Jom Iftar Fi Sofina di Cruise Tasik Putrajaya

by - April 19, 2018

Korang mesti dah baca tempat-tempat bebuka puasa yang aku cadangkan pada korang dalam entri-entri aku sebelum ni kan? Semua yang aku cadangkan itu tempat-tempat yang bukan di luar kebiasaan.

 Apa kata kali ni aku cadangkan korang untuk berbuka puasa di atas cruise pulak..nak tak? So..apa kata aku bawakan korang cerita tentang berbuka puasa di Cruise Tasik Putrajaya.



Sedikit Tentang Cruise Tasik Putrajaya

Cruise Tasik Putrajaya (CTP) diuruskan oleh Marina Putrajaya Sdn.Bhd (MPSB) iaitu anak syarikat Putrajaya Leisure & Services Sdn.Bhd. (PULSE) dan Perbadanan Putrajaya (PPj) yang menguruskan produk pelancongan dan rekreasi terbaik di Putrajaya termasuk Kompleks Sukan Air Putrajaya (KOSA), Pusat Rekreasi Air Putrajaya (PRAP) dan Skyride Festival Park Putrajaya (Skyride).
Cruise Tasik Putrajaya (CTP) menawarkan pakej-pakej menarik menaiki cruise dan perahu seperti Dining Cruise, Sight Seeing Cruise, Boat Charter, Love Boat, Pakej Perkahwinan, Pertunangan, Sambutan Hari Lahir, Mesyuarat dan pelbagai lagi.

Selain dari bot cruise, MPSB juga menyediakan perahu tradisional iaitu Perahu Dondang Sayang dan Lepa-Lepa serta Picnic Boat.



Iftar Fi Sofina

Semalam aku berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman berbuka puasa di atas cruise. Menarik?? SANGAT!! Hahaha..itu je yang mampu aku gambarkan.

Bayangkan bila terdapat lebih 30 sajian pilihan yang menyelerakan untuk dinikmati sambil belayar selama 1 jam 30 minit..bahagia tak? Hahah..tentulah bahagia. Dah la dapat makan sedap-sedap kemudian berpeluang untuk menikmati pemandangan sekitar Putrajaya di atas cruise..rasa macam mewah dan eksklusif sangat.




Antara menu yang dihidangkan di atas cruise ni ialah Kambing Panggang, Ayam Goreng Berempah, Daging Gulai Kawah, Mee Goreng Ayam dan pelbagai jenis kuih muih tradisional Melayu serta pencuci mulut. Menu lain yang berkonsepkan sama ada Fusion Oriental, Middle Eastern atau Muhibbah turut ditawarkan bagi pelanggan yang inginkan kelainan di dalam juadah berbuka puasa.












Yang menariknya lagi setiap pelanggan juga akan mendapat sampul duit raya yang eksklusif dan kuih raya untuk dibawa pulang. Di samping itu, pihak MPSB juga menawarkan hadiah Cabutan Bertuah berupa pakej Love Boat bernilai RM350.00 kepada 5 orang pelanggan yang membeli pakej Iftar Fi Sofina. Para pelanggan turut berpeluanguntuk menderma di mana MPSB akan menyumbang RM1 bagi setiap pakej yang dibeli kepada rumah-rumah kebajikan terpilih.



Harga Yang Ditawarkan

Early Bird (sehingga 16 Mei 2018)
Dewasa : RM120.00 nett
Kanak-kanak : RM75.00 nett
Warga Emas : RM75.00 nett

Harga Biasa
Dewasa : RM145.00 nett
Kanak-kanak : RM77.00 nett
Warga Emas : RM77.00 nett

No automatic alt text available.

Keterangan lanjut
Tempat : Cruise Tasik Putrajaya
Masa : 6.30pm – 8.30pm
Alamat : Jeti Putra, Jambatan Putra, Precint 1, 62000 Putrajaya
Tel : +603 8888 5539
Fax : +603 8888 3769


Nota :
Untuk Iftar Fi Sofina, cruise cuma kan berlayar selepas solat Maghrib kerana para pelanggan akan menunaikan solat terlebih dahulu di ruang solat Lounge Jetty Cruise Tasik Putrajaya. Pelanggan terlebih dahulu dijamukan dengan kurma dan air sebelum hidangan berat dihidangkan diatas cruise.


Eh..belanja gambar OOTD la satu hahaha..pas makan kita amik angin tengok pemandangan Putrayaja






You May Also Like

6 comments

  1. Sedap sos black pepper tu. Laksa johor pon best. Mmg satu pengalaman yg xdpt dilupakan.

    Pssst : lajunya kak Min update >___<

    ReplyDelete
  2. Berbuka puasa atas kapal Cruise adalah pengalaman yang best dan takkan dilupakan. Bukan senang dan selalu kita akan naik kapal ni. Jadi jangan lepaskan peluang walaupun sekali setahun hehehe .. all food pun sedap .. gambar pun nampak kerlass gitu ..

    ReplyDelete
  3. Bestnya.. Ai takut naik cruise kat laut.. naik kat tasik pun ok lah.

    ReplyDelete
  4. pernah naik cruise ni dulu tapi tak pernah dine in lagi. Menarik

    ReplyDelete
  5. siap ada ulam-ulaman yum yum....

    ReplyDelete
  6. AnonymousMay 23, 2018

    Solat maghrib kt mna? ada sedia surau?

    ReplyDelete