Natrah : Kisah Lara 3 Jiwa Part 9

by - November 29, 2017

Lara Berterusan di Belanda

Kehidupan Natrah di Belanda benar-benar tersiksa..bukan seperti bayangan sesetengah pihak bahawa dia bahagia disamping keluarga kandungnya.

Wartawan Britain dan Belanda sering mengejarnya dan sering memaparkan kehidupan 'bahagia' Natrah. Mungkin kerana wartawan sendiri tidak berpeluang untuk mendekati Natrah kerana kawalan rapi pihak polis.



Natrah kini bukan lagi Natrah yang lama. Natrah kini benar-benar bertukar menjadi Bertha. Kini dia tidak lagi dibenarkan menjadi seorang Islam. Agama Natrah kini adalah Kristian. Jangan siapa pernah mempertikaikan keadaan itu. Aku juga suatu masa dulu pernah terpikir..kenapa mudahnya Natrah menukar agama? Tapi ketika itu aku cuma mengetahui separuh daripada keseluruhan cerita. Siapalah kita untuk mempertikaikan hidayah Allah. Hidayah Allah adalah lebih mahal dari segala benda di dunia. Harta kekayaan pun tidak semahal hidayah Allah. Bersyukurlah kita andainya kita tergolong dari orang-orang yang menerima hidayah dalam hidup..bersyukurlah kita lahir dan mati dalam Islam.

Berbalik kepada cerita Natrah, kehidupan sehariannya tida pernah melupakan Mansor dan Che Aminah. Saban hari hatinya jiwanya tertekan dan meronta kerana sayangkan suami dan ibu angkatnya. 

Namun, pada satu hari pada tahun 1954, Natrah terbaca tentang perkahwinan Mansor Adabi di akhbar yang disiarkan di Belanda. (Ye..selepas 4 tahun Mansor Adabi mendirikan rumahtangga lagi. Bukan kerana tidak sayangkan Natrah. Selama pemergian Natrah dia dan Che Aminah tidak habis berusaha untuk mendapatkan kembali Natrah. Tapi apakan daya..semuanya memerlukan kewangan yang cukup sedangkan kerana kes yang berlanjutan dan perbagai saman dikeluarkan maka mereka sudah kekeringan wang dan usaha selepas itu).

Hancurlah hati Natrah menerima perkhabaran perkahwinan Mansor Adabi. Berhari-hari dia menangis dan mengurungkan diri tanpa makan dan minum. Dia cuba menulis surat kepada Mansor Adabi dan ibu angkat tercinta iaitu Che Aminah tetapi malangnya surat tersebut dijumpai oleh Adeline ibu kandungnya. Surat tersebut dikoyak-koyak hingga hancur. Berikutan kejadian surat yang dikoyakkan itu, selama 14 hari Natrah tidak bertegur sapa dengan ibunya. Makin memuncak rasa bencinya terhadap ibu yang melahirkan dia itu.

Sekitar Tahun 1956-1975

Kecewa kerana tidak ada jalan kembali semula ke tanah Melayu, Natrah berputus asa. Dia tiada pilihan lain selain terus tinggal menetap bersama keluarga yang tidak disayanginya.

Perkenalannya dengan seorang askar muda bernama Johan Gerardus Wolkenfelt yang sering berkunjung ke rumahnya membuahkan bibit cinta. Namun menurut Natrah, bukanlah perasaan terlalu jatuh cinta tetapi lebih kepada perasaan ingin melarikan diri dari cengkaman keluarganya. 

Kerana terlalu mengawal, keluarganya membantah apabila Natrah memberitahu tentang rancangannya untuk berkahwin. Dan kerana bantahan itu Natrah terpaksa menipu bahawa dia kini mengandung. Berita itu menaikkan kemarahan keluarganya. Dia dipukul teruk ketika itu tetapi tetap berkeras untuk berkahwin demi melepaskan diri dari cengkaman ibu bapa.

Pada April 1956, Natrah telah berkahwin dengan J.G Wolkenfelt di Dewan Perkahwinan di Bergen Op Zoom tanpa dihadiri keluarganya kecuali adik lelakinya.

Pada 15 Feb 1957, Natrah melahirkan anak pertama. Kemudian beliau melahirkan hingga 13 orang anak namun hanya 10 orang yang hidup. Selepas berkahwin J.G Wolkenfelt bersara daripada askar dan menjadi tukang kayu. Mereka membuka sebuah cafe yang bernama Pumke di pekan Bergen Op Zoom. Kehidupan mereka sederhana. Namun adakah Natrah bahagia?..aku akan sambung pada entri seterusnya..




You May Also Like

4 comments

  1. alaaa, baru excited nak tahu cerita Natrah lepas kahwin baru. ok, tunggu petang nanti. done part 9

    ReplyDelete
  2. Woww menariknyaa penulisan kak min! Keel it up!

    ReplyDelete
  3. Wow menariknya penulisan kak min! Keep it up!

    ReplyDelete