Galeeveurs Peneraju Inkubator Ekosistem Bersepadu F&B yang Pertama di Malaysia

by - July 26, 2018

Sekarang ni perniagaan dalam bidang makanan atau pun F&B berkembang dengan pesatnya. Aku bab F&B ni memang aku agak minat pulak-pulak aku dulu pernah bekerja sebagai HR Manager di sebuah syarikat F&B, jadi sedikit sebanyak memang aku agak jelas lah tentang F&B ni.

F&B ni sebenarnya satu bisnes yang boleh berkembang dengan pesat dan jayanya jika diurus dengan betul. Salah satu sebab bisnes F&B tidak berjaya adalah sebab salah urus! Ye betul semua orang boleh buka kedai makan tapi tak semua orang mampu uruskan kedai makan! Itu fakta tau!

Atas kesedaran itulah, Galeeveurs sebuah syarikat yang berpengalaman luas selama 80 tahun dalam bidang F&B telah melancarkan Inkubator Ekosistem Bersepadu F&B yang pertama di Malaysia di mana dapat membantu golongan-golongan usahawan yang ingin berkecimpung dalam bidang F&B ini untuk berkembang dengan lebih pesat dan maju dengan menawarkan kaunseling.



Antara jenama makanan dan minuman yang diuruskan oleh Galeeveurs termasuklah Kim Lian Kee, Ten Years dan Sunny Cha.


Sumber gambar : Google

Ketika majlis pelancaran & menandatangai perjanjian yang berlangsung di New World Hotel pada 24 Julai lepas, Dato' Henry Lee iaitu pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Galeeveurs telah menerangkan tentang servis yang telah ditawarkan iaitu merangkumi :

  • Strategi Penjenamaan & Pemasaran
  • Service pengurusan
  • Kilang produksi sentral
  • Pendidikan mengenai makanan & minuman
  • Perkembangan IT serta bantuan kewangan
Dengan keenam-enam service yang ditawarkan ditambah lagi dengan kekuatan memilik sijil Halal & HACCP, para pengusaha dalam bidang F&B ini dapat melebarkan lagi sayap perniagaan keperingkat yang lebih tinggi.

Mensasarkan peniaga tempatan serta operator makanan dan minuman sebagai sasaran utama, Galeeveurs ingin mengekalkan ketulenan makanan tempatan. Maka setia jenama akan melalui proses bersama enam servis syang ditawarkan bagi mengoptimumkan potensi setiap jenama.

Galeeveurs turut bercadang untuk membina satu hab yang bukan sahaja berfungsi sebagai sistem inkubasi, malah ianya selaras dengan perkembangan jenama kumpulan. Oleh itu, Galeeveurs sangat mengalu-alukan pemilik perniagaan serta startup makanan dan minuman untuk berkembang di bawah platform ini sebagai satu kumpulan di bawah bumbung kumpulan Galeeveurs. Hab ini akan menempatkan perkongsian serta kerja yang disertakan kemudahan dapur dan bar, ruang pelancaran dan pameran serta tempat bagi tujuan bengkel.

Bagi yang berminat untuk menyertai kumpulan Galeeveurs ini boleh lah menghubungi joinus@galeeveurs.com

Ketika majlis pelancaran, turut diumumkan tentang perkongsian Galeeveurs dengan pelbagai pertubuhan termasuk Golden Pencil, Marks Food Solution, Andamiro, Big Hub Education dan Culturology yang akan memainkan peranan penting dalam membina, menyokong dan mengekalkan ekosistem inkubator. Disamping itu, perkongsian ini akan memperkuatkan pengembangan mereka dalam penargetan untuk lebih banyak jenama makanan & minuman untuk sertai mereka menjelang akhir tahun 2019.




You May Also Like

2 comments

  1. best kan ada produk sendiri,sue pun tgh mencari arah nak buat bisnes gak heheheh slow2 ,suka tgk semangat kak min,

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..jom la Sue tapi nak bisnes memang kena tabah..lagi tabah dr jadi blogger hhahahaha..

      Delete