Makrifat Cinta : Sentuhan Bollywood, Garapan Melayu

by - January 22, 2018

Jumaat lepas, aku dan rakan-rakan blogger yang lain mendapat jemputan untuk majlis makan malam dan tayangan perdana filem Makrifat Cinta.

Majlis yang berlangsung di IRDKL, Shah Alam itu dihadiri oleh ramai tetamu kehormat dan penggiat seni tanahair. Antara tetamu kehormat yang hadir adalah Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia iaitu Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.



Aku sebenarnya tak nak ulas banyak pasal majlis makan malam tu, tapi aku nak bagi ulasan tentang filem Makrifat Cinta yang dibintangi oleh Syamsul Yusof, Nabila Huda, Nora Danish dan Datuk Adi Putra. 

Makrifat Cinta mengisahkan tentang Mahathir (Syamsul Yusof) yang gigih berusaha untuk menepis kemiskinan yang membelenggu keluarganya. Beban Mahathir bertambah dengan sikap isterinya (Nabila Huda) yang suka berhutang seta abang ipar, Rizal (Datuk Adi Putra) yang menambahkan lagi kesusahan hidup mereka sekeluarga.

Mahathir berusaha demi keluarga tercinta terutama anaknya Aisha (Puteri Balkis). Kemunculan Sofea (Nora Danish) iaitu kawan baik zaman sekolah Mahathir telah merubah kehidupan Mahathir. Namun yang indah tidak kekal selamanya...nak tahu kesudahan cerita? Saksikan di pawagam berdekatan anda pada 1 Februari 2018...

Haha..tak nak la cerita lebih-lebih kan. Korang gi la tengok cerita ni nanti. Pada aku cerita ni memang best. Jarang aku nak puji filem Melayu ni. Tapi cerita Makrifat Cinta ni memang best giler. Kisah dia padat dengan adegan yang buat kita sakit hati dan sedih.

Patut bagi pujian lebih pada Nabila Huda dan Datuk Adi Putra yang melakonkan watak antagonis. Memang menjadi sangat sampai aku rasa cam nak gi lempang muka si Zara lakonan Nabila Huda. 

Cerita ni sedih la..yang lawaknya masa aku tengah menghayati cerita ni tiba-tiba dengar sok sek sok sek orang menangis..aku pandang belah kanan, tengok si Tati menangis..tengok lagi tengok si Ayue lap air mata..menjengah jauh sikit nampak si Fir plak gesek-gesek mata..hahaha..bayangkan kalau lelaki pun menangis memang sedih la kan?..Aku? hahaha..aku memang sejenis payah nak menangis tengok movie tapi part anak Mahathir menangis teresak kat hospital tu memang buat aku sebak sangat-sangat la.

Filem Makrifat Cinta ni ada sentuhan Bollywood jadi jangan pelik bila tengok ada babak-babak yang ada lagu. Tapi aku memang bagi pujianlah pada pengarahnya iaitu Kamal G yang kali pertama mengarah tapi hasilnya meletop. Ada sentuhan Bollywood tapi masih mengekalkan keaslian filem Melayu..ha..camne tu? korang gi la tengok sendiri nanti.

Gigih nau si Kamal G ni buat editing bagai kat India selama 7 bulan. Tapi hasil sangat berbaloi.


Habis tayang filem, cam biasa la ada PC..ekeke so sempat la we all bergambar dengan artis-artis terlibat




You May Also Like

42 comments

  1. ina pon nak ulas jugak.Kakmin cantik.. bseri seri..

    ReplyDelete
  2. Boleh la layan hujung minggu ni

    ReplyDelete
  3. macam best jer cerita ni, bukan seperti cerita cinta biasa, teringin nak tengok

    ReplyDelete
  4. Habis lah kalau ai tengok filem ni, banjir panggung kalau ai nangis kang...

    ReplyDelete
  5. Amboiii macam adik beradik kak min ngan syamsul,

    Fir nangis ke adoiiiii

    ReplyDelete
  6. Bestnyaa...dapat jumpa nora danish yang comel lagi

    ReplyDelete
  7. Nabila Huda berlakon mmg best

    ReplyDelete
  8. Alaaa lamanya dah tak tengok wayang. Nampak menarik gak filem ni.

    ReplyDelete
  9. Tengok trailer dia menarik laa...!!
    Teruja nak pi tengok

    ReplyDelete
  10. Best sangat cerita Makrifat Cinta ni.. Dari mula sampai akhir memang mata kat screen je..

    ReplyDelete
  11. Ala..wat suspen jer ni.. mesti suruh gi tgk.

    ReplyDelete
  12. comel pic akak dgn syamsul tu. syamsul tu yg comel..

    ReplyDelete
  13. Nasib kita nangis sikit je...

    ReplyDelete
  14. Wah.. Sentuhan Bollywood memang kena dengan jiwa min kan..

    ReplyDelete
  15. hurmm.. ada bebera scene tu terus terbayang mcm citer pursuit of happiness pulak .

    ReplyDelete
  16. Cite dia memang best... Bukan cerita melayu tipikal.

    ReplyDelete
  17. Wah..macam best ni cerita dia..pelakon pun hebat2

    ReplyDelete
  18. Mmg nk kena tgk jugak nii

    ReplyDelete
  19. bestnye dapat tgk movie ramai2 :) .. nampak menarik

    ReplyDelete
  20. Heard about the movie but haven't got a chance to watch. Seems like an entertaining movie. Want to watch as well lah.

    ReplyDelete
  21. Happy gathering time dengan kawan-kawan.
    Teringat zaman muda saya selalu pergi ke pawagam bersama kawan.
    Cerita ini nampak menarik.

    ReplyDelete
  22. bestnya k.min dpt tegk film ngn diaorg

    ReplyDelete
  23. Menangis dalam panggung? Itu perangai seorang Rawlins gak tu. Nie macam nak kena bawa kakak pergi tengok nie - dia suka baca novel dan mesti dia akan menangis sakan kelak.

    ReplyDelete
  24. This is happening and glad you enjoyed this event :)
    Congrats also for your host!

    ReplyDelete
  25. I wanna watch this too. For sure will get flu. Haha

    Racheal

    ReplyDelete
  26. Must bring tissue box to cinema already like this 😅 cannot bring kids nanti potong stim..

    ReplyDelete
  27. Wah menarik tgk cerita ni. haha. MUST WATCH! bahaya kalau boleh buat menangis ni

    ReplyDelete