Menu Breakfast/Lunch Box aku Minggu ni..

Hahaha..nampak tak? Nampak tak minggu ni aku cam kekurangan mood dan modal untuk tulis blog? Biasa aku banyak idea nak cerita minggu ni aku lemau sikit..nape tah..

So bagi membaikpulihkan kembali mood aku..jadi aku share menu bfast/lunch box aku untuk minggu ni..moga-moga lepas entri ni di up aku kembali semangat nak menulis.



Menu Hari Isnin 

Hari Isnin Menu aku ialah BBQ Beef Sandwich, Strawberry & nenas.
Nak buat BBQ Beef tu senang je.. Aku perapkan daging yang aku cincang/hiris halus dengan sos BBQ. Esoknya aku goreng kilas dengan minyak zaitun, kemudian letakkan salad atas roti dan masukkan BBQ beef yang digoreng kilas tadi.


Menu Hari Selasa

Hari Selasa pulak aku cuma buat sandwich telur hancur, telur hancur bersama sayuran dan strawberry bersama madu. Nak buat telur hancur bersama sayuran ni punyalah senang dik oiii..aku cuma hiriskan lobak merah & potong halus kacang panjang. Kemudian pecahkan telur dalam kuali (guna minyak zaitun ye) dan masukkan je sayuran tadi.  Bila dah masak ketepikan, letakkan salad dan timun atas roti, masukkan telur hancur tadi, letak sos dah siap sandwich..




Menu Hari Rabu

Hari Rabu kurang sihat sikit menu sebab aku goreng sardin dalam tin (ni kes teringin makan pedas). Kemudian aku bawa roti, salad dan tomato cherry, strawberry madu untuk hidangan sampingan. So cicah je la roti dengan sardin..wakaka..



Menu Hari Khamis

Hari Khamis menu agak simple. Cuma sempat buat sandwich tuna, telur separuh masak dan nenas madu Thailand..aduyaiii sedap betul nenas tu. Camne nak masak half boiled egg ni? Aku cuma gelegakkan air dalam periuk, tutup api dan masukkan telur, tutup periuk dan biarkan selama 4 minit..maka cantiklah kejadiannya..





Menu Hari Jumaat

Ok hari ni la hari paling cheat sekali..hahaha.. Kerana kerajinan aku pagi tadi maka aku siapkan Angle Hair Oglio Olio untuk breakfast/lunch box aku. Hidangan sampingan pula tomato cherry dan nenas madu Thailand. Camne nak masak Oglio Olio ni? Senang je..ni cara aku :

Bahan-Bahan :
  • Angle Hair
  • 2 batang sosej
  • 3 ulas bawang putih dicincang halus
  • sedikit cili kering (extra hot) yang digunting halus (kalau tak ada guna chilli flake pun tak pe)
  • sedikit oregano
  • sedikit lada hitam
  • sedikit garam
  • tomato cherry sebagai hiasan
  • minyak zaitun untuk menumis

Cara-cara memasak :
  • Panaskan minyak zaitun dalam kuali
  • Masukkan sosej yang dihiris serong
  • Masukkan bawang putih dan cili..tumis sebentar
  • Masukkan angle hair bersama oregano,lada hitam,garam dan tomato cherry..masakkan sebentar
  • Siap untuk dihidangkan


Dah cukup 5 menu untuk 5 hari..bertabahlah. Moga kuruslah sikit lepas ni hahaha..

Post a Comment

13 Comments

  1. nyum-nyum.. boleh dah join geng diet sy ni.. haha.. meh join grup wasap.. geng diet kalori.

    ReplyDelete
  2. Oh the breakfast lunch box looks amazing, plus when you plan out your meals, its always the best. Certainly love the one you have for Friday as well.

    ReplyDelete
  3. Nice set up. the breakfast box seems enticing enough. Will drop in sometime!

    ReplyDelete
  4. Very simple meals. No sure which was for breakfast, which was for lunch? Personally, only the spaghetti is good enough for lunch. The rest are breakfasts.

    ReplyDelete
  5. Woah. U put so many efforts managing your meals. Look so delicious and healthy!

    ReplyDelete
  6. Such dedication I wish I had that too! You food looks great! I'll love to go back to a better diet soon.

    ReplyDelete
  7. Gambateh on your journey! Healthy eating leads to a healthy lifestyle lifelong!

    ReplyDelete
  8. rajin cik min kita ni...mesti kurus banyak ni haaaa

    ReplyDelete
  9. The color of the food is so attractive! I would definitely love to have this as my lunch box =)
    Thanks for sharing dear!

    ReplyDelete
  10. Thanks for sharing this, healthy option for breakfast. I would like to try this soon.

    ReplyDelete
  11. Diet gak ke?? Berapa dah turun? 😘

    ReplyDelete
  12. nice! ada banyak colors berselera sikit nak makan

    ReplyDelete