Aktiviti Wajib Jika Ke Pulau Kapas

by - April 21, 2018


2 minggu lepas aku dan rakan-rakan ke Pulau Kapas. Kami hari tu bertolak dari KL ke Terengganu tengah malam sebab biasalah, memandu tengah malam ni agak tenang dan santai sikit sebenarnya. Lagipun kami target nak bersarapan dengan menu asli Terengganu iaitu nasi dagang.
Seperti yang dijangka, kami tiba awal pagi di Terengganu. Menjelang subuh kami dah tiba di Terengganu. Memandangkan bot kami akan berlepas dari Marang pada pukul 12 tengah hari, jadi kami mengambil keputusan untuk jalan-jalan cari makan di Kuala Terengganu.

Nasi Dagang Atas Tol

Destinasi pertama kami pada hari tu ialah Nasi Dagang atas Tol. Dengarnya kat sini memang sangat popular nasi dagangnya. Sesampai ke destinasi, memang tak terkejutlah bila tengok kedai penuh dan kena beratur panjang. Agak lama juga hari tu kami beratur untuk menikmati nasi dagang yang famous ni. Dan ternyata tak sia-sia la kami beratur sebab nasi dagang kat kedai makan Nasi Dagang Atas Tol ni memang sedap teramat sangat.

Ditambah pula dengan air teh beng buih..teh beng?? Apa tu?? Hahaha..teh beng tu ialah istilah untuk air teh ais yang digunakan oleh orang Kelantan dan Terengganu. Tengok je la gambar-gambar ni..buat terliur je kan?





Pasar Payang

Memandangkan kami masih ada banyak masa sebelum nak berlepas ke Pulau Kapas, lepas makan kami ambil keputusan untuk singgah ke Pasar Payang. Pasar Payang yang terletak di tengah-tengah Bandar Kuala Terengganu ni memang tempat wajib singgah jika datang ke Terengganu ni.
Tak lama kami di Pasar Payang, sekadar singgah untuk menjengah kedaan di Pasar Payang. Pasar Payang ni seakan-akan Pasar Siti Khadijah yang terdapat di Kota Bharu, Kelantan. Pelbagai jenis pakaian, makanan dan pelbagai barang yang dijual di sini.

Menuju Ke Pulau Kapas

Untuk ke Pulau Kapas kami kena menaiki bot dari Jeti Marang. Perjalanan menuju ke Pulau Kapas dari Jeti Marang cuma mengambil masa selama 10-15 minit je. Dekat sangat..tak sempat nak mabuk laut dah sampai..hahaha..

Tempat penginapan kami di Pulau Kapas ialah Kapas Coral Beach Resort. Sampai di Pulau Kapas kami semua memang terpaku dengan keindahan alam semulajadi. Memang lawa sangat weih..sangat-sangat lawa..tak pandai nak gambarkan camne tapi yang pasti memang sangat cantik.






Hari pertama, jadual kami cuma free and easy..maklumlah dari malam tadinya belum berehat. Jadi ambil kesempatan bila sampai di Kapas Coral Beach Resort ni untuk tidur dan berehat. Petang, sesudah Asar baru kami start meneroka Pulau Kapas ni.



Kalau korang dating ke Pulau Kapas, ada beberapa aktiviti yang korang jangan lepaskan :

  • Menikmati Sunset 

  • Berkayak
Gambar kredit to blogger Faizal Fredley & Emas Putih

  • Snorkeling
Gambar kredit to blogger Hasif Hamsyari
  • Hiking ke Bukit Singa

Untuk Hiking ke Bukit Singa ni pastikan pakai pakaian dan kasut yang sesuai ye sebab jalan agak licin dan curam..nak turun agak mencabar

  • Island Hoping


  • Sea Trekking


Tu perkara-perkara yang korang jangan lepaskan kalau datang ke Pulau Kapas ni.

Percutian Dengan Kapas Vacay

Percutian aku kali ni ialah bersama Kapas Vacay. Ambil pakej dengan Kapas Vacay ni memang sangat-sangat berbaloi korang. Sebenarnya ada beberapa pakej yang disediakan oleh pihak Kapas Vacay :-

3 Hari 2 Malam
  • Check in 2 pm dan check out 12 pm (depends atas kekosongan bilik, kalau bilik kosong boleh check in awal)
  • Bilik berhawa dingin + 24 jam elektrik + Astro TV
  • Private bathroom dan balcony
  • 1 queen bed dan 1 single bed (max 5 orang)
Pakej A (4 pax)

Free and easy trip (recommended for backpacker)
RM129 per person including :-
  • Aircond room (luas dan selesa)
  • Boat transfer pergi dan balik
  • 1 extra mattress/tilam
Add On Aktiviti (harga per person)
  • Snorkeling set (one day used) + RM15
  • Hiking Bukit Singa with tour guide + RM15
  • Snorkeling Taman Laut including equipment and tour guide + RM25
  • Island Hoping/tour with boat 45 minute + RM25
Pakej B (4 pax)

RM189 per person including
  • Aircond room (luas dan selesa)
  • Boat transfer pergi balik
  • 1 extra mattress/tilam
  • Snorkeling at TAMAN LAUT with equipment
  • Hiking Bukit Singa with tourguide
  • Island hopping/tour (pusing pulau 45 minit)
Pakej C (4 pax)

Normal price RM305/pax
Student Price RM280/pax
  • Aircond room (luas dan selesa)
  • Boat transfer pergi balik
  • 1 extra mattress/tilam
  • Snorkeling at TAMAN LAUT with equipment
  • Seat meal (2 breakfast, 2 lunch, 2 dinner)
* Kids 3-11 tahun 60% daripada harga dewasa
* Kalau nak stay 5 atau 3 atau 2 atau 1 orang untuk satu bilik harga lain (boleh mintak)

Daytrip

Daripada pukul 9 pagi hingga 5.30 petang

Pakej A

Cuma RM49/pax termasuk :
  • Boat transfer pergi balik
  • one day used snorkeling equipment
  • Toilet dan tempat solat
* Upgrade to snorkeling Taman Laut + RM10/pax

Pakej B (Recommended & Hot sale!)

Cuma RM59/pax termasuk :
  • Boat transfer pergi balik
  • one day used snorkeling equipment
  • Hiking (Bukit SInga) with tourguide
  • Toilet dan tempat solat
* Upgrade to snorkeling Taman Laut + RM10/pax

Pakej C

Cuma RM69/pax termasuk :
  • Boat transfer pergi balik
  • one day used snorkeling equipment
  • Hiking (Bukit SInga) with tourguide
  • One set lunch box
  • Toilet dan tempat solat
* Upgrade to snorkeling Taman Laut + RM10/pax

Add On aktiviti :
  • Snorkeling Taman Laut : RM25/pax (2 jam)
  • Hiking Bukit Singa : RM15/pax
  • Canoe : RM20/hour
  • Snorkeling set : RM15 per pax (day used)
Recommended Add On :
  1. Island tour/hopping (pusing pulau dengan boat 45 minit) : RM25/pax
* Kids 3-11 tahun 60% daripada harga dewasa
* Deposit serendah RM10
* Group lebih 20 pax ada diskaun

Untuk tempahan dan keterangan lanjut :


Wassap : 011-21956220/017-5017517

Tempat Makan di Kuala Terengganu


Hari tu, selepas bertolak pulang dari Pulau Kapas kami singgah makan tengah hari di Kedai Rex Nasi Padang yang terletak di Kuala Terengganu.

Apa yang menariknya Kedai Rex Nasi Padang ni ialah kedai ini telah beroperasi sejak tahun 1969 lagi! Wow..memang betul-betul lama kedai makan ni. Patut la kedai makan ni sangat famous di Kuala Terengganu.

Makanan di Kedai Rex Nasi Padang ni semuanya sedap belaka. Paling aku suka ialah rendang daging, ayam bakar dan gulai lemak cili api daging salai. Memang terbaik..kalau aku datang lagi ke Kuala Terengganu ni Insyallah aku akan ulang lagi dan lagi singgah ke Restoran Rex Nasi Padang.






Kalau korang berminat nak makan kat kedai ni, boleh layari laman social mereka di :
 

Atau korang boleh terus datang ke kedai mereka yang beralamat di :

Kedai Rex Nasi Padang Sumatera
71, Jalan Tok Lam,
Kuala terengganu, 20100
Kuala terengganu, Terengganu Darul Iman

You May Also Like

17 comments

  1. Wahh rindunya ke Pulau Kapas! Memang syok sangat. Banyak aktiviti boleh buat!

    ReplyDelete
  2. Memang menarik. Terasa nak singgah. Menu last tu memang memukau

    ReplyDelete
  3. Wa a... Best nya.. Bila nak sampai ni..

    ReplyDelete
  4. SA tak pernah lagi pergi Pulau Kapas..tengok Min bercuti kat sini rasa terpanggil plak nak pi sini..nampak menarik dengan pelbagai aktiviti

    ReplyDelete
  5. Dah pernah sampai Terengganu tapi belum singgah Pulau Kapas lagi. Tunggu anak-anak besra sket baru pergi lagi. Nasi dagang dengan teh air memang terbaik. Menu ni jela repeat kat sana masa bercuti dulu

    ReplyDelete
  6. ya ampun buih teh beng tu kepana mengancam jiwa sangat.. dah lama tak pergi pulau kapas (rasanya pernah pegi sekali jer)..tapi pulau ni mmg cantik..air dia biru sangat :-)

    ReplyDelete
  7. #GanuKite
    Saye org Ganu pun x pernah gi Pulau Kapas haha.
    Tapi Nasi Dagang kite mmg best!

    ReplyDelete
  8. Rindunya kat Pulau Kapas. Rawlins selalu ke sana masa belajar sebab nak ambil lesen menyelam dan kami duduk di Chalet Makcik Gemuk. Ada lagi ke chalet tu?

    ReplyDelete
  9. Wow! It seems that you really had a great time there. Lots of activities and beautiful views. I do really love to try snorkeling it sounds really exciting.

    ReplyDelete
  10. aaa bestnya snorkeling! vacay lagi.. tak pernah sampai lagi tempat ni tapi dah dengar banyak cerita best bout it.

    ReplyDelete
  11. I have been to Terengganu numerous times and always had the best times. Looking at these photos make me want to go there NOW!!

    ReplyDelete
  12. Glad you enjoyed your whole vacation. Which part is your best favorite?

    ReplyDelete
  13. Emi pun dh lama teringin nak ke pulau kapas. Tapi masih dalam perancangan lagi, hehe

    ReplyDelete
  14. Thanks for recommending this beautiful place in your blog. Will definitely have my solo trip there...

    ReplyDelete
  15. I miss travelling la! Especially to island where we can island hopping, enjoy the sea view and of course enjoy some really yummy seafood =P

    ReplyDelete
  16. rindu dah kat Pulau Kapas ni kak. tapi kesan pergi sana masih ada sampai sekarang. huhuhu. bilalah nak hilang sunburn ni.

    ReplyDelete
  17. Wah tak pernah, sampai lagi pulau kapas. Bestbya activity. Nanti ika nak follow la.

    ReplyDelete