Hidangkanlah suami walau segelas air..

by - October 19, 2017

Lately ni sebab aku 'diet' jadi aku kurang memasak masakan berat macam nasi. Semalam aku cuma buatkan sandwich daging untuk santapan aku dan suami. Mujur suami jenis tak cerewet jadi dia akan makan apa je yang aku hidangkan.

Tapi aku nak share 1 cerita..pada aku berguna untuk para isteri. Aku dah kawin 8 tahun. Selama 8 tahun ni aku memang selalu hidangkan makanan untuk suami. Kekadang kalau tak masak pun aku akan pastikan aku akan hidangkan walau segelas air untuk dia. Semalam ntah kenapa tiba je suami cakap ' Ya Allah..awak hidangkan saya yang makanan ni? Awak ni betul-betul la perfect wife..awak layan saya macam raja' terkedu dan terharu kejap aku mendapat pujian macam tu..tapi aku buat muka selamba je walau dalam hati terharu. Dan aku balas balik 'laaa bang..kitakan dah kawin 8 tahun..saya kan memang macam ni'..tersengih je dia.

Nak cerita..padahal aku bukan buat apa yang special pun semalam..aku buat sandwich daging je dengan telur separuh masak. Cuma aku hidangkan cantik-cantik untuk dia. Mungkin sebab tu dia rasa macam special kot.





Aku secara jujur memang dibesarkan oleh ibu yang akan menghidangkan makanan untuk suami. Jadi aku sudah terajar dan terdidik begitu sejak kecil. Aku ingat lagi masa hari kedua perkahwinan aku..mak sibuk menjeling dan buat isyarat untuk aku hidangkan minuman pada suami (masa tu suami ambil sendiri minuman dia). memang kita nampak benda tu macam remeh je..ala..air je pun tak kan tak boleh ambil sendiri? Tapi makna sebalik tu sangat besar..percayalah.

Bukan ke bila suami puji macam tu kita akan rasa bangga? Mungkin kita tak sempurna tapi bila dapat pujian sebegitu dari seorang yang bergelar suami sudah cukup buat kita rasa kembang kuncup. Dari pengalaman aku..suami kita bukannya nak kita masak setanding chef, memadai walau cuma sekadar segelas air kosong tapi layanan isteri terhadap suami itu yang menjadi simbolik kebahagiaan.

Pernah aku berbual dengan seorang 'kawan'..katanya dia hari-hari beli lauk siap di kedai untuk anak dan suami. Katanya sebab dia tak pandai memasak. Aku cuma cakap, memasak ni kadang-kadang bukan hanya perlukan kepandaian tapi keinginan. Ye..ada keinginan maka adalah usaha, dari usaha datanglah kepandaian. Asalnya semua manusia pun sama..tak pandai tapi ada keinginan dan usaha. Tak perlu pun nak masak sehebat chef Wan..memadai masak secukup rasa dengan penuh kasih sayang..percayalah..kemana pun suami dan anak-anak pergi pasti akan rindukan air tangan isteri dan ibu mereka..yup..air tangan itu penting.

Percaya tak kalau aku cerita aku pernah hidangkan suami mi segera. Tapi suami tetap puji..katanya sedap mi segera yang aku hidangkan untuk dia..faham tak apa yang aku cuba sampaikan? aku cuba sampaikan..beri layanan pada suami secukupnya..air tangan dan layanan isteri itu buatkan suami rasa dihargai dan dihormati. Aku bukan kategori isteri super rajin..tidak..malah aku paling benci nak mengemas kain baju dan suami pun tahu dan maka dengan itu dialah amik alih tugas untuk mengemas kain baju. Aku juga jenis isteri yang kalau dirumah banyak masa aku terbaring depan tv layan korea marathon..tapi aku biasanya akan pastikan aku akan hidangkan walau segelas air!


You May Also Like

14 comments

  1. Memang special lah kak min kalau macam tu rupa sandwich daging kak min. Menyelerakan! Btw, ai sampai sekarang guna khidmat pakcik G (google) untuk memasak. Biar tak pandai, asalkan usaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha kak min mmg suke hias2 makanan..betul tu..semua kena take time slowly insyallah pandai la

      Delete
  2. sentap iols baca. haha. ok la. satgi i hidang la. air je. masak? makan lauk kedai je la. hahahahaha

    ReplyDelete
  3. Memang KakMin suami akan happy wlupun segelas air. Dan pantang, bila dia balik keje jgn buka cerita masalah ke apa ke. Smpi dia sendiri yg tanya..

    ReplyDelete
  4. Wahh cantik susun atur sndwich tu dah macam ala2 kt cafe hipster. 😊

    Tips yg bagus ni cikmin. Nanti kalau cik renex dah kawen.kena amalkan tips nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..sila2..ikut tips yg berguna..tawan perut suami dgn masakan sendiri

      Delete
  5. Betul lah, kalau kita hidang air kosong saja pun dia kata sedap..hehe

    ReplyDelete
  6. Setuju sangat. Walaupun suami pandai memasak Tetapi tetap nak air tangan isteri jugak.

    ReplyDelete
  7. Pttnya..isteri kena layan suami mcm tu. Hehehe

    ReplyDelete
  8. betul-betul! sama macam Cikza diajar begitu jugak olejh mama dan abah. sebab tu perut laki kedepan skang.. mak mertua asyik bising je

    ReplyDelete
  9. cantik hiasan makanan tu kak min. Memang spesel sangat..

    ReplyDelete