Brunch dengan Dim Sum di Mandarin Palace, The Federal KL

by - July 22, 2018

Brunch dengan Dim Sum? Kenapa tidak?! Hahaha..sesekali mencuba yang lain selain nasi lemak, bihun dan mee goreng kan?..

Biasa laaa..tekak Melayu kan? Kalau tak kena nasi lemak atau bihun goreng rasa macam tak lengkap pulak sarapan. Tapi kali ni aku mencuba diluar kebiasaan aku iaitu 'brunch' dengan dim sum. Kebetulan aku memang penggemar dim sum cuma tak biasalah pagi-pagi sarapan dengan dim sum.

Kat mana nak 'brunch' dim sum ni? Haaa..kat Mandarin Palace, The Federal KL ada menyediakan 'brunch' beraneka dim sum hanya dihujung minggu. 



'Brunch' Dim Sum di Mandarin Palace

Tahu tak..sebenarnya setiap hujung minggu, Mandarin Palace ada menyediakan 'brunch' dengan aneka dim sum bermula 10.30 pagi hingga 2.30 petang.

Terlalu banyak pilihan dim sum di Mandarin Palace ni antaranya ialah Srimps Dumpling (Har Kao), Siew Mai Dumpling, Teochew Dumpling, Shark's Fin Dumpling, Mushroom Dumpling, Crab Claw Dumpling, Sweet & Sour Dumpling, Curry Dumpling, Otak-otak Dumpling, Thai Dumpling dan bermacam-macam lagi. Kalau aku nak sebutkan satu persatu kat sini pun tak tersebut sebab banyak sangat..hehehe..



Sebenarnya bukan hanya dim sum yang disediakan di sini tetapi terdapat juga menu-menu lain untuk makan tengahari sekali. Antara masakan yang dihidangkan di sini ialah Fried Chicken with Dried Chilli, Sweet & Sour Fish, Ma Po Tau Fu dan Fried Hor Fun with Black Soya Bean Sauce selain ada pencuci mulut turut disediakan di sini.









Sedikit Tentang Mandarin Palace

Melangkah masuk ke Mandarin Palace ni terasa diri seakan berada di China. Dekorasi dan persekitaran yang mengekalkan ciri-ciri masyarakat Cina.



Mandarin Palace telah dibuka secara rasmi pada 28hb Ogos 1957 sempena hari kemerdekaan Malaysia. Mandarin Palace adalah satu-satunya restoran Cina yang menempatkat ramai VIP, pembesar-pembesar dan diplomat yang tiba ke Malaysia untuk menyaksikan hari kemerdekaan Malaysia pada 31hb Ogos 1957.

Mandarin Palace juga pernah menjadi lokasi untuk filem blockbuster 'The Seven Dawn' yang diarahkan oleh Lewis Gilbert dan dibintangi oleh William Holden, Capucine, Susannah York, Micheal Goodlife dan Tetsura Tamba yang telah ditayangkan pada tahun 1964. 

Gambar Kredit : Alamy Stock Photo, Sumber : Google

Selain itu, Mandarin Palace telah tersenarai di dalam majalah Flavours keluaran May-June2007 sebagai Restoran Tercantik Di Malaysia. Mandarin Palace turut menerima Anugerah Tatler's untuk Restoran Terbaik Malaysia pada 2005, 2004, 2003, 2002 & 1997 selain menerima C.E.M Asia Award untuk Anugerah Restoran Terbaik pada 1977

Wahhh..rupanya banyak sejarah yang tersimpan di Mandarin Palace ni ye! Seriously aku suka sangat tempat ni sebab rekabentuk yang cantik, tempat yang luas, selesa dan eksklusif serta makanan yang sedap semuanya!

Harga & Tempahan

Pada setiap Sabtu & Ahad Mandarin Palace telah menghidangankan 'brunch' Dim sum bermula pada pukul 10.30 pagi sehingga pukul 2.30 petang dengan harga yang sangat-sangat berbaloi iaitu :
  • Dewasa : RM48 nett
  • Kanak-kanak : RM18 nett
  • Warga Emas : RM36 nett
Untuk sebarang tempahan boleh lah hubungi :
Tel : +603 21489166

You May Also Like

4 comments

  1. Memang puas hati makan dinsum kat sini...dengan tempat nya yg sangat2 cantik ....

    ReplyDelete
  2. Memang puas hati makan dinsum kat sini...dengan tempat nya yg sangat2 cantik ....

    ReplyDelete
  3. Rawlins memang non-stop menyerang dim sum dia. And the chicken herbal soup - hits just the right spot! Sedap, lazat dan memang berbaloi harganya!

    ReplyDelete
  4. Dim sum yang best dan sangat2 sedap..

    ReplyDelete