Cari Kelainan Dalam Eratkan Hubungan Suami Isteri

by - December 11, 2017

Ala..tajuk cam tajuk tazkirah je kan..ala-ala motivasi punya tajuk pun ada..wakaka..padahal nak cerita benda lain je pun..

Padahal nak cerita Sabtu lepas (9hb Disember 2017) aku sambut birthday aku..hahaha..cuma kali ni memang berbeza sikit la sambutan. Bukan beza apa pun..beza aktiviti kami suami isteri je.

Tiap-tiap tahun biasanya memang tak sambut sangat. Cukup sekadar pergi makan kat luar je. Tahun ni kebetulan aku boleh redeem bilik percuma di The Bed Klcc yang aku review hari tu..boleh baca sini The Bed KLCC, maka untuk hari jadi kali ni aku dan suami stay KL walau punnnn memang hari bekerja aku stay Ampang..wakaka.


Tapi bagi aku dan suami, ni satu pengalaman yang menariklah buat kami. Sebab tak pernah lagi sebelum ni kami berdua jalan kaki je keliling KL. Biasa kalau nak gi KLCC drive je..terus masuk parking..shopping..jalan-jalan pastu balik. Rutin cam biasa je kan..boring je..tapi kali ni kami berjalan kaki je nak ke KLCC.

Pagi Sabtu tu, dalam pukul 11 lebih kami dah bergerak dari rumah kami di Klang..sebab dah hampir waktu lunch so terus je kami ke restoren Cheese Banjir yang aku review jugak sebelum ni. KLIK SINI

Kenapa aku ke Cheese Banjir? OOO..sebab sebelum ni aku gi sorang je, suami tak ikut..jadi kali ni bawak suami untuk dia sama-sama rasa apa yang aku makan sebelum ni. Sampai kat Cheese Banjir Aku terus orderkan Lamb Grilled the Hulk untuk suami..ala..kira sambut birthday sekali la kan..senang.


Lepas dah habis makan, kami terus je ke The Bed KLCC. Check-in dan rehat kejap. Lebih kurang pukul 5.30 baru kami keluar, ambil grab untuk ke Masjid India..haha..saja jalan-jalan sana..suami ajak jalan area sana untuk dia mengimbau kenangan dia zaman muda-muda dulu. Sebab kat sana ada pasar malam kami merayau je la..haha..terus terang dah beberapa tahun kami tak pergi pasar malam sama-sama. Jadi apa lagi..ambil la kesempatan ni untuk berjalan sama-sama. 
  



Lepas ke pasar malam, suami ajak lepak tengok busker group buat persembahan. lepak jap sana sebelum jalan kaki lagi terus ke Masjid Jamek. Sebenarnya aku tekejut jugak bila suami ajak buat aktiviti macam ni. Selama kawen memang dia tak pernah ajak buat aktiviti macam ni..suami aku ni sebenarnya jenis cerewet sikit, tak suka panas-panas, tak suka sesak-sesak..dan paling teruk dia tak suka nak jalan-jalan kaki ni..hahaha..aku memang suka la kalo bab nak jalan kaki ni sebab boleh bakar banyak sikit lemak-lemak di badan..


Kat Masjid Jamek kami amik masa sikit untuk tengok River Of Life..memang cantik la lampu-lampu kat situ..jadi amik masa kat situ untuk bergambar. Yang bersyukurnya hari tu cuaca memang cantik, langsung tak hujan so boleh la berjalan dengan amannya. 


Orang agak ramai tapi Alhamdulillah tak ada la sesak..mungkin lebih ramai berpusu ke Expo Negaraku yang terletak di Dataran Merdeka..ada food truck dekat sana. Kami sempat jugak menjengah tapi tak singgah makan pun sebab kami plan nak makan di Medan Selera Ikan Singgang di Kampung Baru.

Kami teruskan plan ke Medan Selera Ikan Singgang dengan menyewa grab. Masa tu dah pukul 10 malam, suami dah lapar dan kami pun dah penat so memang tak amik pun gambar..haha..ingat nak makan dan terus balik je. Lepas makan terus panggil grab dan balik bilik.

Esoknya lepas sarapan di hotel, kami jalan kaki ke KLCC..memang dekat sangat-sangat. Jalan kejap dalam KLCC tu pastu balik semula ke hotel untuk bersiap nak check-out. Pukul 12 terus check-out dan balik ke Klang..dalam perjalanan balik singgah makan sebelum sampai ke rumah dalam pukul 2.30. 


Pada kami, walaupun short vacation kata orang dan dekat je percutian, tapi rasa sangat berharga dan berbaloi sebab dapat luangkan masa berkualiti bersama-sama. Sekali sekala ubah sikit aktiviti, cari kelainan untuk eratkan hubungan suami isteri..hehe

x

You May Also Like

12 comments

  1. Yess!!! I liked it. We do it again dgn cara lain plak ekk

    ReplyDelete
  2. quality time.. bkn senang nk cipta masa bhgia. ina tengok pon dah seronok sangat niii...

    ReplyDelete
  3. Sesekali dating short vacay camni best gak kan, asyik sibuk keja jaa selalu sampai lupa nak spent time with each other ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..tak jauh pun tak pe asal dpt spend quality time together

      Delete
  4. Alaaalaaa romantikknyaaaa hehehe semoga bahagia ke syurgaaa kak min!

    ReplyDelete
  5. terliur pulak nengok asam pedas tu

    ReplyDelete
  6. So sweet, loving couple ni boleh potong kaki tau ;-)
    Best spend masa jalan-jalan dan makan-makan..

    ReplyDelete