Tempat Menarik Yang Wajib dilawati di Kuala Selangor

by - August 17, 2018

Bagi mereka yang ingin bercuti bersama keluarga tapi tak dapat nak bercuti panjang..apa kata korang merancang bercuti di Kuala Selangor?

Apa yang ada di Kuala Selangor?? Ha..mesti itu soalan pertama yang muncul di kepala korang tu kan? Sebenarnya banyak je tempat menarik untuk dilawati di sekitar Kuala Selangor ni. Aku pun sebelum sampai ke Kuala Selangor, aku pun fikir..ada apa kat Kuala Selangor tu ek selain dari Jeram yang famous tu?


Nah..sekarang..jom aku kongsikan dengan korang tentang tempat menarik, tempat makan dan tempat menginap di Kuala Selangor ni.

Tempat Menarik Yang Wajib Korang Lawati di Kuala Selangor

1. Kelip-kelip Kampung Kuantan

Kampung Kuantan terletak kira-kira 56 km dari bandaraya Kuala Lumpur dan cuma 9 km dari Kuala Selangor. Kampung Kuantan juga terletak berhampiran dengan Bukit Malawati yang bersejarah dan Taman Alam Kuala Selangor yang mempunyai pelbagai spesis burung-burung.

Kampung Kuantan sememangnya menjadi tempat tumpuan kelip-kelip. Bermula awal tahun 1970 telah diusahakan oleh penduduk tempatan dan sehingga kini Majlis Daerah Kuala Selangor telah mengambil alih dan terdapat 27 buah sampan bagi kegunaan pengunjung melawat dan menikmati keindahan cahaya kelip-kelip.


Kelip-kelip adalah serangga daripada kumpulan kumbang. Spesis jenis 'Pteroptyx Tenor' ini adalah yang terbanyak sekali di Kampung Kuantan . Keunikan kelip-kelip adalah terletak pada ekornya yang mengeluarkan cahaya serentak pada setiap masa iaitu pada kadar 3 kelipan sesaat.

Kelip-kelip berukuran cuma 6 mm panjang. Kelip-kelip jantan akan mengeluarkan cahaya yang lebih terang berbanding kelip-kelip betina tujuannya ialah untuk menarik perhatian kelip-kelip betina dan jangka hayat seekor kelip-kelip adalah antara 2-3 bulan sahaja.


Kelip-kelip akan hidup dan hinggap di pokok berembang atau 'Sonneratia Caseolaris' iaitu sejenis pokok bakau yang tumbuh liar. Ia memerlukan keadaan cuaca yang lembap dan persekitaran berpaya. 

Pokok berembang sangat diperlukan oleh kelip-kelip sebagai sumber makanan dan penting sebagai habitat serta bertindak sebagai penapis kotoran dan racun juga mengeluarkan air bersih untuk hidupan dalam sungai.

Jujur, dalam banyak-banyak tempat kelip-kelip yang aku lawati..kelip-kelip di Kampung Kuantan yang paling cantik! Kelip-kelipnya banyak sampaikan untuk sepohon pokok berembang ni nampak seakan pokok krismas di malam Krismas.

2. Sky Mirror


Sky Mirror terletak kira-kira 15 minit dari Kampung Sasaran. Di beri gelaran Salar De Uyuni Malaysia dan merupakan antara tarikan terbaru di Kuala Selangor.




Fenomena Salar De Uyuni di Sasaran ini tidak selalu berlaku kerana ia sebenarnya terletak di pulau di tengah lautan. Ianya hanya trjadi 6 hari pada setiap bulan mengikut kalendar lunar masyarakat cina iaitu pada pertama, ke-2, 14, 15, 16 dan 30.



Waktu berlaku air surut pula antara 10.30-11.00 pagi. Untuk datang ke sini, korang perlu menaiki bot lebih kurang 30 minit dati Jeti Sasaran atau lebih dikenali sebagai Jeti Pekan Lama Kuala Selangor. Kalau korang jenis yang suka bergambar, jangan lepaskan peluang bergambar di jeti ni jugak sebab kat jeti ni memang spot cantik untuk bergambar!




Kalau datang ke Kuala Selangor ni jangan sesekali lupa singgah ditempat menarik yang menjadi tumpuan pelancong yang kebanyakannya pelancong dari luar negara.

Tarikan : Permukaan air berkaca seakan cermin.
Tiket : RM80 (dewasa) & RM60 (kanak-kanak)

3. Ramadas Poetry 

Ramadas poetry adalah seni tembikar tradisional masyarakat India. Telah dimiliki oleh V.N Ramadas A/L Vengadasalam sejak berpuluh tahun lamanya.



Uncle Ramadas yang kini berusia 67 tahun mula didedahkan tentang pembuatan tembikar tradisional ini sejak berusia 12 tahun lagi oleh bapanya yang bermigrasi dari India. Bapa beliau Vengadasalam telah datang ke negara ini pada tahun 1946 selepas perang dunia ke-2 dan mula mengusahakan bengkel tembikar kecil di Batu 2, Kuala Selangor.




Sehingga kini, Ramadas Poetry telah menjadi satu-satunya pengusaha tembikar tanah liat yang masih kekal di Kuala Selangor ini.

Menariknya di Ramadas Poetry ini, para pengunjung diberi peluang untuk mempelajari bagaimana cara pembuatan tembikar tanah daripada tanah liat ini. Nampak mudah tapi sebenarnya agak sukar untuk membentuk tembikar-tembikar ni. Hanya yang pakar macam uncle Ramadas yang mampu buat tembikar macam ni. Kalau aku memang fail la jawapnya! haha..


4. Balai Seni Sasaran Kuala Selangor


Terletak di Sasaran, Kuala Selangor, Sasaran Art Gallery ataupun Balai Seni Sasaran ini menjadi tumpuan peminat seni seluruh dunia.



Mula dibuka pada hujung tahun lepas, Sasaran Art Gallery telah mendapat peruntukan sebanyak RM380,000 daripada kerajaan negeri.


Sasaran Art Gallery ini menempatkan lukisan hasil karya pelukis tempatan dan juga luar negara. Kalau korang datang ke sini korang tentu kagum dengan hasil seni yang dipamerkan di Sasaran Art Gallery ni. Mana tak nya..paku pun boleh dijadikan hiasan yang cantik.




5. Pasar Tempatan Pasir Penambang

Haaa..lagi satu tempat yang korang mesti singgah ialah di pasar Pasir Penambang dimana penjual-penjual tempatan menjual hasil-hasil laut serta makanan.


Paling aku suka singgah di sini ialah sebab kuih bahulu! Haaa..betul..kuih bahulu di kedai ni sedap sangat dan lembut sangat-sangat. Aku grab 2 pek untuk dibawa balik.


Hasil laut macam ikan bilis, ikan kering dan sotong kering banyak dijual di sini dan harganya lebih murah berbanding yang dijual diluar.



Tempat Makan Menarik Di Kuala Selangor

Bagi tempat makan di Kuala Selangor ni pula, ada 2 tempat yang aku cadangkan selain dari Jeram yang memang famous tu kan..

1. D'Coral Pasir Penambang

D'Coral Pasir Penambang ini menghidangkan 'seafood'  dan masakan sebagai menu utama masakan mereka. Terletak betul-betul di tepi sungai Kuala Selangor.

Paling aku suka di D'Coral ni ialah Ikan Patong, sejenis masakan Thai seakan masakan 3 rasa tapi rasanya berlainan. Pertama kali sebenarnya aku mencuba Ikan Patong ni.


Menu masakan lain tak banyak bezanya dengan masakan di restoran Thai yang lain. Antara yang ada ialah Tom Yam Seafood, Sotong goreng tepung, kailan ikan masin dan sebagainya.



Kalau korang berminat nak mencuba boleh la ke :

D'Coral Pasir Penambang
Lot PT 85, Jalan Bagan,
Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor
Tel : 03-32812408

2.  Nasi Ambeng Warung Ibu


Nasi ambeng sangat terkenal dikalangan masyarakat jawa. Nasi ambeng ialah nasi yang dicampur bersama mi goreng, ikan masin, bergedil, sambal goreng dan serunding. Sebenarnya kalau nak diikutkan nasi ambeng ni dimakan beramai-ramai dalam 1 dulang.



Kalau singgah ke Kuala Selangor, jangan lupa makan nasi ambeng di Warung Ibu yang terletak di Batu 3, Jalan Besar Tanjung Karang, 45500 Selangor.


Nasi Ambeng Warung Ibu ni memang terkenal dengan nasi ambeng dan soto.


Penginapan di Kuala Selangor

Untuk penginapan pula, aku cadangkan korang untuk menginap di Apps Hotel yang terletak di Kuala Selangor. Hotel ini terletak di :

12, Jalan Peninsula Utama 1,
Peninsula Park,
45000 Kuala Selangor
Tel : 03-32772172



You May Also Like

1 comments

  1. Kat Kuala Selangor tu Zumal pernah pergi Bukit Malawati je

    ReplyDelete