Meat Ball Naga Berapi Tarikan Bulan November di Cheese Banjir Restaurant, Desa Pandan

by - November 06, 2017

Nak buat party tapi tak ada idea nak pergi mana? Nak makan ramai-ramai dengan family tapi buntu nak cari tempat?..apa kata korang serbu Restoran Cheese Banjir yang terletak di Desa Pandan, Kuala Lumpur.

Semalam aku berkesempatan dengan team KBBA9 untuk menikmati sendiri keenakan masakan di Cheese Banjir. Selama ni aku selalu dengar je cheese banjir..cheese banjir tapi tak pernah pergi pun. Bila sekali dah jejakkan kaki perghhhhh memang tak menyesal. Menyesal tak jumpa kedai ni lebih awal adalah..wakakaka..


Mana taknyaaaaa..untuk bulan November ni diaorang sediakan menu Meatball Naga Berapi yang boleh di makan untuk 8 orang..haaa??macam mana tu??..Meatball Naga Berapi ni portion dia besar giler..Dihidangkan bersama salad segar, kentang goreng, kentang putar dan udang ranggup. Yang lebih istimewa, dalam meatball gergasi ni ada spaghetti sebagai inti..ha..menarikkan? Harganya pula cuma RM250..ada air sekali tau! Kalau dikira cuma jatuh dalam RM31.25 je sekepala..itu kalau makan 8 orang..haha..kalau macam we all semalam..haaa, jatuh dalam RM25 sekepala.

Semalam kami ada 10 orang dewasa, hahaha..tak terhabis pun makan sampai terpaksa mintak tapaukan. Jadi pada aku sangat-sangat berbaloi kalau korang nak datang bawak family atau pun nak raikan majlis hari jadi kawan.







Tu menu kalau korang nak makan ramai-ramai. Tapi jangan bimbang kalau korang cuma datang berdua ada macam-macam menu lagi korang boleh cuba. Antara yang aku cadangkan ialah Lamb Grill The Hulk. Haaa menarik kan bunyinye? Bukan takat nama menarik malah rasa dia ya Allah..sedap sangat dengan cheese yang memang banjir melimpah ruah. Tak percaya? Tengok gambar ni.





Hidangan Lamb Grill The Hulk ni kalau aku memang tak habis la makan sorang-sorang. Ada spaghetti, salad dan kentang putar dihidangkan sekali bersama Lamb Grill The Hulk ni. 

Yang menariknya di kedai ni, semua makanan memang sedap giler..selain hidangan western, masakan tekak melayu pun ada. Hehehe jadi bagi penggemar masakan melayu korang boleh cuba asam pedas. Asam pedas di Cheese Banjir ni memang terbaeekk. Aku suka sangat sebab cukup rasa masam dan pedas. Memang kena sangat dengan tekak aku.


Asam pedas ni namanya Asam Pedas Tenggiri Aquaman..haha..menarik kan? Kat sini semua hidangannya semua menggunakan nama-nama yang menarik seperti Udang Gorgon Butter, Keli Ironman, Talapia Skywalker, Bawal Batman, Ayam Superman, Sotong Ultraman dan Kari Kepala Ikan Megatron. Memang kreatif lah kan nama-nama hidangan ni..ekekeke..harga pun sangat berpatutan. 

Udang Gorgon Butter





Kalau korang berhajat nak datang ke Cheese Banjir ni, korang boleh waze je alamat ni :

Restoran Cheese Banjir
Lot G10, G-Village
Jalan 1/76D, Desa Pandan 
Kuala Lumpur

Atau korang boleh melawat ke page mereka Cheese Banjir Restaurant







You May Also Like

21 comments

  1. ishkkk tengok gambar pun dah nampak sedap..

    ReplyDelete
  2. Ok nnti nak try jgak laa..

    ReplyDelete
  3. Peminat cheese mesti kena cuba ni..

    ReplyDelete
  4. Nama menu tu memang gempak! Nak try la, semua menu nampak sedap.

    ReplyDelete
  5. Bestnya...mmg meruah banjir cheese tu...puas hati kalau dpt makan ni...

    ReplyDelete
  6. sedapnye.jelesnyeeee tak dpt p harituuu

    ReplyDelete
  7. Fuhhh tengok pun dah terliur, memang banjir cheese dia. Puashati makan ni!

    ReplyDelete
  8. Memang banjir betul tu.. Nama hidangan pun menarik je.. Hihihihiii

    ReplyDelete
  9. Besar gila kan meatball dia...

    ReplyDelete
  10. Rugikan jenis org yg tak makan cheese mcm ema ni...huhuhu

    ReplyDelete
  11. sedap kan kak min, IQ nak repeat! makan lamb grill hari tu tak puas, rasa nak lagi dan lagi dan lagi

    ReplyDelete
  12. menarik nama nama tu hehehe. makan seorang tak abes nmpk mcm porsi dia besar.. kena bawa geng datang ni

    ReplyDelete
  13. Mak aiii. Terliur tengok menu yang disediakan. Meleleh-leleh air liur. Baru tengok gambar sudah tidak keruan. Harga pulak berbaloi-baloi. Ajak ramai-ramai lagi lah jimat sakan. Terima kasih sudi bagi info

    ReplyDelete
  14. Cheese dia memang sedap sangat.. patutalah sampai viral...

    ReplyDelete
  15. Sos cheese nya memang sedap giler..!! Puashati laa... Sesuai ngan nama Restoran - Cheese Banjir
    Terbaik!

    ReplyDelete
  16. wow..menari,birthday kita nanti makan kat sni nak tak kak...zura dah tergoda habis dah ni.hehe

    ReplyDelete
  17. Kak Min diet kan. Tak payah repeat makan Cheese Banjir..Haha

    ReplyDelete
  18. semua makanan dia memang menyelerakan..dah dekat dengan rumah..boleh pergi nanti..nak amkan yang mahal tu kena bawak ramai orang tu..hehee

    ReplyDelete
  19. Serius besar tu... ak cuba tapi nak ke desa pandan tu husband bercinta sgt hihi

    ReplyDelete
  20. Aduhhh terliur , bukak tengah malam perut tgh lapar huwargh

    ReplyDelete