Kad Digital NGO Negaraku

by - February 12, 2018

Bertempat di Dewan Perdana Felda, Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) telah menyediakan 30 ribu kad NGO Negaraku untuk mula diedarkan secara percuma kepada NGO dan Koperasi berdaftar pada 10 Feb 2018 yang lepas.


Program Komuniti Digital NGO Negaraku turut memperkenalkan Mobile App NGO Negaraku yang hanya boleh diekses oleh pemegang Kad NGO Negaraku untuk menikmati tawaran pembelian barangan terpilih dengan harga terbaik, Mobile App ini mempunyai kepelbagaian aplikasi yang bersesuaian untuk digunakan oleh NGO dan ahli-ahli termasuklah aplikasi pengumpulan derma dan sumbangan secara digital untuk tujuan membantu antara satu sama lain mengikut keperluan sebenar.

Untuk pengetahuan korang, Mobile App NGO Negaraku ini dibangunkan bagi membentuk kerjasama antara NGO-NGO khususnya dalam aktiviti sosial dan ekonomi melalui jalinan usahasama dan penawaran berkelompok. Menurut pengasas KSP iaitu Dr. Mohd Zamri Noordin, program ini merupakan acara sulung yang disediakan khas untuk semua ahli NGO di Malaysia dengan keistimewaan yang luar biasa.




Latar belakang Kelab Sahabat Persaudaraan

Kelab Sahabat Persaudaraan adalah sebuah kelab yang berdaftar di bawah Pendaftaran Pertubuhan atau ROS. Kelab ini dibentuk melalui gabungan Sukarelawan Profesional dan kumpulan berpengalaman untuk bersama mencurahkan idea dan kepakaran bagi melahirkan program-program berkualiti berteraskan pendidikan dan kebajikan untuk diperkenalkan kepada masyarakat.

Program Komuniti Digital NGO Negaraku diperkenalkan oleh Kelab Sahabat Persaudaraan berteraskan 3 prinsip :-

  • Menghubungkan kerajaan, NGO dan ahli-ahli NGO termasuk koperasi dalam era digital berteraskan semangat Negaraku.
  • Mengeratkan kerjasama dan memupuk semangat bantu membantu antara satu sama lain mengikut keperluan sebenar.
  • Mendidik masyarakat untuk berbelanja secara bijak dan berhemah.

Konsep Komuniti Digital NGO Negaraku

Membentuk sebuah platform bagi menggabungkan kerjasama diantara NGO-NGO termasuk koperasi di dalam aktiviti sosial dan ekonomi melalui jaminan usahasama dan penawaran berkelompok.

NGO serta ahli-ahli bekerjasama dan membentuk gabungan kumpulan yang kukuh dan berkesan dengan manfaat e-platform & Fin-tech, bermatlamat untuk menghubungkan kerajaan dan NGO di atas platform digital.

Antara rakan blogger KBBA yang hadir




You May Also Like

22 comments

  1. Wow bestnya kalau dapat join sama...

    ReplyDelete
  2. semua boleh join ke? jemput singgah ke vitaminwawa.com , sekian " terima kasih " ...

    ReplyDelete
  3. Bagus la,inisiatif terbaik utk NGO yang terlibat.

    ReplyDelete
  4. terbaik, fungsi kad digital yg berguna utk NGO

    ReplyDelete
  5. kalau untuk promosi dapatkan barangan murah saya berminat! heheheh

    ReplyDelete
  6. memudahkan,dengan adanya apps. bagus ni

    ReplyDelete
  7. Bagus ada platform camni. At least convenient utk semua org.

    ReplyDelete
  8. Semua ngo boleh dihimpun kan dlm apps tu ehh

    ReplyDelete
  9. Bestnya event macam ni. Apps tu sangat bagus..

    ReplyDelete
  10. Kad belum dapat lagi...kalau tak dah install mobile app ni...hello, kenapa saya tak nampak kat belakang tu.

    ReplyDelete
  11. pro ngo.. hehe :) good effort to have this digital card.

    ReplyDelete
  12. Menarik juga konsep kad digital NGO negaraku ni. Harap-harap ramai yang dapat manfaatnya

    ReplyDelete
  13. sat... tak puas ati ni.. awat gambar cek nampak gemuk??? hahah.. k bye

    ReplyDelete
  14. Congrats for this event! Way to go digital and benefit many locals.

    ReplyDelete
  15. This digital NGO card sounds like it has a lot of benefits. That's taking the NGO to another level by going digital.

    ReplyDelete
  16. Menarik konsep ni, moga dapat beri manfaat.

    ReplyDelete
  17. Ooo.. thanks for the info. Never know such app until reading your post. Sounds really great initiative for ngo to know what each other is doing and can collaborate and support!

    ReplyDelete
  18. Seiring dengan teknologi terkini..

    ReplyDelete