Sandwich Telur Roti Tesco..

by - September 20, 2017

Hahaha..tajuk tak leh blah kan? Tapi semalam balik keje gigih singgah Tesco Ampang nak beli roti ni je. Maklum laa..orang ajet-ajet nak diet memang gini. haha..sebenarnya nak share dengan korang yang sebenarnya kita tak perlukan pun bajet yang mahal-mahal untuk buat menu yang menarik dan sedap. Cam sandwich aku buat ni..kalau kat bakery dah berapa hengget dia caj kan??

Menu yang simple dan menarik ni biasanya anak-anak suka. Budak-budak memang suka kalau nampak makanan comel-comel. Mak-mak yang selalu buntu nak wat minum petang atau sarapan untuk anak-anak leh try buat sandwich ni..tau korang biasa buat tapi cuba tukar jenis roti pastu hias-hias sikit..budak mesti suka. Cam sandwich aku ni nampak ala-ala burger sikit..budak-budak pulak memang suka sangat makan burger..kali ni bagi diaorang makan healthy burger pulak..hahaha..

Nah..aku bagi resipi (walaupun dah tau korang memang dah pandai buat wakakaka..) Untuk 2 biji sandwich ni aku cuma guna sebiji telur je.

Bahan-bahan :

Wheat soft bun (aku beli yang Tesco je baru RM2.65, dalam tu ada 5 biji)
Telur rebus
mayonis
sedikit garam
salad (aku guna sehelai je koyak 2 utk 2 biji sandwich ni)
timun (hiris nipis)

Cara-cara :

Lenyekkan telur rebus dengan garfu
masukkan sikit garam
masukkan sesudu mayonis
gaul rata
belah 2 roti wheat bun yang beli kat tesco tu (hahaha) - tapi jangan belah kasi putus.
letakkan salad
letakkan hirisan timun
masukkan telur yang dilenyek bersama mayonis dan garam tadi.

Tadaaaa....dah siap..boleh makan. Nak sediakan pun x sampai berapa minit..





You May Also Like

8 comments

  1. Nyummy...dapnyer. nak mintak skit boleh ?? Hehhe

    ReplyDelete
  2. Oh roti ni rupanya yg guna.. Hehe.. Ok, boleh la buat lepasni

    ReplyDelete
  3. nyum nyum..oke nnti nak try guna roti tesco pulak😋

    ReplyDelete
  4. Wah rare.. bole try cari ni..

    ReplyDelete
  5. Poskan ke JB boleh? Nampak sedap dan menarik sandwich telur roti Tesco tu

    ReplyDelete