Jangan Hina Islam Atas Tiket POLIGAMI (PART 4)

by - August 03, 2017

Surah An-Nisa' : 19
"Dan bergaullah kalian (para suami) dengan mereka (para isteri) secara patut" 

Menurut tafsiran Al-Hafiz Ibnu Katsir pada ayat tersebut diatas 'Yakni perindahkan ucapan kalian terhadap mereka (para isteri) dan perbaguskan perbuatana serta penampilan kalian sesuai kemampuan. Sebagaimana engkau menyukai bila ia (isteri) berbuat demikian, maka engkau (semestinya) juga berbuat yang sama'

Seorang isteri selayaknya dilayan dengan penuh kasih sayang namun hendaklah si suami tegas dalam setiap kelakuan. Maksudnya dalam memberi kasih sayang jangan pula terlebih sampaikan isteri mula pijak kepala dan berlakunya 'queen control'. Dalam hidup ni semuanya kena seimbang. Tapi kalau suami dari awal perkahwinan memang dah didik isteri dengan maki hamun jangan pula salahkan isteri bila isteri juga mula pandai maki hamun. Pada aku hidup ni simple sebenarnya..suami adalah cermin si isteri, setiap perbuatan isteri menggambarkan suaminya. Maka didiklah isteri dengan sebenar2 didikan..bukan macam kisah si B yang dari awal perkahwinan asyik maki hamun sampai keluar perkataan anjing,babi,sial,sundal dan sebagainya.

Berbalik pada kisah si A & si B pada 3 entri sebelum ni (ye la ni dah Part 4 kannn..). Si A pada asalnya seorang isteri yang menurut kata suami hinggakan ketika si suami meminta si A memakan pil perancang, si A yang memang inginkan seorang zuriat langsung tidak membantah..bertahun ditelannya pil perancang tersebut. Si A sikap asalnya adalah seorang yang periang, suka gelak ketawa, manja dan memang berjiwa sensitif. Beberapa tahun dia hidup dalam keadaan kemurungan dan sejak sering disakiti si A mula berubah..dia juga kini sudah mula memaki si B sebagaimana si B memaki beliau, dia kini sudah lupa cara untuk berjenaka dan ketawa ketika si B ada. Betul2 berubah sampaikan dia lebih selesa untuk berdiam tanpa bercakap sekiranya si B ada di sisi. Kini pada si A perkahwinan adalah satu bebanan dan perkara yang paling dia sesalkan dalam kehidupan. Bila di awal usia 3 bulan perkahwinan si B mula mengugut untuk menceraikan si A dan seringkali ugutan itu dibuat..si A benar2 patah hati dan dia sendiri mula pandai untuk meminta diceraikan sebab pada fikiran si A sebelum suaminya mengugut dengan kata2 cerai lebih baik dia yang minta. Tapi bila si A mintak cerai tau pulak si B marah dan kata si A nusyuz sedangkan dia sendiri yang ajar si A dalam perkara2 sedemikian.

Hurmm..inilah yang aku tegaskan jangan hina islam atas tiket poligami!! kesian pada isteri2 yang menderita. Perkahwinan bukan semata2 untuk melampiaskan nafsu..perkahwinan adalah 1 tanggungjawab!! Dalam Surah Al-Baqarah ayat 228 ada disebutkan "Dan para isteri memiliki hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma'ruf" jadi aku tak paham dengan sikap sesetengah suami yang melayan isteri macam binatang. Kesian isteri korang..kesian mertua korang..susah payah besarkan anak dengan penuh kasih sayang bila dapat kat tangan korang camni layanan yang diterima..huh!

Bukan ke Rasulullah S.A.W bersabda "Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarga (isteri) nya. Dan aku adalah orang yang paling baik di antara kalian terhadap keluarga (isteri) ku"

Tolonglah..kalau tak suka sikap isteri tolonglah didik..tolonglah tegur dengan penuh kasih sayang. Jangan terus menerus membenci isteri. Kalau tak suka sila lepaskan bukan mendera hati & perasaan. Dalam Surah An-Nisa' ayat 19 juga ada Allah berfirman "Kemudian bila kalian tidak menyukai mereka maka bersabalh kerana mungkin kalian tidak menyukai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak"

Tolonglah buka mata..isteri bukan boneka yang boleh diperlakukan apa saja. Menjadi seorang suami bukan bermaksud korang berhak menhancurkan kehidupan isteri...



You May Also Like

0 comments