Makan Sampai Puas di Just Seafood

by - September 24, 2018

Ini kali ketiga aku datang menikmati hidangan ala shellout di Just Seafood. Makanan yang dihidangkan di Just Seafood ni memang sangat kena dengan selera aku sebab itulah kali ni aku datang dengan kawan-kawan pulak.


Muahaha..bulan April yang lepas aku dah datang ke Just Seafood untuk menikmati Seafood dengan sos sambal nasi lemak. Kemudian, bulan June aku datang lagi untuk makan Nasi Lemak Lobster pulak..memang terangkat beb! Sebab tu kali ni aku ajak Yanty & Uzu pulak untuk sama-sama menikmati hidangan di Just Seafood.


Tempohari, kami datang berlima. Memang hari tu kami plan nak makan banyak sebab tu purposely kami kosongkan perut kami..hehe..sampai je di Just Seafood terus kami order 3 set seafood dengan 3 jenis sos berbeza. 

Hehehe..sebelum makan kita pakai bib dulu ek..supaya bila makan tak adalah sos terpercik di baju dan tudung..hehe..Nak tahu sos apa yang kami order?



1. Salted Egg Sauce

Ni memang all time favourite aku! Dari kunjungan pertama sampailah kali ke 3 ni aku tak lepaskan peluang untuk order Salted Egg Sauce. Pendek kata memang jatuh cinta dari pandangan pertama la..hahaha. Paling sedap makan dengan salted egg sauce ni ialah matou..perghhh cicah mantou tu dengan salted egg sauce..aku jamin korang tak pandang dah kiri kanan..


2. Cajun Sauce

Ni sos kedua yang paling mendapat sambutan di Just Seafood. Siapa yang suka makan pedas, aku syorkan untuk korang order cajun sos. Tak ada la pedas sangat tapi memang sesuai bagi yang sukakan makanan pedas.


3. Marinara Sauce

Makan seafood dengan marinara sos ni terasa macam makan spageti marinara..hehe..sedap..sosnya terasa masam dan manis. Alaaa..pendek kata memang macam sos marinara yang korang selalu makan spageti marinara tu..haha..

Marinara sos ni adalah sos terbaru yang Just Seafood keluarkan. Sebelum ni aku datang memang tak ada lagi marinara sos ni. Kiranya dalam sebulan lebih la kot sos ni dikeluarkan.


Tu la 3 jenis sos yang kami order hari tu. Memang kami makan sampai pengsan! hahaha..Oh ye, tiap hidangan akan dihidangkan juga bersama nasi..terpulang pada selera korang. Macam aku hari tu, sebab memang dah tau nak makan sampai penuh perut, aku tak makan pun nasi..cuma meratah je.

Paling aku suka makan kat sini ialah sebab seafood yang diaorang hidangkan memang betul-betul segar dan besar.


20% Diskaun Untuk Pembaca Blog Aku

Muahaha..ni aku ada berita baik untuk korang. Berita baik ni khas untuk pembaca blog aku je..hahaha..Korang layak untuk dapat 20% diskaun jika korang makan di Just Seafood.

Macam mana nak claim 20% diskaun tu? Korang cuma perlu PM Just Seafood di FB Private Mesengger diaorang dan taip MIN103.

Diskaun ni untuk set menu dan cuma applicable pada Isnin-Jumaat selama 2 minggu dari tarikh hari ni. Dan korang kena buat tempahan cepat sebab setiap hari dilimitkan 10 tempahan sahaja..maklumlah..Just Seafood ni sentiasa penuh setiap hari.

Jadi..jangan lupa PM mereka di FB dan taip MIN103 tau! 20% diskaun tu memang sangat berbaloi!!


Untuk Keterangan Lanjut dan Tempahan

Seriously makan kat Just Seafood ni sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Semua makanan lautnya sangat fresh dan yang paling penting sangat sedap. sangat-sangat recommended ye kawan-kawan. Kalau korang nak datang boleh la ke :

Just Seafood
A-9-G, Sunway Giza Mall,
Jalan PJU 5/14, Dataran Sunway,
Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan

Tel : 012-2290855/03-61446366






You May Also Like

22 comments

  1. lots to eat and here shall put in to eat list. Now we know where to dine yummy food.

    ReplyDelete
  2. makan seafood sampai puas hati di tempat yang sedap. Cuma seafood ni sesekali boleh lah kita makan banyak kan. Asid urik tinggi kena gout pula

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak makan style macam ni. Last makan tahun lepas kot. Lepas pregnant je tak pernah makan dekat luar. Semua tapau je kalau tak larat nak masak sendiri. Nanti nak pulun makna dekat sini lah lepas habis pantang hehehee

    ReplyDelete
  4. teringinnya nak makan. airah dah la memang suka sangat dengan seafood. shellout pun rasa dah lama tak makan

    ReplyDelete
  5. Makan makanan laut segar ni nikmat dia lain macam sikit. maklumlah, ikan semua fresh. rasa pun manis. isi dia putih

    ReplyDelete
  6. pernah makan kat sini memang sedap..lagi hidupan laut dia memang terasa fresh dia...boleh repeat makan kat sini lagi :-)

    ReplyDelete
  7. K.min ni kan saje jer buat Cik Nor lapar..haha. Apa2 pun tgk gambar pun tahu smuanya sedap..:)

    ReplyDelete
  8. ya Allah sedapnya !!! dari hari tu nampak org upload makan kat sini. belum ada rezeki lagi utk cuba. nak cubalah lepas nie. saya nie dahlah hantu seafood.

    ReplyDelete
  9. Kak Min jangan lah duga keimanan kita huhuh. Tapi kita ada pengalaman tak berapa bagus sangat sejak makan makanan laut ini terus rasa serik sikit tapi tetap makan kalau yang bukan ketam keras tu...

    ReplyDelete
  10. The food looks really delicious, now I feel like eating seafood, especially nasi lemak with lobster!

    ReplyDelete
  11. Alahai..teringinnya makan kat sini, tengok hidangan yang ada sodap2 belako. Meleleh air liur tgok...dah le seafood my fav..huhuhu

    ReplyDelete
  12. ada bib lah. kalau anak-anak aida ke sini, nampak bib tu sure diorang dah excited!
    lom makanan sampai lagi!
    one day aida nak singgah la.

    ReplyDelete
  13. Dah 2 kali ke sini..memang puas hati. Wahh dah ada bip sekarang . Xda la kotir baju bila makan. The best seafood ada kat just seafood kan.

    ReplyDelete
  14. Telan ailio saya tengok ni..
    Aduhhh sedapnyaaaaa...
    Kalau ke sana nnt boleh ajak husband mkn kt sni

    ReplyDelete
  15. Alaaa.. kenapa dekat PJ.. macam jauh je nak ke sana.. huhu.. teringin nak makan gaya2 ala-ala shellout ni.. nampak fun.. hehehe.. mesti berselara lagi kalaumakan ramai2 kan!

    ReplyDelete
  16. Kita dahla suka mkan seafood..tengok kak min makn sedapnyaa..tengok kuah dia pun menarik..kalau mkan mcm ni, kuahnya yang menyedapkan makanan..banyak pilihan

    ReplyDelete
  17. Sedapnya nampak makanan kat sini..

    ReplyDelete
  18. I pernah makan kat sana, sedap giller. Tapi i belum cuba their salted egg sauce lagi.

    ReplyDelete
  19. Seleranya tengok lobster tu sedap tambah dengan cheese. Boleh lah tempah makan kat sana sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  20. Ade diskaun tu.Tapi gaji xmasuk lagi.Aduiii terliurnyaa.Mtk justseafood extend lagi tarikh bole x hehehe

    ReplyDelete