Oiso Perkenal Menu Baru Sempena Ulang Tahun ke 7

by - March 15, 2018

Sempena menyambut ulang tahun yang ke 7 pada 14 March 2018, Oiso Korean Traditional Cuisine & Cafe Malaysia telah melancar 4 menu baru khas untuk pecinta-pecinta makanan Korea. Majlis pelancaran telah diadakan di Oiso cawangan Times Square yang dihadiri oleh 'orang-orang kuat' Oiso termasuk Mr. Kim Young Jun, Pengarah Urusan Oiso Korean Traditional Cuisine & Cafe Malaysia.

Turut memeriahkan majlis ialah pihak media dan bloggers juga selebriti terkenal Amber Chia.




4 Menu baru Oiso Korean Traditional Cuisine & Cafe


  • Oiso Jap Chae


Jap Chae adalah makanan Korea berupa suhun (dang myeon) yang dimasak dengan daging dan sayuran. Mengikut sejarah, Jap Chae pertama kali diperkenalkan pada abad ke 17 ketika semenanjung Korea diperintah Dinasti Joseon



  • Oiso Stir Fried Beef (bulgogi)

Sejenis lauk yang diperbuat daripada daging lembu yang dihiris nipis dan dimasak bersama perapan istimewa. Hidangan ini adalah salah satu hidangan yang sangat popular dikalangan masyarakat Korea.


Bahan untuk masakan bulgogi

  • Oiso Samgye Tang

Samgye Tang adalah sup ayam ginseng. Samgye Tang dimasak menggunakan seekor ayam tanpa dipotong, diisi bersama nasi, bawang putih, gingseng serta beberapa jenis rempah. Masakan ini sangat popular pada hari-hari sambok jika di Korea.



  • Oiso Seafood Bibimbap
Bibimbap adalah hidangan nasi yang dihidangkan dalam mangkuk dan ditutupi oleh sayuran, lauk pauk dan juga telur. Untuk Oiso Seafood Bibimbap ini, makanan laut seperti sotong yang menjadi hidangan lauk utama.

Mengikut sejarah, nama bibimbap digunakan pada awal kurun ke-20. Dari zaman Joseoan (1392-abad ke-16) hingga abad ke-20 bibimbap dipanggil Goldongban yang bermaksud hidangan nasi yang disaji bersama campuran makanan lain.


Gambar kredit to Blogger Sally Samsaiman



Sedikit Mengenai Oisi Korean Traditional Cuisine & Cafe

Oiso adalah "Semi Fine Dining Restaurant' yang menghidangkan masakan Korea. Makanan Korea sememangnya terkenal sebagai hidangan yang seimbang dengan karbohidrat, protein, tinggi fiber dan kurang minyak. Berikutan dengan itu, Oiso membawakan kita semua dekat dengan masakan 'home-cooked' Korea






 Bagi yang berminat untuk merasai keaslian masakan Korea, bolehlah berkunjung ke Oiso Korean Traditional Cuisine & Cafe di

  • Berjaya Times Square
  • Cheras Leisure Mall
  • Ikano Power Centre
  • Menara Hap Seng
  • Tropicana City Mall
  • Taman Desa
  • Bangsar South (Akan dibuka pada penghujung bulan March 2018)
Untuk keterangan lebih lanjut boleh layari Facebook mereka di : 

You May Also Like

3 comments

  1. semua nampak sedap ni. Bolehlah belajar makan makanan Korea

    ReplyDelete
  2. nampak menyelerakan..anyway, done follow ur blog, cik min

    ReplyDelete