Menendez : Blood Brothers Kisah Benar Dari Tragedi Pembunuhan

by - November 15, 2017

Kalau tak silap malam ni di Lifetime Channel ada cerita Menendez : Blood Brothers akan ditayangkan. Kalau sape-sape ada Astro kat rumah boleh la tengok cerita ni.

Aku memang suka la kalau cerita-cerita genre yang macam ni. Tambahan pula cerita ni adalah kisah benar dari tragedi pembunuhan pasangan Jose & Mary Menendez pada tahun 1989.


Kisah ni yang tragisnya ialah pembunuh pasangan Jose & Mary Menendez ni ialah 2 orang anak mereka sendiri iaitu Lyle & Erik Menendez. Sedihkan..anak sendiri yang bunuh mereka.

Siapa Jose Menendez ni? Jose Menendez adalah seorang Eksekutif Korporat yang terkenal dan kaya di Beverly Hills, California. Berkahwin pada tahun 1963 dengan Mary Louise Kitty Anderson dan dikurniakan 2 orang anak lelaki iaitu Joseph Lyle Menendez (10/10/1968) dan Erik Galen Menendez (27/11/1970) .

Kehidupan awal keluarga ni pada mulanya nampak normal je seperti keluarga-keluarga yang lain di mana 2 orang anak mereka dibesarkan dan dimanjakan seperti kebanyakan keluarga di luar sana. Sehinggalah pada 20 Ogos 1989, Lyle dan Erik telah menghubungi 911 dan melaporkan tentang kematian kedua ibu bapa mereka.

Dalam masa 6 bulan sejak kematian ibu bapa mereka, adik beradik Menendez telah berbelanja sebanyak 1 Juta Dollar dan mula menarik perhatian pihak polis untuk menyiasat lebih lanjut yang akhirnya membawa kepada penangkapan dua beradik ini.

Mereka akhirnya mengaku telah melakukan pembunuhan terhadap kedua ibu bapa mereka dengan kejam. Mereka berdua telah menembak mati kedua ibu bapa mereka dengan alasan mereka telah didera malah telah dicabul oleh ayah mereka. Namun selepas perbicaraan, mereka telah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Sebenarnya kisah ni panjang sangat..tapi aku tak nak huraikan macam mana diaorang tembak mak diaorang sampai hancur. memang pembunuhan ni kejam sangat-sangat. Apa yang aku boleh cakap ialah dalam hidup kita kena sentiasa berhati-hati sebab kita tak tahu dengan siapa kita berhadapan. Macam kes ni..sedangkan ibu bapa sendiri pun diaorang sanggup bunuh. Zaman sekarang macam-macam orang ada disekeliling kita..jadi berhati-hatilah selalu.




You May Also Like

1 comments