Berbuka Puasa Dalam Suasana Romantik di BBQ Lamb KL Kemensah

by - May 10, 2018

Pertama kali sebenarnya aku jejakkan kaki ke Kemensah yang terletak di belakang Zoo Negara. Selama ni aku cuma sampai ke Zoo Negara je tak pernah explore kawasan perkampungan di belakang tu.

Mendapat undangan dari pihak BBQ Lamb KL Kemensah baru-baru ni buat aku buka mata tentang adanya perkampungan di belakang Zoo Negara. Aku memang lah pernah dengar tentang perkampungan asli suatu masa dulu tapi tak pernah jejakkan kaki ke sana.

Nak ke sana sebenarnya mudah je, nampak Zoo Negara terus masuk jalan susur di tepi Zoo Negara tu dan jalan terus je sampai korang akan nampak banner BBQ Lamb KL Kemensah di sebelah kanan korang.

Terpegun aku ketika sampai BBQ Lamb KL Kemensah ni sebab tempatnya sangat cantik dan romantik dengan sungai yang mengalir sebagai tarikan utama di sini.






Menu Ramadan

Untuk bulan Ramadan nanti, BBQ Lamb KL Kemensah akan menghidangkan menu yang menarik untuk seisi keluarga.


  • Bird Set (hidangan untuk 4 orang)  
Harga : RM168.00
Dalam Bird Set ni terdapat Burung Puyuh, Chicken Wings, Organic Chicken dan Smoky Duck.

Untuk setiap set akan datang dengan :
  1. 4 pinggan nasi
  2. 2 jug air
  3. Kurma
  4. Cocktail
  5. Puding



  • Seafood Set (hidangan untuk 4 orang)
Harga : RM188.00
Dalam Seafood Set ini terdapat Udang Galah, Soft Crab, Sotong dan Salmon


Untuk setiap set akan datang dengan :
  1. 4 pinggan nasi
  2. 2 jug air
  3. Kurma
  4. Cocktail
  5. Puding

  • Meat Set (hidangan untuk 4 orang)
Harga : RM188.00
Dalam Meat Set ini terdapat Lamb Rib, Short Rib, Lamb Cut dan Beef Tenderloin

Untuk setiap set akan datang dengan :
  1. 4 pinggan nasi
  2. 2 jug air
  3. Kurma
  4. Cocktail
  5. Puding

Makanan di sini pada aku semuanya sedap belaka. Malah jus yang diaorang hidangkan memang betul-betul fresh contohnya macam jus tembikai, memang fresh dan diblend tak terlalu hancur..aku suka jus yang macam tu.

Harga pula pada aku sangat berpatutan, cuma jatuh dalam RM42,00-RM47 je sekepala dan korang boleh makan puas-puas sebab hidangan ni datang dalam portion yang banyak.

Tapi aku paling tertarik dengan tempat menyalai itik di tempat ni. Memang menarik dan unik. Patut lah rasa smoky duck diaorang sangat sedap.



Bagi kita yang beragama Islam ni, surau turut disediakan untuk kemudahan bersolat.


Berminat untuk berbuka puasa dalam suasana romantik? Jangan lupa hubungi pihak BBQ Lamb KL Kemensah untuk membuat tempahan awal berbuka puasa di sana :

Tel : 012-2114100
Alamat : Jalan Taman Zooview, 68000 Kuala Lumpur

En, Zainuddin Yatim, pemilik BBQ Lamb KL Kemensah


Sebelum aku berundur, jom tengok video hidangan di BBQ Lamb KL Kemensah ni..hehe





      You May Also Like

      2 comments

      1. Wow , what a cozy place to had such a great time with beloved family or friends here while having good food too. Will plan for great precious moment to be here one day. The food is so tempting.

        ReplyDelete
      2. romantiknyaaaaa,tapi kan tak tahan tgk sungai tu,mau terjun jap lapar naik makan hehehehe

        ReplyDelete