Manfaatkan Cuti

by - December 18, 2017

Sekarang musim cuti sekolah kan? Korang bawak anak-anak gi mana biasanya cuti-cuti ni? Mesti best je kan gi jalan-jalan.

Aku belum ada anak jadi belum merasa la camne meriahnya musim cuti sekolah. Hahaha..yang aku rasa meriah time-time cuti sekolah ni cumalah aku gi kerja jalan tak terlalu jem cam biasa..wakakaka.

Aku biasanya kalau cuti, kebanyakan masa mereput je la kat rumah. Jarang-jarang sekali aku keluar. Ntah la..memang aku sejenis manusia yang suka terperuk kat rumah berbanding berjalan-jalan. Mungkin perubahan usia menyebabkan selera berubah..ekeke..

Tapi aku jenis suka membaca..jadi kadang-kadang cuti aku rajin nak terjah perpustakaan. Heaven rasa duduk kat library baca buku puas-puas. Ha..korang pernah tak lepak kat library sampai library tutup? hahaha..aku pernah..sampai pihak library dah bagi pengumuman masa nak tutup baru aku terhegeh-hegeh nak tutup buku.



Tapi yang seronoknya..bila kita pergi library kita akan sedar bahawa ramai je rakyat Malaysia yang suka membaca. Walaupun tak sepenuh di shopping kompleks tapi still gak ramai. Pada aku bagus sangat kesedaran membaca camni. Sekurang-kurangnya kita dapat manfaatkan cuti yang ada.

Tapi aku agak kagum tengok mak bapak yang bawak anak bersama-sama ke library. Bukan apa..memupuk minat membaca dari kecil tu sangat penting tau. Sesekali bawalah anak ke library, bagi diaorang rasa teruja tengok barisan buku-buku untuk dibaca. Pulak-pulak sekarang ni kan zaman ekonomi tak berapa nak cantik..hehehe..jimat cermat sikit duit yang ada..daripada asyik bawak anak-anak berjalan je ada baiknya ajak ke library..tak ada sebarang kos kecuali kos minyak atau kos nak makan minum hehehe.


"Alaa...takkan cuti-cuti pun nak ajak anak membaca.." ha..mesti ada yang pikir camtu. Aku bukan suruh ajak anak gi library hari-hari. Bawak la pergi sekali sekala. Kalau boleh sepanjang musim cuti sekolah ni jangan ajar anak tinggalkan terus buku, nanti diaorang mula rasa seronok dan liat nak baca buku semula maklum la..cuti sebulan kan?

Percayalah..pupukkan minat membaca dari kecil memang akan bagi manfaat yang besar pada anak-anak. Aku dari kecil memang selalu tengok bilik bacaan (dalam bilik solat ada rak penuh dengan buku-buku) kat rumah aku dulu abah susun dengan kitab-kitab. Arwah abah jenis suka membaca, dia sampai ke tua suka belajar sebab tu bila usia dia dah 60 pun dia masih pergi ke Mesir (kebetulan kakak memang 5 tahun menetap di Mesir masa tu), gigih pergi belajar. Semua budak-budak University Al-Azhar masa tu semua anak angkat dia..hahaha..

Arwah abah dengan Angah (anak angkat abah di Mesir)

Mungkin mengikut perangai dia la aku dan adik beradik yang lain memang suka membaca. Tapi tua-tua ni aku dah slow sikit tak macam muda-muda dulu. Dulu zaman sekolah paling suka kalau perpustakaan bergerak datang ke sekolah. Mesti banyak la buku yang dipinjam.Tapi dulu suka baca novel hahaha..bayangkan novel abang sulung aku yang tebal cam kitab pun aku rembat baca..abang sulung aku memang suka membaca jadi kat rumah dia penuh majalah dan buku-buku. Aku ingat lagi..antara koleksi yang dia ada ialah novel bertajuk "Lepaskan Kembali Aku Ke Laut". Novel tu tebal nak mampus dah la ada 3 jilid kalau tak silap..semua aku rembat baca..ekeke


Jadi pada korang yang rasa nak bawa anak keluar tapi kurang bajet hahaha aku cadangkan korang bawak diaorang ke library. Cam aku..aku suka ke PPAS (Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor) ..best sampai tak henggattt nak balik rumah haha..

  



You May Also Like

6 comments

  1. Fail laaa kalau masuk library. Menguap dari mula sampai keluar. Bukan xsuka membaca (aceywah) tapi tak suka sebab terlalu sunyi. Dengar bunyi selak buku je. Hahaa.

    ReplyDelete
  2. Ai ni duduk je shah alam.. tapi tak pernah jejak perpustakaan tu. Bagus lah hobi kak min..

    ReplyDelete
  3. suka pergi library, tenang jer. tapi mungkin sebab dah terbiasa dengan bunyi bising, suasana yang senyap pun buat hati tak tenang. haha

    ReplyDelete
  4. klu ila, mmg tidur terus dalam library tu...:P

    ReplyDelete
  5. Kita suka pergi library sampai sekolah menengah, hari2 masuk library sampai jadi librarian.. Masuk kolej je slow down sbb takde masa nak baca buku cerita but still sometimes masuk jugak lepak dalam tu.. hehe

    ReplyDelete
  6. Bestnya! Lama tak pergi Library. Tapi anak-anak Lynda jenis tak dok diam. Tapi why not give a try kan..

    ReplyDelete