Resipi Khas Untuk Diet Sihat

by - February 08, 2018

Sape yang memang follow blog aku mesti dah maklum yang aku memang dah lama amalkan diet sihat ni..ekeke..diet sihat maksudnya jaga pemakanan dengan betul. Bukan ikut mitos yang jangan makan malam la apa la. 

Sebelum ni pun aku dah banyak kongsi menu-menu aku. Tapi rasa cam dah lama tak share so hari ni nak share semula la..hahaha.

Haa..sebelum tu. Korang kalau nak kurus pastikan jangan skip pun sarapan, lunch dan dinner. Cuma jaga la pemakanan dan kuantiti makanan yang diambil. Roti canai, nasi lemak semua tu skip la. Minuman manis pulak memang pantang tau. Jangan kata nanti tak cukup gula bagai sebab dalam makanan yang kita ambil memang biasanya dah ada gula semulajadi.

Kadang-kadang makan ni je..tapi Alhamdulillah kenyang sangat
Macam aku pernah share, aku biasanya sarapan (antara 7.30-8.30 pg) dengan v soy/susu HL yang aku tambahkan air mineral + muesli + rolled oat + kurma dan blend. Tu je sarapan aku setiap hari. Nanti pukul 10 pagi aku akan ambil sebiji epal hijau atau pun buah-buahan lain. Pukul 12.30-2.00 aku biasa akan amik lunch yang aku dah masak siap-siap dari rumah (biasanya sayur + ikan/ayam yg grill atau kukus), petang pukul 5 aku ambil lagi snacking (kalau tak lapar tak ambil pun). Sebelum pukul 8 malam aku akan pastikan aku dah ambil dinner (biasanya buah atau aku blend je macam sarapan).

Biasa menu tengahari camni je..bakar je salmon. Yang ni aku bakar sekali dengan leek pastu makan tomato cherry mentah2 (aku tak suka yang masak)

Cuma malam tadi aku rasa lapar sikit agaknya sebab aku tak snacking petang dan sepanjang siang tu aku cuma makan 2 biji telur..jadi malam tadi aku bakar roti + telur + leek. Alhamdulillah kenyang sampai pagi. Nak resipi? Nah aku share (sebenarnya malam tadi dah share kat FB & IG aku)

Resipi Roti Telur Bakar Bersama Leek


Bahan-bahan :

2 keping roti Canadian Purple Wheat (roti ni GI rendah)
2 biji telur
sedikit susu rendah lemak (aku guna HL)
1 batang leek (hiris serong atau ikut suka korang la)
secubit paprika
secubit lada hitam
sedikit olive oil

Cara-Cara memasak

1. Masak Leek

  • Panaskan kuali, masukkan olive oil
  • Masukkan leek bersama secubit paprika & lada hitam
  • Masakkan sebentar dan ketepikan 
2. Adunkan Telur

  • Pecahkan 2 biji telur dalam mangkuk
  • masukkan sedikit susu (ikut anggaran korang je..jangan terlalu sedikit atau terlalu banyak)
  • Kacaukan sebati dan ketepikan

3. Bakar Roti
  • Letakkan 2 keping roti dalam aluminium foil
  • taburkan leek yang sudah digoreng
  • Masukkan telur yang sudah dikacau sebati dengan susu
  • Bungkuskan dan bakar 10-15 minit
  • Siap untuk dimakan.



Haaa..senang kan? kejap je nak sediakan. Lepas tu makan pun kenyang lama. Bahan-bahan semua sihat dan memang tak letak secubit garam pun. Aku tak leh makan sos jadi aku makan macam tu je. Kalau korang nak sedap korang tambahlah secubit garam dan makan dengan sos cili. Nak lagi sedap letak sikit thousand island tapi dah tak jadi menu sihat la..hahaha..



You May Also Like

5 comments

  1. Sedanya!!! bole cuba..

    np xde dlm bloglist? huhu

    ReplyDelete
  2. Wah.. menarik ni.. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  3. sweet potato nyummy...pergh ngn salmon lagi hahahaa

    ReplyDelete