Perginya Seorang Sahabat

by - January 10, 2018

Pagi ni buka FB tengok status seorang kawan mengenai pemergian rakan sekolah kami. Terpaku kejap, ketar rasa tangan..gigil seluruh badan. Betul ke status yang aku baca ni?

Terus capai phone dan call kawan. Betul..kawan sekelas aku zaman sekolah Noraini Salleh dah meninggal pagi ni pukul 7.57 pagi. Ya Allah..sedihnya rasa. Lambat aku dapat perkhabaran.

Semuanya gara-gara aku tak ada dalam group wassap sekolah. Jadi banyak cerita yang aku ketinggalan. Bukan tak join group. Asalnya memang aku join group wssap tu tapi bila aku sakit terlantar lama hari tu, no telefon yang join group wssap tu dah tak aktif. Maka ni lah jadinya.

Aku pulak lupa nak update no baru. Tadi bila call Kuza (kawan baik aku), dia bagi tau rupanya Allahyarhamah dah dimasukkan ke wad sejak 14 Disember 2017 lagi. Allahyarhamah memang menghidap penyakit kencing manis dan sakit buah pinggang. Dah lama dia menderita kerana penyakit tu. Khabarnya baru-baru ni dia terkena TB pula. 

Sejak 14 Disember 2017 dia memang tak pernah keluar hingga la pagi tadi, bawa keluar jenazah beliau. Allahyarhamah meninggalkan 3 orang anak. Yang paling bongsu baru masuk darjah satu. Kawan aku cerita lagi, sejak semalam memang Allahyarhamah dah koma. Anak-anak duduk tepi katil sambil meraung panggil "ibu..ibu.." Ya Allah..sedihnya.

Aku yang mendengar cerita ni pun meremang bulu roma, menangis tak berhenti. Sesak sekejap rasa dada ni. 

Ani yang aku kenal memang seorang yang ceria. Aku ingat lagi macam mana dia cerita masa banjir di Kuala Lipis, dia gigih selamatkan tempoyak dahulu berbanding barang lain. Berharga sangat tempoyak bagi kami anak jati Pahang ni. Mengekek-ngekek aku ketawa bila dengar dia bercerita pasal dia selamatkan tempoyak. 

Ya Allah..Kau ampunilah segala dosa-dosa kami. Ampunilah segala kesalahan kami dan kesalahan Allahyarhamah. Tempatkanlah Allahyarhamah dikalangan orang-orang beriman ya Allah.

Buat Ani..damailah di sana. Buat sahabat dan keluarga..redhalah dengan pemergian beliau. 


You May Also Like

2 comments

  1. Al-Fatihah, moga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh-Nya, tabah kak min. doakan arwah sentiasa

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah. Salam takziah buat keluarga sahabat Kak Min. Semoga arwah tenang di sana.

    ReplyDelete