Pembunuh bersiri yang lembut

muahaha..ok kali ni nak cte pasal pembunuh bersiri. Oleh sebab aku ialah seorang yang suka sangat tengok cte hantu, cte pembunuhan dan thriller jadi rasanya kebanyakan posting aku akan berkaitan dengan cte2 yang aku suka tengok la kot..everytime tgk cte2 camni memang terpanggil la nak update blog nak share kisah2 reality dan nyata yang terjadi dalam dunia ni. Bukan apa supaya kita semua ni berhati2 dan peka pada kehidupan kita. Sebab lumrah kehidupan kita ni cuma menilai dari luaran. Nah..kali ni aku nak share kisah Ryan seorang lelaki yg berpewatakan lembut dan memang seorang gay tapi dah membunuh 11 orang dan ironinya tak ada siapa yang tahu dan sangka dia akan membunuh. Tapi semuanya terbongkar bila dia bunuh mangsa terakhir..ye la kan bak kata orang sepandai2 tupai melompat pasti akan jatuh ke tanah juga akhirnya.

Pada 12 july 2008, orang terjumpa beg misteri di Ragunan South Jakarta, Indonesia. Dalam beg tu ada mayat yang telah dikerat2. Mayat tu ialah mayat Heri Santoso seorang ahli perniagaan yang berusia 40 tahun. Selepas 4 hari sejak mayat Heri Santoso ditemui, Ryan telah ditangkap. Siapa Ryan? Nama penuh dia ialah Veri Idham Heryanshah, lahir pada 1 Feb 1978 di Jombang. Seorang yang berpewatakan lembut dan seorang yang berpengetahuan agama. Ntah macam mana dia turn to evil tp sebenarnya dia memang seorang sociopath..dalam interview yg ditayangkan di channel 732 CI channel kita boleh tengok kot yang dia mmg jenis tak ada perasaan, pandai manipulasikan keadaan dan seorang yang attention seekers..tak dapat bayangkan seorang yang dah bunuh 11 orang masih boleh hidup dengan ceria.

mengikuti perkembangan ketika dibicarakan, sememangnya Ryan langsung tidak menunjukkan tanda-tanda kesal atas perbuatannya. Antara 11 mangsanya ialah seorang kanak-kanak yang berusia 3 tahun. Ngerikan? serious tak dapat bayangkan macam mana seorang pembunuh bersiri mungkin adalah seseorang yang kita kenali. Arghhhhhh ngeri!!

Sebenarnya panjang lagi kalo nak dihuraikan kisah Ryan si pembunuh bersiri yang lembut ni. Tapi rasa cam malas plak nak huraikan hahah..memadailah aku nak ingatkan yang dalam hidup kita sentiasa kena berhati2 sebab kita tak tahu dengan siapa yang kita deal with. Cam kes Ryan ni..5 orang dari mangsa dia adalah kenalan dia sendiri. Aku bukan paranoid tapi just nak ingatkan..dalam hidup ni segalanya mungkin..ekekek..ok..chiowww..next entri nak cte pasal pembunuhan lagi..ekekek..dah jadi cam blog kisah pembunuhan plak..



Post a Comment

0 Comments