Apa yang menarik di Singapore?

by - October 02, 2017

Tau korang dah biasa pergi Singapore tapi saja nak share..Ni pun sebab minggu lepas mood memang ke laut (simptom-simptom PMS memang camtu), asyik rasa sentimental je..pastu belek-belek gambar kat FB so nampak la gambar lama-lama..so terimbas la kenangan..wakakaka..tapi tu la..mana lagi ntah gambar aku campak..banyak gambar kat Universal Studio je..tak pe la janji ada gak gambar kenangan. Masa ni aku debab nak mampus..haha..

Kalau korang tak pernah masuk Singapore, korang ingat ni..JANGAN BAWAK ROKOK & CHEWING GUM. 2 benda tu barang terlarang..nanti kat imigresen kena tahan plak. Cakap pasal ni aku teringat kat anak sedare aku yang masa tu baru darjah berapa je kot..aku ingat aku sakat dia bagitau dalam beg dia ada rokok..hahaha..menangis-nangis la budak tu kena sakat sampai mak dia marah aku. Aku pulak gembira sangat dapat sakat budak tu sampai menangis hahaha..anak sedare aku tu lelaki sebab tu aku sakat dia dengan rokok.

Aku tak ingat sangat tempat-tempat menarik aku pergi tapi aku tak lupa paling best ialah pergi Universal Studio (USS). Masa aku pergi tu tak ada lagi Minion..hurm..jadi kena pergi lagi la ni. Cuma untuk yang nak ke USS aku nasihatkan jangan pakai heels..pakai la kasut yang selesa sebab nanti korang tak larat nak jalan sebab USS tu besarnya sampai korang tak mampu nak pusing semua tempat. Lepas tu amiklah maps dan jadual showtime supaya korang tak terlepas show-show tertentu..nak masuk kat satu-satu tempat tu ya ampunnn kena beratur panjang jadi pandai-pandailah korang tengok masa show tu. Aku paling suka masa pergi Transformers & shrek tu..ntah la kenapa aku rasa best je..hahaha..mengalahkan budak-budak teruja aku masa tu.








Merlion Park..


Tempat lain yang menarik kalau korang ke Singapore ialah

  • National Orchid Garden
  • Singapore Zoo
  • Marina Bay Sands Skypark
  • Waterfront Premonede
  • Jurong Bird Park
  • Pulau Sentosa
  • Merlion Park

You May Also Like

5 comments

  1. Nak pergi USS tapi mesti plannya tak menjadi je..

    ReplyDelete
  2. I have been to Singapore just a few times. Terlalu mahal untuk saya for a country that looks and feels so much like my own city, Ipoh! LOL

    ReplyDelete
  3. I just back from there last two month and i miss it right now!

    ReplyDelete
  4. pernah pergi USS tapi hujan pulak....

    ReplyDelete
  5. Love Singapore... But every country travelled has something unique to hold on to... memories to make

    ReplyDelete