Kisah Sebenar Keluarga DeFeo Pemilik Rumah Amityville Dari Filem 'Amityville Horror'

by - September 12, 2017

Pernah tak korang tengok filem atau baca kisah seram sebuah rumah "Amityville". Korang tau tak yang sebenarnya kisah tu adalah kisah benar yang betul-betul terjadi pada tahun 1974?

Pada tahun 1965, Ronal DeFeo Sr. telah membeli sebuah rumah di alamat 112 Ocean Avenue, Amityville,New York. Rumah tersebut telah dihuni oleh mereka 6 sekeluarga iaitu Ronald DeFeo Sr. (ayah), Louise Brigante DeFeo (ibu), Ronald DeFeo Jr. (anak sulung), Dawn DeFeo (anak kedua), Allison DeFeo (anak ketiga), Marc Gregory DeFeo (anak keempat) dan John Matthew DeFeo (anak kelima). Namun tragedi berlaku selepas 10 tahun.

Kisahnya bermula pada 13 Nov 1975 dimana Ronald DeFeo Jr yang lahir pada 26 Sept 1951 telah berlari dan menjerit di Harry's Bar mengatakan bahawa kedua ibu bapanya telah mati ditembak. Sekumpulan polis dan penyiasat bergegas ke rumah beliau dan terkejut kerana telah menjumpai bukan hanya pasangan DeFeo yang telah ditembak mati malah menjumpai 4 orang lagi anak pasangan DeFeo telah ditembak mati di tempat tidur mereka. Mayat Ronald DeFeo Sr. dan isteri beliau Louise Brigante DeFeo telah dijumpai dalam keadaan meniarap diatas katil mereka manakala 4 lagi anak mereka ditemui dalam bilik masing-masing. Selepas melakukan siasatan polis telah menemui sarung sepucuk pistol '35-Marlin Rifle' di dalam bilik Ronald DeFeo Jr yang kemudiannya dikenali sebagai Ronald "Butch" DeFeo Jr. Polis telah menahan anak sulung keluarga DeFeo atas penemuan sarung pistol tersebut dan yang lebih mengejutkan lagi Ronald DeFeo Jr. telah mengakui membunuh kesemua ahli keluarganya. DeFeo Jr telah memberitahu penyiasat "once I started, I just couldn't stop..it went so fast". Pada 21 November 1975 dia telah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup (tanpa peluang pengampunan).

Namun motifnya sehingga kini tidak dapat diketahui. Malah menurut DeFeo Jr. ada suara yang memintanya untuk membunuh kesemua ahli keluarganya. Dan sehingga kini tiada sebarang penjelasan tentang bagaimana DeFeo Jr mampu melakukan pembunuhan itu berseorangan tanpa disedari oleh jiran tetangga malah tiada siapa yang mendengar sebarang bunyi tembakan sedangkan senjata yang digunakan bukan lah jenis yang tidak mengeluarkan bunyi. Malah langsung tiada kesan menunjukkan ada sebarang pergelutan berlaku antara mangsa dan melalui hasil siasatan juga tiada penggunaan sebarang dadah terhadap mangsa-mangsa.



Ronald DeFeo Jr bersama bapa yang dibunuhnya Ronald DeFeo Sr

Gambar Ronald DeFeo Jr kini


Keluarga Lutz

Keluarga Lutz telah berpindah ke rumah DeFeo setahun kemudian iaitu pada 18 Dec 1975. Seorang paderi telah menziarahi rumah tersebut dan telah menaiki tingkat 2 dan memasuki bilik yang pernah dihuni oleh Marc & John DeFeo. Ketika paderi tersebut merenjis 'holy water' terdengar satu suara yang menyuruh paderi tersebut keluar.."GET OUT!!" Paderi yang kebingungan telah keluar namun tidak memberitahu kejadian tersebut kepada keluarga Lutz namun telah memberi amaran kepada mereka agar tidak menggunakan bilik di atas sebagai bilik tidur dan jangan membenarkan sesiapa untuk tidur dalam bilik tersebut. Keluarga Lutz mematuhi amaran tersebut dan menjadikan bilik tersebut sebagai bilik menjahit.

Namun sejak malam pertama mereka menghuni rumah tersebut lagi mereka dapat merasakan sesuatu yang aneh dan pelik malah dalam beberapa hari sahaja berlaku beberapa perubahan drastik dari segi kelakuan seperti mereka menjadi pemarah dan kerap bertengkar. Kesihatan mereka juga mula menurun secara drastik. Anak perempuan mereka juga berkelakuan pelik dan mula menghabiskan sepanjang hari di dalam bilik bersama rakan khayalan. Anak mereka juga menggambarkan ada seekor babi yang bernama Jodie bermata merah yang boleh berubah bukan sahaja bentuk malah juga saiz yang lebih besar daripada rumah mereka. Jodie juga kononnya tidak boleh dilihat kecuali jika dia berkeinginan untuk berbuat demikian.

Lama kelamaan keadaan berubah semakin teruk, mereka mula terhidu bau busuk dan melihat kesan kotoran di dalam tandas dan juga lantai mereka. Terkadang Kathy Lutz si isteri merasa di sentuh oleh objek yang tidak dapat dilihat. Beratus ekor lalat juga sering menghurungi bilik jahitan mereka. George Lutz pula sering terbangun pada pukul 3.15 pagi pada setiap hari dan masa itu sama dengan masa kematian keluarga DeFeo. Pada suatu malam George terjaga dan menyaksikan isteri beliau Kathy berubah menjadi perempuan tua yang berusia 90 tahun dan keesokkan malamnya pula Kathy mula terapung di atas katil. Keluarga Lutz cuba menghubungi paderi namun setiap kali mereka cuba menghubungi paderi talian mereka akan dipotong. Kecewa dengan kegagalan menghubungi paderi, mereka cuba melakukan sendiri bacaan keagamaan namun terdengar suara yang mengatakan "Will you stop?". Malah malam terakhir mereka berada di rumah tersebut adalah malam yang paling dahsyat dimana perabot bergerak sendiri dan bunyi bising yang keterlaluan. Selepas 28 hari menetap di rumah tersebut akhirnya mereka mengalah dan keluar daripada rumah itu tanpa membawa keluar barang-barang milik mereka.

Selepas 20 hari mereka keluar, Ed & Lorraine warrens telah dipanggil oleh Marvin Scott seorang wartawan daripada Channel 5 NY yang membuat liputan tentang Amityville. Mereka telah berkumpul bersama sekumpulan wartawan dan penyiasat di rumah 112 Ocean Avenue. Keluarga Lutz turut dipanggil namun mereka enggan untuk memasuki rumah tersebut. Ed Warrens sendiri telah ditolak kelantai ketika membaca ayat suci dan Lorraine warrens juga dapat merasai kehadiran kuasa jahat di dalam rumah tinggalan keluarga DeFeo tersebut. Kumpulan penyelidik juga dapat menangkap gambar roh seakan budak kecil sedang membuang air kecil daripada tingkat atas. melalui siasatan didapati bahawa tanah tempat rumah keluarga ini didirikan pernah digunakan oleh John Ketchum iaitu seorang pengamal ilmu hitam. John Ketchum diakhir hayatnya meminta agar mayatnya disemadikan diatas tanah tersebut dan masihkekal ada disitu sehingga kini. Pasukan ini menyifatkan bahawa segala kejadian yang berlaku di rumah ini ada kaitan dengan segala aktiviti ilmu hitam.


You May Also Like

6 comments