Goobne Hidangkan Menu Sihat Untuk Peminat Makanan Korea

Siapa peminat makanan Korea? Haaa..ni ada berita baik untuk korang yang sukakan hidangan Korea dan dalam masa yang sama tak suka makanan yang terlalu berminyak..

Jom ke Goobne yang terletak di aras 3 MyTOWN Shopping Centre. Goobne adalah sebuah restoran makanan yang terkenal di Korea yang mula membuka cawangan pertama mereka di bandar Gimpo, Korea dan mempunyai lebih 1,000 cawangan di Korea dan beberapa negara luar. Kini Goobne telah membuka cawangan mereka di Malaysia.


Kenapa Goobne? Goobne bermaksud panggang di dalam bahasa Korea. Menu utama di Gobne ini ialah ayam Jadi, di Gobne ini cuma menghidangkan ayam yang dipanggang tanpa menggunakan setitik minyak pun tau!


Menariknya, ayam yang dihidangkan disini akan di panggangkan di dalam ketuhar selama 13 minit dengan suhu kepanasan 195 degrees tanpa mengunakan walau setitik minyak untuk mengekalkan keaslian rasa ayam itu sendiri. Namun yang pastinya ayam yang dihidangkan di Goobne ini masih rangup diluar dan lembut berjus di dalam walaupun TIDAK MENGGUNAKAN MINYAK.


Goobne memastikan yang ayam mereka bebas hormon, kurang kalori, kurang kolestrol, bebas sodium dan lemak trans. Sebab itulah Goobne menggunakan slogan 'always H.O.T' di mana H.O.T yang dimaksudkan ialah :

H - Healthy
O - Original
T - Trendy


Hidangan di Goobne

Bercakap tentang menu di Goobne, aku baru-baru ni berkesempatan untuk merasai sendiri hampir keseluruhan menu yang ada di sini. Jujur, makanan yang dihidangkan boleh dikatakan kesemuanya sedap dan menepati citarasa aku yang sememangnya sukakan hidangan Korea.

Paling aku suka di Goobne ni ialah Volcano Cheese Tteok-Bokki. Perghhhh rasa cheese yang kaya ditambah dengan rasa pedas, samyang mee, dan kek beras yang kenyal memang buatkan aku tak pandang sangat dah hidangan lain masa tu. Sedap betul laa. 




Tapi bila keluar hidangan-hidangan utama mereka iaitu ayam, aku cepat-cepat berpaling tadah dengan memilih ayam pulak sebagai menu pilihan aku terutama Volcano Chicken yang sememangnya pedas menyengat tapi sedap yang teramat sangat dengan tekstur ayamnya yang rangup tapi lembut didalam dan tidak berminyak.



Pilihan aku seterusnya pula ialah Dip Cheese Chicken. Kalau korang yang jenis memang sukakan cheese, aku cadangkan korang untuk order menu ni sebab memang menu Dip Cheese Chicken ni kaya dengan cheese. Dah la rangup, kemudian kerangupan tu diadun sempurna dengan taburan cheese..perghhh..serious memang tak hengat dunia la makan ni.


Haaa..tu menu pilihan aku. Tapi ada banyak lagi sebenarnya menu di Gooobne ni dan yang pasti semua makanan kat sini sedap-sedap belaka dan sangat berbaloi berbelanja makanan Korea di sini. Antara menu lain yang ada di sini ialah Fruity Soy Garlic Chicken, Pepper Crispy Chicken, Honey Curry Crispy Chicken & Original Chicken. Haaa..tu kalau hidangan ayam la.




Tapi ada juga hidangan lain seperti Japchae, Volcano Cheese Noodle, Jjampong Seafood Ramen, Samgyetang iaitu sup ayam ginseng tradisional Korea dan telur gulung. Pendek kata semua hidangan di sini enak belaka.



Untuk pilihan air pula, aku pilih RITA iaitu moktail yang dah pastinya TANPA ALKOHOL dan Mojito. Sedap! tu je mampu aku katakan.



Kalau korang memang peminat makanan Korea, boleh lah datang ke Goobne yang terletak di :

Lot L3-043A, 
Level 3, MyTOWN Shopping Centre, 
Cheras, Maluri, 55100 Kuala Lumpur
(Bersebelahan dengan GSC)

Atau korang boleh layari mereka di :



Post a Comment

0 Comments