Lenyapnya Orang-Orang Soleh..

by - September 15, 2017

Semalam 14/09/2017 semua orang terkesan dengan kejadian yang menimpa Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Kebakaran yang berlaku pada 5.30 pagi yang telah meragut nyawa 21 orang pelajar dan 2 orang warden. Insiden menyayat hati yang meragut 23 nyawa ini turut mendapat liputan media antarabangsa termasuk CNN, BBC, Hindustan Times dan The Telegraph.

Aku sendiri buat pertama kalinya dalam hidup menangis sampai bengkak mata ketika menonton berita. Sungguh-sungguh terkesan. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..moga keluarga kesemua anak-anak syurga ini tabah.

Kejadian yang berlaku semalam seakan mengamit kenangan silam tentang tragedi sedih yang menimpa Madrasah Taufiqiah Al-Khariah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya pada 22 September 1989 yang meragut 27 nyawa pelajar perempuan. Kebakaran yang dipercayai bermula dari sebatang lilin yang terjatuh lalu mengakibatkan tragedi yang dahsyat ini.

Ingin aku kongsikan juga beberapa rentetan kejadian yang sama berlaku di Sekolah Tahfiz dan Pondok. Antaranya :


  • 15 Jun 2013 - seorang pelajar rentung dalam kebarakan yang berlaku di Maahad Tahfiz Al-Baraqah, Tikam Batu, Sungai Petani Kedah
  • 8 Ogos 2015 - Sekolah Maahad Tahfiz Jamiul Hasanah, Tanjung Karang, Selangor
  • 18 Jan 2016 - Sekolah Pondok Madrasah Tahfiz Al-Redzuan, Kampung Dato' Haji Ahmad Rozali, Dengkil, Sepang
  • 14 Feb 2016 - 2 Blok bangunan asrama Sekolah Menengah Agama As-Siddiqiah, Padang Kerasah, Kuala Nerang Kedah
  • 4 Mac 2016 - Tahfiz Kampung Seri Pandan, Petagas, Pemapang, Sabah
Antara tanda-tanda kecil kiamat ialah "LENYAPNYA ORANG-ORANG SOLEH". Dijelaskan dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Amr (R.A) beliau berkata Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
'Tidak akan tiba hari kiamat hingga Allah mengambil orang-orang baik dari penduduk bumi dan tidak akan mengingkari yang mungkar'.
Maksudnya bahawa Allah akan mewafatkan orang-orang baik dan para ulama, lalu tersisa hanyalah orang-orang jahat yang tidak ada kebaikan di dalam diri mereka. Hal ini terjadi ketika ilmu diambil sementara manusia menjadikan orang-orang bodoh sebagai pemimpin yang memberikan fatwa tanpa ilmu.
Dan diriwayatkan juga Rasulullah telah bersabda yang bermaksud 'Akan datang pada manusia suatu zaman dimana mereka akan pilih hingga yang tersisa dari mereka hanyalah orang-orang yang hina, perjanjian-perjanjian dan amanah mereka telah bercampur (tidak menentu) dan mereka berselisih. Maka mereka seperti ini (beliau merenggangkan jari jemarinya menunjukkan keadaan mereka saling bermusuh)'


You May Also Like

3 comments

  1. Takziah buat keluarga mangsa, Al-Fatihah!

    ReplyDelete
  2. Turut terkesan dan bersedih.
    Inalillahiwainnailaihirajiun.

    ReplyDelete