Head Puller Kaedah Penyembelihan Moden Mengikut Hukum Syarak

by - December 06, 2017

Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Maidah ayat 3 yang bermaksud :
"Diharamkan di atas kamu makan bangkai yang mati dengan tiada disembelih, dan darah yang mengalir, dan daging khinzir, dan binatang-binatang yang disembelih dengan tiada menyebut nama Allah, dan binatang yang mati dengan dicekik, dan binatang yang mati dengan dipukul, dan binatang yang mati dengan jatuh dari tempat tinggi ke bawah atau ke dalam telaga, dan binatang yang mati dengan sebab ditanduk oleh lawannya, dan binatang yang mati sebab dimakan oleh binatang buas, dikecualikan jika kamu dapati itu ada roh dan ada hayah mustaqirrah seperti ia bergerak dengan kuat dan sempat kamu menyembelih akan binatang-binatang itu, dan binatang yang disembelih , dan binatang yang disembelih dengan nama berhala.."

Penyembelihan

Dari segi bahasa adalah potong atau belah bagi menghilangkan nyawa binatang.
Dari sudut syarak pula menyembelih binatang yang mampu dikuasai dan harus dimakan dengan memutuskan halkum dan mari' dengan sekali sembelihan

Rukun Sembelihan


  • Penyembelih
  • Binatang yang disembelih
  • Alat penyembelih
  • Tempat yang disembelih
  • Niat meyembelih

Syarat-syarat Sembelihan

  • Beragama Islam samaada lelaki atau perempuan
  • Ahli kitab sama ada Yahudi atau Nasrani (yang berpegang dengan kitab Allah selain dari Al Quran)
  • Kanak-kanak yang mumayiz
  • Baligh
  • Berakal fikiran waras
  • Tidak melakukan penyembelihan di dalam ihram haji

Penyembelihan Moden

Kaedah penyembelihan moden menggunakan arus aliran elektrik dibolehkan dan disahkan halal oleh majlis rundingan Fatwa Kebangsaan dan kebanyak negara yang dihuni oleh masyarakat Islam. Bagaimanapun terdapat syarat yang menghadkan penggunaan aliran elektrik tersebut. Ianya hendaklah digunakan sekadar melemahkan haiwan sembelihan tersebut dengan menggunakan arus yang paling minima..dalam erti kata lain cuma pengsankan haiwan tersebut.

Bagaimanapun, jika didapati haiwan sembelihan telah mati akibat arus elektrik, maka haram dimakan dan tidak sah penyembelihan tersebut.



Kenali Head Puller dan Fungsinya (seperti yang dipetik dari My Halal TV1)

  • Penarik kepala (Head Puller) dengan unit pemacu direka untuk mencabut kepala ayam, trakea dan esofagus setelah leher ayam sempurna disembelih.
  • Dalam konteks pensijilan halal, sudah pasti kesemua syarat penyembelihan hendaklah dipatuhi berpandukan MS1500:2009
  • Ia dibina daripada bahan tahan karat (stainless steel) dan tahan asid. Head puller direka untuk operasi berterusan dalam sistem aliran pemprosesan penyembelihan unggas biasa terutamanya proses ayam dalam skala yang besar.
  • Lazimnya, ia bertujuan sebagai proses tambah nilai kepada produk ayam terproses dan ada yang dikategorikan sebagai premium.
  • Perlu difahami bahawa pengunaan head puller sebaik mungkin mengelakkan kehilangan kulit lejer terlalu banyak serta memaksimumkan hasil akhir produk ayam yang disembelih.
  • Situasi tersebut menyebabkan keadaan ayam smbelihan terproses tersebut seperti kulit lehernya tertarik panjang. Tambahan pula, sifat kulit adalah elastik.
  • Hal ini sering membawa kekeliruan awam di mana produk ayam sembelihan kelihatan seperti tidak disembelih. Namun begitu, ayam atau unggas terproses yang mempunyai logo halal Malaysia telah melalui pemeriksaan yang ketat dari aspek syariah dan teknikal.
Jadi aku harap dengan sedikit penerangan yang aku kongsikan ini dapat meredakan fitnah-fitnah yang tersebar tentang ayam yang kononnya tidak disembelih tetapi mendapat sijil halal JAKIM.

Untuk ketahui info-info halal semasa, korang boleh klik je link yang aku bagi kat bawah ni :-
http://bit.ly/InfoIlmuHalalSemasa
http://bit.ly/FBHABHALAL
www.halal.gov.my

Yang penting..SEMAK DULU SEBELUM SEBAR

You May Also Like

8 comments

  1. ooo.. baru faham.. terima kasih atas perkongsian!

    ReplyDelete
  2. Baru faham tentang penyembelihan moden..itulah kak min baru2 ni ada kisah pasal viral leher ayam tak disembelih...sebenarnya head puller caranya...alahaiii...lepas ini kena rujuk dgn jakim apa2 pun...

    ReplyDelete
  3. Baru tahu gak ada nya system gini. Netizen yang cetek ilmu, tak rujuk pada pihak yang sepatutnya dok selamba share info yang salah. Fitnah!
    Pentingnya semak sebelum sebar

    ReplyDelete
  4. Oh camtu rupanya. Tq for good info Min

    ReplyDelete
  5. itulah kadang orang fikir lain..baru tau berkenaan penyembelihan moden ni

    ReplyDelete