Saudara Anjing..

by - September 21, 2017

Uiksss...cam kasar kan tajuk entri kali ni? Ok..rileks..don't judge first..sebenarnya ini ialah istilah bahasa melayu yang merujuk kepada adik beradik satu ibu tapi berlainan bapa. Ye..betul..kalau tak percaya korang check la kat google.

Aku pun baru minggu lepas tahu tentang kewujudan istilah ni. Tu pun lepas berborak dengan suami tentang salasilah keluarga. Terkejut aku dengar suami kata 'ooo..itu namanya adik beradik anjing'..menyirap gak la darah mendengarnya..lepas tu suami terangkan bahawa itu adalah istilah bahasa melayu yang diguna pakai bagi merujuk kepada adik beradik satu ibu tapi berlainan bapa. Adess..dah dekat nak masuk 4 series baru tau ada istilah ni. Tapi kannn..sape yang reka istilah tu? nape kasor benor bunyinye ek? hehehe..

Haaa..korang pun mesti baru dengar gak kan istilah ni? Ok la..atleast aku belajar 1 istilah melayu yang jarang-jarang orang tau kecuali orang-orang lama la kot ek?


You May Also Like

6 comments

  1. Kak cuba tengok telefilem Kita Bukan Anjing Lakonan Beto dan Zahiril Adzim. Memang terbaik

    ReplyDelete
  2. Ai tau dah lama.. tapi sampai sekarang tak suka dengan istilah tu. Kenapa bukan adik beradik kucing? Sama je kan lain bapanya.

    ReplyDelete
  3. Ok. Kasar bunyinya.tp tq kak min share.br tau

    ReplyDelete
  4. adeh..memang kasar bunyinya..tapi baru paham maksud sebenar

    ReplyDelete
  5. haha. ni org tua2 punya bahasa ni. hehe

    ReplyDelete