Rumah Ku Syurga Ku

by - February 05, 2018

Ha...kan? Rumah Ku Syurga Ku..ekekeke

Tempat paling bahagia dalam dunia ni ialah rumah sendiri. Camne hebat pun hotel-hotel kat seluruh dunia tetap rumah juga yang dirindu.

Macam aku, aku sejenis yang tak leh lama-lama kuar dari rumah..mesti mula la teringat bantal la..tilam la..katil la. Hahaha..memang tak betah la kalau lama-lama tinggalkan rumah. Sebab tu kalau weekend aku biasanya jarang sekali keluar. Banyak habiskan masa di rumah je.

Aku dan suami pulak sejenis yang memang gila orkid. Kalau kat rumah tu memang penuh dengan orkid je la. Jadi bila orkid berbunga rasa happy sangat. Kejap-kejap mesti gi belek orkid haha..



Terus terang yang tanam orkid semua ni memang suami la. Aku cuma suka hasilnya aje hahah. Dia memang tangan yang sangat subur kalau menanam. Tanam je la apa pun mesti Insyallah akan subur. Aku? takat siram-siram pokok je la keje aku tu pun jarang. Hahaha..sebab aku cuma minat memasak je.







Oleh sebab minggu lepas orkid aku 2 pokok berbunga jadi sepanjang cuti lepas keje aku membelek orkid aku je la sambil bagi ikan-ikan di kolam makan. Wakakaka..dah tu minat aku kan..nak wat camne..sape yang minat orkid cam aku? kte geng !!




Ha..cantikkan? camne lah aku ta gila tengok orkid ni. Lagi puas hati bila hasil yang tanam sendiri ni yang berbunga. Geram je tengok. 

Bila pokok-pokok segar, ikan-ikan dalam kolam pun bukan main segarnya. Sebab tu aku lebih suka habiskan hujung minggu aku di rumah. Rasa berbaloi sangat bila kita banyak spendkan masa di rumah dengan keluarga. Sambil tu cantikkan rumah..kemas apa yang patut jadi tak adalah kepala berserabut bila tengok rumah bersepah.


hehe..tanam pandan dalam pasu je..
Dah namanya rumah ku syurga ku kan..jadi kemaslah rumah, hiaslah rumah supaya menjadi syurga buat kita sekeluarga..Syurga

You May Also Like

6 comments

  1. Cantik orkid2 tuh..
    Ye betul tuh... Rumahku Syurgaku... Lagipun buat aktiviti dgn keluarga ni ade byk faedahnye.. dpt lebih eratkan hubungan kekeluargaan.. LeYa pun cuti2 kalau tak kemana mengemas rumah dgn suami

    ReplyDelete
  2. Bestnya. Sy minat tp tak pernah beli orkid. Takut tak pandai jaga..

    ReplyDelete
  3. cantik gambar2, gambar2 pun macam berbau kedai jugak..eh..haha!

    ReplyDelete
  4. cantik betul taman kakmin ni.. ada air terjun lagi tu. besttt.. macam macam idea bole maii ni

    ReplyDelete
  5. mak dan mak mertua PG kedua-duanya ada tanam orkid...:)

    ReplyDelete
  6. Umah kita. Rasa kita.
    Memang selesa 100% la.
    Aida setuju dgn Min.
    Manapun kita pergi, tetap nak balik umah. Rinduuuuu!

    ReplyDelete