Bebanan Hidup

by - August 28, 2017


Makin hari makin teruk bebanan perbelanjaan seisi rumah. Sekarang kenaikan harga segala jenis barang memang terasa sangat-sangat. Ekonomi makin teruk, barang makin naik. Rata-rata asyik laungkan..kena pandai berjimat cermat, memang benar aku juga bersetuju tapi cuba andaikan gaji RM3,000 hidup di Kuala Lumpur ni apa je yang yang boleh makan? Aku cuba buatkan kira-kira sebagai contoh ;

Gaji bersih (RM3,000)

(-) Hutang kereta RM800
(-) Insurance RM200
(-) Sewa Rumah RM800
(-) Tol/minyak RM500
____________________
RM700 (Baki)

Ini cuma kira-kira andaian sahaja tau..dengan baki RM700 tu berapa je lagi baki yang akan tinggal untuk makan? tu belum tolak bil elektrik & air lagi. Ni baru kira-kira andaikan orang itu bujang. Kalau ada anak?? Mampus jawabnya. Kalau suami isteri bekerja boleh juga bantu membantu..kalau sorang bekerja? Jadi untuk rakyat marhean macam aku ni..nak berjimat camne lagi? Jangan kata suruh jual kereta dan naik pengangkutan awam plak..hahaha..sebabnya pengangkutan awam pun mahal cam naik kereta jugak. Yang aku sebut kat atas tu semua perbelanjaan wajib tau. Kereta memang dah jadi barang keperluan, sama jugak dengan insurance..semua dah jadi benda wajib ada di zaman sekarang ni. Tu belum aku sentuh bab nak bayar personal loan la, nak beli top up untuk handphone la..haish..garu kepala kan? Sekarang duit macam air paip yang buka besar2 curahannya..mengalir tanpa henti..bertabahlah kita semua. 



You May Also Like

4 comments

  1. Inilah realiti kehidupan kita sekarang.. Kadang rasa macam stress jugak.. Masa anak2 kecik2 lain keperluannya.. bila besar2 ni lain pulak keperluannya.. tapi nak buat mcm mana kan.. kita hadap jelah sambil usaha tambah mana yg boleh..

    ReplyDelete
  2. Kena rajin buat kerja sambilan, insyaAllah boleh hidup selesa sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu pointnya..akhirnya rakyat Malaysia ni semua ada 2-3 keje dalam 1 masa..

      Delete
  3. realiti sekarang. sebab tu ramai yang buat kerja sampingan

    ReplyDelete