Leek With Chicken Breast

by - February 09, 2018

Wahhh tajuk tak henggat..omputih gitewww. Aku hari ni untuk tengahari aku makan Roti Canadian Purple Wheat je. Sebab tak mo makan plain jadi aku sediakan sayur kegemaran aku..Leek. Jom aku share resipi ngan korang..


Leek With Chicken Breast

Bahan-bahan :

  • Sedikit dada ayam dihiris
  • 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • setengah biji capsicum
  • Sebatang Leek
  • Sedikit minyak zaitun untuk menumis
  • Sedikit lada hitam

Cara-cara memasak
  • Panaskan kuali
  • Masukkan olive oil
  • Tumiskan bawang putih sebentar
  • Masukkan dada ayam
  • Tumis sebentar hingga ayam masak
  • Masukkan leek
  • Masukkan capsicum

  • Tutup api & masukkan lada hitam

  • Sedia untuk dihidang.
Aku makan ni je dengan roti. Macam biasa masakan aku tak ada garam jadi pandai-pandailah korang adjust resipi ni mengikut kesukaan korang. Kalau ada peri-peri sos memang sedap makan ni dengan roti. Alaa..kalau tak nak makan ngan roti korang boleh tukar jadikan inti wrap. Nak jadikan lauk makan dengan nasi pun sedap ni.

Apa pun selamat mencuba..minggu ni memang resipi semua ada leek je. Hahaha..minggu depan kita cuba resipi lain pulak ye.

You May Also Like

6 comments

  1. selalu menu sihat nampak tak menyelerakan. tapi yang Min sediakan ni, automatik kecur air liuq saya..nampak sedap sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..try la buat..senang je, main campak2

      Delete
  2. menu sihat nih
    tapi tetap sedap :)

    ReplyDelete
  3. wajib cuba ni.tq share kak min.

    ReplyDelete
  4. ratah makan gitu jer erkh...

    ReplyDelete