Kad Ceria Insentif Terbaik Untuk Warga Wilayah Persekutuan


Ini berita baik untuk warga Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Tahukah korang yang bila korang adalah penduduk atau warga Wilayah Persekutuan maka korang secara automatik boleh memohon untuk KAD CERIA?



Apa Itu Kad Ceria?

Kad Ceria merupakan KAD DISKAUN atau kad pemotongan terus harga ke atas pembelian di premis-premis dan lokasi-lokasi terpilih. Program ini adalah salah satu inisiatif dalam usaha menangani kos sara hidup yang tinggi terutamanya bagi warga Wilayah Persekutuan.

Jadi sasaran penggunanya hanyalah bagi mereka yang tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja.



Keistimewaan Pemegang Kad Ceria

Banyak sangat keistimewaan sekiranya korang adalah pemegang kad ceria ni. Antara keistimewaannya ialah :-

·         Diskaun sehingga 70% bagi setiap barangan/makanan/perkhidmatan
·         Beli belah pada harga istimewa di lebih 3,798 premis/rakan dagang (merchants)
·         Diskaun di fasiliti milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan.
·         Membantu menangani kos sara hidup yang tinggi terutamanya di Wilayah Persekutuan.
·         Info terkini promosi melalui telefon pintar dan laman sesawang Kementerian Wilayah Persekutuan
·         Membantu keluarga dalam membuat perancangan perbelanjaan harian.
·         Panduan maklumat serta info terkini berkenaan cadangan/komen orang ramai tentang barangan/makanan/perkhidmatan yang istimewa yang ditawarkan dengan harga berpatutan/murah
Kad Ceria ini bukan sahaja memberi keistimewaan kepada pemegang malah memberi keistimewaan kepada Rakan Dagang. Dan insentif Rakan Dagang Kad Ceria oleh DBKL ialah :-
·         Diskaun 10% untuk sewa premis Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
·         Diskaun lessen penjaja 60%
·         Diskaun lesen perniagaan :
i.                     10% = 1 tahun
ii.                   15% = 2 tahun
iii.                  20% = 3 tahun
·         Diskaun cukai pintu sehingga 10% untuk pemilik premis perniagaan.
·         Akses kepada lebih daripada 1,000,000 orang pengguna Kad Ceria
·         Promosi kepada perniagaan secara berterusan (Media osial, Media Massa, Program-program KWP)
·         Pengiktirafan daripada Kerajaan kepada Perniagaan

Syarat Kelayakan Permohonan Kad Ceria :

·         Berumur 18 tahun ke atas
·         Warganegara Malaysia
·         Pemohon lahir di Wilayah Persekutuan ATAU menetap di Wilayah Persekutuan ATAU..
·         Pemohon adalah Penjawat Awam yang bertugas di Wilayah Persekutuan

Bagaimana Untuk Memohon?

Untuk membuat permohonan Kad Ceria ni korang bolehlah layari laman sesawang Kad Ceria ni di
Alamat : Urus Setia Kad Ceria
                 Kementerian Wilayah Persekutuan
                 Aras G-7, Blok 2, Menara Seri Wilayah, Presint 2
                 62100 Putrajaya



Post a Comment

36 Comments

  1. Paling best tu semua penjawat awam yang bekerja di Wilayah Persekutuan layak dapat. Untung sangat dorang

    ReplyDelete
  2. Ini rupenye fungsi kad ceria ya.. pnh dgr je dulu.. alg bru thu utk apa kad ceria ni.. tq

    ReplyDelete
  3. best la orang kl dengan selangor.

    hoho..macam-macam ada.

    ReplyDelete
  4. Beli brg dpt diskaun 70% tu. Banyaknyaaaa..!!!

    ReplyDelete
  5. Syoknya penjawat awam di wilayah

    ReplyDelete
  6. bestnya beli barang dapat diskaun ... ada penjimatan.

    ReplyDelete
  7. kita dah apply..baru tahu ada kad ni, tau...thank you sharing

    ReplyDelete
  8. Diskaun 70% banyak dah tu boleh jimat dengan ekonomi negara sekarang ni

    ReplyDelete
  9. cantiknya kad ni. nampak menarik 🤣 yang penting kelebihan kad tu

    ReplyDelete
  10. mak oi banyak giler diskaun yang diterima, patutla pemegang kad ceria makin ceria

    ReplyDelete
  11. banyak kedai yg kita boleh dpt diskaun dgn guna kad ceria ni kan

    ReplyDelete
  12. Comel je design kad dia 😊 btuahnya yg duk kl dpt mohon

    ReplyDelete
  13. satu inisiatif yg bagus kad ceria ni, ye la, kalau bagi duit, bukan akan membazir beli yg bukan-bukan plak kan hehe

    ReplyDelete
  14. Saya suka pasal kad ni... bila Sambal Hitam boleh dibeli guna kad ni ye? Hehehe

    ReplyDelete
  15. diskaun pon banyak..lepas tuh boleh shopping dekat lebih dari 6000 kedai.fuh! memang untung la korang yg lahir kt KL

    ReplyDelete
  16. Bestnyaaa, siap dapat diskaun 70%. Terbaikk!

    ReplyDelete
  17. banyaknya keistimewaan kad ceria ni. baru den tahu hehe

    ReplyDelete
  18. Beruntung nya sapa yang layak dapat kad ceria ni kannn. ...

    ReplyDelete
  19. Untungnya siapa yg ada kad ni.... :)

    ReplyDelete
  20. Alangkah seronoknye kalau pemegang kad tu adalah ena 😄😄😄

    ReplyDelete
  21. Banyak diskaun dengan kad ceria ni...sangat untung

    ReplyDelete
  22. best kan jadi org KL. de kad ceria ini.

    ReplyDelete
  23. Alaa anak2 kak ana tak layak laa pulak :)

    ReplyDelete
  24. Usaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.

    ReplyDelete
  25. Auni layak memohon sebab lahir dekat wilayah. Untung boleh beli belah dengan kad ceria ni !

    ReplyDelete
  26. untung siapa yang layak dapat.

    ReplyDelete
  27. Sebelum ni tak tahu pon pasal kad ceria. Bagus nya siapa yang dapat ni.

    ReplyDelete
  28. terimakasih sob infonya dan semoga bermanfaat

    ReplyDelete