekali dengan 3D Blend Puff dan dijual dengan harga RM139 (Semenanjung Malaysia) & RM149 (Sabah & Sarawak)

Bagi yang berminat untuk memiliki set penjagaan wajah dari UFORA ini boleh lah dapatkan keterangan lanjut di :


UFORA Skincare juga boleh didapati di kedai jamu seluruh Malaysia

Sebelum berundur nah aku belanja sedikit video dan gambar sekitar majlis pelancaran UFORA Skincare.








You May Also Like

18 comments

  1. Sekarang memang banyak betul cosmtics yang keluarkan less item or less step. Kalau dulu 10 steps. jenuh kot. I prefer yang less step macam ni. I will check out this brand soon.

    ReplyDelete
  2. such a lovely skincare set.. great to hv this new products launching.. great news for flawless skin!

    ReplyDelete
  3. Wah...product skincare tumbuh bagai cendawan la..yang ni akak terpaut hati sebab packaging dia nampak mahal dan eksklusif...harga mesti menarik kan...

    ReplyDelete
  4. Tak pernah dengar nama brand ni sebelum ni. Myb boleh try it out soon.

    ReplyDelete
  5. Skrg ni mmg bnyk betul dah ada skincare / cosmetic tempatan yang keluarkan produk mereka sendiri kan, bagus jugak tu tambahkan persaingan yang ada. TBH mmg tak pernah dgr nama founder mahupun brand ni, tp nmpk menarik lah item2 yg ada tu hehe.

    ReplyDelete
  6. Skincare dia bagus,kak dah tray pakai krim mlm Ida,tak melekit,rasa kulit lembut jer..Tahniah UFORA atas pelancaran product terbaru mereka.

    ReplyDelete
  7. wah i teruja pula tengok sunscreen tu rasa macam nak cuba je.. bestnya dapat join events macam ni... happening nya... tahniah UFORA atas pelancaran produk terbaru mereka ! :)

    ReplyDelete
  8. Wah, menarik skincare ni. Yang bestnya ada 3 produk je dalam set tu. memang sesuai sangat dengan mia sbb jenis nak cepat je. hehe

    ReplyDelete
  9. Memang sesuai utk sis yg suka travel ni..tak banyak barang nak angkut utk penjagaan muka ni. Nanti nak try lah..kot2 serasi plak gan kulit wajah sis ni

    ReplyDelete
  10. Cantik rupa pengasas dia. Produk lokal ni nampak blh pergi jauh. Kalau tgk pada ramuan dia semua menggunakan bahan yg menyakinkan

    ReplyDelete
  11. produk penjagaan kecantikan memang banyak sekarang ni. terutama jenama tempatan yang meingkat naik. cara mudah nak jadi kaya jual produk perempuan

    ReplyDelete
  12. Less steps for a great looking skin? Everybody wants that as time is of the essence nowadays kan. Mesti ramai yang berminat.

    ReplyDelete
  13. Wahhhh bestnya event nie. Mesti best kn produk ufora nie. Rasa excited pulak nak cuba produk nie. Tahniah ufora di atas pelancarannya

    ReplyDelete
  14. Cik min ni rajin review produk kecantikan. Semoga semua produk ni berkesan dan berkualiti. Barulah membawa hasil terbaik

    ReplyDelete
  15. Wow..sukanya yg jnis boleh skip byk2 step ni..udah ler pemalas gila nk pkai skin care byk2 ni..boleh la try yg ni nnt

    ReplyDelete
  16. Ufira Skincare ehh. Menarik nama dia. Sunscreen dia Nampak best, lagi-lagi dengan SPF 50 tu, perlindungan yang lebih lama.

    ReplyDelete
  17. comel aje pakej nyer. mudah. simple.
    moga ufora sukses setanding dgn produk skincare yg lain kan.
    dan selamat la digunakan dan diamalkan selamanya.
    skincare dgn perempuan, mcm adik-beradik. da wajib ada.

    ReplyDelete
  18. jenama baru ke ni?nampak lain dari yang lain dia punya combo set.semoga jenama ufora semakin dikenali dan terus dikenali sampai bila bila

    ReplyDelete