Kisah Benar disebalik cerita Annabelle

by - September 11, 2017

Korang tau tak yang sebenarnya kisah Annabelle tu ialah kisah yang benar-benar wujud dan terjadi? Cuma bentuk patung tu sangat-sangat berlainan daripada yang ditunjukkan dalam filem Annabelle. Patung yang sebenar tu comel je dan tak nampak menyeramkan pun..


Kisah ini bermula pada tahun 1970 dimana seorang ibu telah membeli sebuah patung antik 'Raggedy Ann Doll" untuk dihadiahkan kepada anak perempuannya yang bernama Donna semperna harijadi Donna. Donna adalah seorang pelajar di sebuah kolej kejururawatan dan tinggal di sebuah apartment bersama rakannya yang bernama Angie. Oleh sebab patung ni comel jadi Donna letakkan patung ni diatas katil beliau sebagai hiasan. Tapi selepas beberapa hari Donna & Angie perasan ada sesuatu yang pelik pada patung tersebut. Patung ni bergerak sendiri! pada mulanya cuma beralih kedudukan tapi lama kelamaan beralih ke bilik yang lain. Kadang-kadang patung ini dijumpai dalam keadaan kaki bersilang, lengan yang dipusingkan dan kadang-kadang dalam keadaan berdiri. Ada ketikanya Donna meletakkan patung ini diatas sofa sebelum keluar dari rumah tapi bila pulang patung ini berada di dalam bilik, di atas katil beliau dalam keadaan pintu bilik tertutup rapat.

Apa yang lebih menyeramkan ialah patung ini bukan sahaja boleh bergerak malah mula meninggalkan mesej dalam bentuk tulisan kanak-kanak yang berbunyi 'HELP US' atau 'HELP LOU'. Dipendekkan cerita, oleh kerana patung ini makin mengganggu maka Donna dan Angie mengambil keputusan untuk bertemu seseorang yang boleh membantu mereka..kalau kita tu kiranya jumpe ustaz-ustaz la. Dan mereka telah diberitahu bahawa ada roh kanak-kanak yang bernama Annabelle Higgins telah yang berada di dalam patung tersebut. Annabelle Higgins adalah seorang kanak-kanak yang berusia 7 tahun yang telah ditemui mati di sebuah padang di mana tapak apartment Donna & Angie dibangunkan. Kononnya Annabelle rasa selesa berada bersama Donna & Angie dan rasa disayangi. Oleh kerana berasa kasihan dengan kisah Annabelle maka si Donna memberi keizinan pada Annabelle untuk terus berada di dalam patung "Raggedy Ann Doll" dan tinggal bersama mereka. Namun tak lama kemudian mereka dapati patung ini semakin menyeramkan..

Kisah Lou

Lou ialah kawan Donna & Angie dan telah bersama mereka sejak ketibaan patung tersebut. Lou memang tidak pernah menyukai patung tersebut dan telah beberapa kali memberi amaran kepada Donna bahawa patung tersebut adalah jelmaan syaitan namun tidak diendahkan oleh Donna. Pada suatu malam, Lou telah terjaga kerana mengalami mimpi buruk. Dalam keadaan separuh sedar dia melihat patung Annabelle ada dihujung kaki beliau dan kemudian merangkak hingga ke dada dan mencekik beliau. Beliau ketika itu berada dalam keadaan seakan-akan lumpuh dan akhirnya pengsan. Keesokkan paginya beliau terjaga dan sedar bahawa apa yang beliau alami adalah realiti bukan sekadar sebuah mimpi.

Pada suatu hari, ketika Lou dan Angie membaca peta di dalam rumah mereka kerana keesokkan harinya mereka ada 'road trip', tiba-tiba terdengar bunyi bising datang dari arah bilik Donna. Kerana bimbang rumah mereka telah dipecah masuk, Lou perlahan-lahan berjalan memasuki bilik Donna, namun bila pintu dibuka dan lampu dipasang tiada sesiapa yang berada di dalam bilik tersebut kecuali patung tersebut. Lou yang tak puas hati telah pusing di dalam bilik tersebut untuk mencari kalau-kalau ada sesiapa di dalam bilik tersebut. Dia mendekati patung tersebut dan dapat merasai bahawa ada sesorang bearad di belakang beliau, cepat-cepat beliau berpusing namun tiada kelibat sesiapa yang kelihatan namun dalam sekelip mata ada sesuatu telah mencakar dada beliau sehingga berdarah, ada 7 cakaran..3 mendatar & 4 lagi menegak.. namun yang peliknya cakaran tersebut hampir pulih serta merta. Separuh pulih keesokkan harinya manakala separuh lagi pulih pada hari kedua.

Berdasarkan kisah Lou, Donna mula menyedari bahawa patung tersebut bukan hanya dirasuki oleh roh kanak-kanak namun telah dirasuki oleh roh yang sangat jahat. Kerana itu Donna kemudiannya pergi mencari paderi iaitu father Hegan. Merasakan bahawa ini adalah kes yang melibatkan 'spiritual' maka father Hegan berpendapat bahawa beliau mesti menghubungi paderi yang lebih tinggi lalu beliau menghubungi Father Cooked yang kemudiannya menghubungi pasangan Warrens. Pasangan Warrens (Ed Warrens & Lorraine Warrens) kemudiannya mengambil alih kes ini dan terus menghubungi Donna, Angie & Lou. Pasangan Warrens telah menerangkan bahawa patung itu tidak dirasuk tetapi telah dimanipulasikan oleh roh jahat. Target sebenar roh jahat tersebut adalah untuk merasuk manusia, bukan patung tersebut. Dipendekkan cerita pihak gereja dan pasangan Warrens telah mengambil patung tersebut namun beberapa kejadian pelik dan menakutkan terjadi ketika patung tersebut dibawa pergi termasuk kejadian kenderaan Warrens telah mengalami kegagalan brek. Sehingga kini patung Annabelle tersebut telah disimpan di Occult Museum milik mereka.

Lorraine Warren mendukung patung sebenar Annabelle



Ed & Lorraine Warren

You May Also Like

4 comments

  1. dengar cite pun dah takut, nak tgk lg la takut

    ReplyDelete
  2. Memang menyeramkan patung Annabelle tu.

    ReplyDelete
  3. Besar rupanya patung tu..igtkan kecik je

    ReplyDelete
  4. Besar rupanya patung tu..igtkan kecik je

    ReplyDelete