Timba Ilmu di Hab Halal JAKIM

Alhamdulillah..syukur sangat sebab hari ni Kelab Blogger Ben Ashaari diberi peluang untuk menimba ilmu di Hab Halal JAKIM.



Bukan senang nak dapat peluang macam ni..diundang khas untuk mendapatkan ilmu..ha..special sangat kan?





Yang menariknya Pengarah Hab Halal JAKIM iaitu Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee dan Ketua Penolong Pengarah iaitu En. Mohd Fakarudin Mason sendiri turun padang bertemu kami semua semua untuk berkongsi maklumat tentang Pensijilan Halal JAKIM.

Ustaz Luqman Nul Hakim Bin Samad selaku Penolong Pengarah, Seksyen Komunikasi Korporat (SKK) Unit Media juga turun padang bagi menerangkan kami tentang bagaimana pihak JAKIM mengendalikan tentang kes-kes berkaitan status halal di Malaysia.

Pengarah Hab Halal JAKIM - Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee

Ketua Penolong Pengarah Halal Hab JAKIM - En. Mohd Fakarudin Masod

Ustaz Luqman  Nul Hakim

Banyak maklumat yang aku dan team KBBA9 pelajari semalam. Antaranya bagaimana Sijil Halal dikeluarkan, berapa lama tempoh Sijil Halal dikeluarkan dan berapa bayaran yang dikenakan. Jadi yang selama ini dengar pelbagai cerita kononnya susah nak dapatkan Sijil Halal..mahal la Sijil Halal dan sebagainya terjawab sudah..dannn..baru tau kebanyakan cerita tu dongeng semata.

Untuk memohon Sijil Halal ni tak susah sebenarnya. Syarat-syarat Pensijilan Halal Malaysia antaranya cumalah  :-

  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Mempunyai lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Surat AKuan dari Agensi Kerajaan (bagi yang tidak mempunyai PBT)
  • Beroperasi sepenuhnya terlebih dahulu sebelum permohonan dibuat
  • Mengeluar/mengendalikan produk halal sahaja.
Ha..mudahkan? Manakala untuk proses mendapatkan kelulusan status Halal ni cuma memakan masa 15 hingga 30 hari. Harga pula cuma RM200 sahaja. Untuk pengusaha produk-produk IKS macam aku ni memang maklumat macam ni sangat-sangat berharga dan penting.

Hehe..doakan semoga tak lama lagi produk aku Min'z Sambal Hitam Pahang dapat sijil Halal JAKIM ni..ekeke..aminn..




Bagi yang tak tau..JAKIM juga menyediakan aplikasi SMART HALAL yang boleh dimuat turunkan di telefon bimbit..mudah sangat untuk dapatkan informasi tentang Halal.



Bagi yang ingin mendapatkan keterangan lebih lanjut mengenai Halal JAKIM ni jangan lupa untuk layari laman web JAKIM sendiri di www.halal.gov.my dan juga FB Page mereka HAB HALAL JAKIM






Post a Comment

15 Comments

  1. wah bagus ni min... 2 in 1.. dapat ilmu, terus ley apply utk produk min sambal hitam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..Insyallah nanti leh apply Halal utk produk min bila dah tau cara yang betul ni..

      Delete
  2. mudah nak semak kan..dah mudah juga rupanya nak apply sijil..hehe

    ReplyDelete
  3. Rugi sangat tak dpt join. Ilmu pasal halal ni memang kita kena tau. Thanks min sebab share.

    ReplyDelete
  4. senang la kak min lepas ni. dapat komersal (ta reti eja) produk kak min lepas dapat ilmu tentang cara nak mohon sijil halal. senang nak pasar ke luar negara. mana tau rezeki bole jadi ushawan yang berjaya ^_^

    ReplyDelete
  5. sambil belajar sambil tahu mencari peluangnya.

    ReplyDelete
  6. sonoknye dapat join program cenggini. dapat ilmu dan pengalaman yang berguna

    ReplyDelete
  7. Lepas ni tembus pasaran china la sambal hitam pahang kak min.amin.

    ReplyDelete
  8. Kita pun tertipu Min.. percaya bulat2 yg orang cakap. Rupanya murah n mudah je nak dapat sijil HALAL.

    ReplyDelete
  9. bagusnya..dapat ilmu yang kita tak tau

    ReplyDelete
  10. Kena ada ilmu baru leh cakapkan..ni jenis semborono je bila sembang part sijil halal..tu yg amat bahaya ..

    ReplyDelete