Bento Don Masakan Jepun Pertama Yang Menyediakan Perkhidmatan Penghantaran Hingga Ke Depan Pintu Rumah Anda

by - December 22, 2017

Semalam aku dan suami berpeluang untuk merasai sendiri masakan 'authentic' Jepun hidangan Bento Don yang terletak di aras 2 Crystal Crown Hotel Petaling Jaya.



Bento Don adalah yang pertama di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan Jepun di negara ini. Biasakan..kita kalau nak makan Japanese food ni kena walk in ke restoren kan..so kali ni dah tak payah susah-susah nak walk in bagai..order je terus sampai ke rumah. Apa yang lebih menarik adalah..buat masa ini tiada sebarang delivery charge yang dikenakan kepada pelanggan. Maksudnya ialah..korang order, korang akan bayar harga makanan semata-mata tanpa ada sebarang kos penghantaran dikenakan.


Tapi untuk membuat tempahan, bento menyediakan konsep pre-order..maksudnya andai kata korang nak buat tempahan makanan Jepun ni dari Bento Don untuk majlis-majlis atau meeting ke..pastikan korang membuat tempahan sehari sebelum. 

Apa yang ada di Bento Don ni?

Bento Don menyediakan 21 jenis hidangan masakan Jepun yang asli. Terpulang kepada anda untuk memilih masakan yang mana sama ada donburi mahupun bento. 

Apa??21?? ye..21 jenis hidangan untuk anda pilih termasuklah vegetarian. Antara pilihan menarik di Bento Don ialah Beef Sukiyaki, Beef Yaki Niku, Chicken Katsu Curry, Deluxe Tuna Cream, Unagi Kabayaki dan Yasai Yaki Udon.

Bagaimana dengan harga dan pilihan menu?

Harga untuk setiap hidangan sangat berpatutan kerana setiap hidangan 'portion'nya besar dan agak banyak untuk makan seorang. Tambahan pula mereka menggunakan bahan-bahan yang berkualiti untuk setiap hidangan yang di sajikan.

Untuk menu yang disediakan pula antaranya adalah :

Golden Tendon (Hidangan nasi bersama Tempura makanan laut dan sayuran)  - RM23.70


Unagi Kabayaki Don (Hidangan nasi bersama belut bakar dengan sos manis istimewa, telur gulung & sayur) - RM33.70

Gyu Don (Hidangan daging bersama sayuran) - RM23.70


Bagi pelanggan beragama Islam..jangan bimbang, Chef yang menyediakan kesemua masakan ini adalah berbangsa Melayu dan pastinya beragama Islam. Semalam kami sempat berkenalan dengan Chef Shoimi yang mempunyai lebih 18 tahun pengalaman dalam bidang masakan Jepun ni dan kami  juga bertuah kerana dapat berkenalan dengan tuan empunya Bento Don iaitu Mr. Ray Chin.

Maafkan kualiti gambar yang teruk..hehe..yang penting dapat berselfie dengan Chef Shoimi (tengah) dan Mr. Ray Chin (kiri)

Waktu Operasi

Daripada Isnin hingga Sabtu (ditutup pada setiap Ahad & Cuti umum)

Waktu Penghantaran

Makan Tengahari : 11.30am - 12.30pm/ 12.30pm - 1.30pm
Makan Malam : 6.30pm - 7.30pm/7.30pm - 8.30pm

Terma & Syarat :

2 hidangan utama (Penghantaran percuma)
1 hidangan utama (Penghantaran akan di caj sebanyak RM5 per order)

Penghantaran

Jarak 5KM hingga 10KM (Kawasan Petaling Jaya SAHAJA) - penghantaran adalah percuma
Jarak melebihi 10KM akan di caj sebanyak RM5 per order
Sekitar Kuala Lumpur akan di caj RM5 per order
Untuk pesanan minima 6 hidangan utama, penghantaran adalah percuma

Oh ye..lupa pulak nak cerita..hehe..bagi yang mencari peluang pekerjaan, Bento Don sekarang membuka peluang pekerjaan sebagai 'runner'..hehe..sesiapa berminat boleh hubungi pihak Bento Don.



Untuk keterangan lanjut mengenai Bento Don ni, boleh la layari www.bentodon.my atau pergi ke facebook mereka https://www.facebook.com/bentodon.my dan instagram mereka https://www.instagram.com/bentodon.my

You May Also Like

28 comments

  1. Wow. Menarik ni. Mesti sedap

    ReplyDelete
  2. Sedapnya... Belanja ai plissss...

    ReplyDelete
  3. Makanan jepun pun dah ada delivery ek.. Senanglah peminat makanan Jepun lepas ni..

    ReplyDelete
  4. wahhh..pengsan nampak makanan jepun ni.. sedapnyaaaa.. btw sis min, kalo ina makan makanan jepun ni, boleh cakap jepun tak?? ehehehe.. #sistannyaaje

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..boleh..boleh..tapi cakap "JEPUN" je la

      Delete
  5. Sedapnyaaa! Boleh laa try nnt, my hubby suka Japanese food

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..yang penting tak ada charge penghantaran

      Delete
  6. boleh order utk jamuan juga ye. Menarik.

    ReplyDelete
  7. nampak sedap..teringin nak makan japanese food..hah..leh la cuba nanti

    ReplyDelete
  8. wah..best nya bento..lama tak mkn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee..dah boleh order untuk delivery la ni

      Delete
  9. pj shah alam x jauh.. mesti boleh delivery ni..

    ReplyDelete
  10. Paling best laaa kalau dihantarkan tu kak Min..

    ReplyDelete
  11. Wahhh boleh cuba ni, tak pernah lagi makan makanan Jepun.

    ReplyDelete
  12. Wah dah makin senang nak menjamu selera sedap2 yer...

    ReplyDelete
  13. Rawlins berdoa agar mereka sediakan penghantaran di sekitar Putrajaya dan Kajang. Please la ada!

    ReplyDelete
  14. Wow!! This is really great, I always wanted to try Japanese foods looks really delicious. I will definitely check this out.

    ReplyDelete
  15. Ya Ampunnn sedapnya bento tu ada salmon my fav, ohhh ada kerja kosong nnt bonde share...

    ReplyDelete
  16. amboi sedap-sedap tengok bento nie

    ReplyDelete
  17. What a great concept. I would love to satisfy my cravings for Japanese cuisine via Bento Don as well, if they are available in Ipoh!

    ReplyDelete
  18. Love eating the japanese bento so much and for sure i would order for my company monthly meeting!!


    Racheal_Foodilifecious

    ReplyDelete
  19. Lawa nya .. look at those bentos and donsssss! drooling

    ReplyDelete
  20. Portion besar..berbaloi dengan harga...banyak pilihan..x sabar tunggu Jan untuk pre-order hehe

    ReplyDelete