Hotel Royal Signature mempersembahkan bufet makan malam eksklusif bertemakan "Sajian Titian Desa", mengundang para tamu untuk menikmati lebih dari 200 jenis hidangan tradisional Melayu dan Antarabangsa. Dihidangkan oleh eksekutif chef, Chef Tony Tang, dan pasukan kulinari beliau, hidangan-hidangan ini menggambarkan keaslian rasa santapan tradisional Malaysia.
Pengenalan
Hotel Royal Signature dengan bangga mempersembahkan bufet makan malam eksklusif bertemakan "Sajian Titian Desa", merangkumi lebih dari 200 jenis hidangan tradisional Melayu dan Antarabangsa yang disajikan dengan sentuhan inovatif oleh Chef Tony Tang dan pasukan kulinari beliau.
Hidangan Utama Bufet
Hidangan Utama
Terdapat hidangan utama yang menjadi tarikan ramai, termasuk Kambing Golek dengan sentuhan gaya masakan barat oleh Chef Tang, dan Kari Kepala Ikan “Istimewa” Kedah yang memberikan sentuhan klasik dalam bufet makan malam ini. Juga terdapat Gulai Kawah Tulang Rawan, Asam Pedas Ekor Melaka, dan Sate.
Makanan Laut
Para penggemar makanan laut akan dimanjakan dengan pelbagai pilihan menu kegemaran, seperti Seafood on Ice, Ikan Siakap Bakar, dan Sambal Petai Udang Karang.
Pencuci Mulut
Bufet makan malam Sajian Titian Desa dilengkapi dengan pelbagai pilihan pencuci mulut tradisi Malaysia, termasuk Ais Kacang, aneka kuih-muih Melayu, chocolate fountain, dan lain-lain.
Walaupun kita seperti sudah terbiasa dengan hidangan tradisi Melayu yang dipermodenkan, rakyat Malaysia tetap sentiasa merindukan rasa asli masakan turun temurun. Maka, hidangan yang kami tampilkan dalam bufet makan malam Sajian Titian Desa ini adalah bercirikan resepi yang telah diturunkan dari generasi ke generasi sejak zaman tok nenek kita yang dahulunya mereka memasak secara tradisi sebelum terciptanya perkakas dapur yang canggih seperti sekarang
kata Pengurus Besar Hotel Royal Signature, May Cheong @ Nurul.
Sambil menjamu selera dan berbuka puasa dengan bufet makan malam Sajian Titian Desa, tetamu juga dapat menikmati hiburan secara langsung pada setiap hari. Suasana majlis berbuka puasa dimeriahkan dengan penampilan istimewa oleh penyanyi Reyhana Yunus dan Fareez Fauzi.
Kemudahan surau juga ada disediakan oleh pihak hotel untuk tetamu yang beragama Islam bagi menunaikan solat fardhu Maghrib dan Isyak dengan selesa.Bersempena dengan keberkatan bulan Ramadan, Hotel Royal Signature mengumumkan bahawa setiap satu penjualan bufet makan malam Sajian Titian Desa, sejumlah RM1.00 akan disumbangkan kepada Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah sebagai inisiatif mereka dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat.
Harga Bufet Makan Malam Hotel Royal Signature
Bufet makan malam Sajian Titian Desa ini bertempat di restoran Asian Pot dan mula beroperasi pada 12 Mac 2024 hingga 6 April 2024, dari jam 7.00 malam hingga 9.30 malam.
Butiran harga adalah seperti berikut:
Dewasa: RM 178.00 bersih
Warga Emas (60 tahun ke atas): RM 128.00 bersih
Kanak-kanak (7 hingga 12 tahun): RM98.00 bersih
Diskaun 20% untuk pemegang kad RHB Belian berkumpulan: Beli 10, Percuma 1Bagi mereka yang merancang untuk menempah lebih awal, tawaran “Early Bird” tersedia bermula 1 Februari 2024 hingga 1 Mac 2024, pada harga RM 128.00 bersih untuk setiap dewasa (harga asal RM178.00 bersih).
Pakej Bilik Penginapan Titian Desa Ramadan
Hayati semangat Ramadan dengan Pakej Penginapan Titian Desa Ramadan eksklusif kami, khas untuk mereka yang ingin meraikan bulan yang mulia ini dengan berkumpul bersama keluarga tercinta. Harga pakej bilik kami bermula dari RM 488.00 bersih untuk setiap bilik pada kadar satu malam, pakej termasuk: Bufet sarapan sahur Bufet makan malam Sajian Titian Desa Parkir percuma Snek Ramadan dalam bilik Nikmati diskaun 20% pembelian tambahan untuk buffet makan malam Sajian Titian Desa Tempoh tempahan & penginapan
Penutup
Bufet makan malam Sajian Titian Desa di Hotel Royal Signature bukan sekadar sebuah pengalaman santapan, tetapi juga sebuah perjalanan ke zaman yang memperkukuhkan semangat tradisi dan keaslian rasa masakan turun-temurun.
Maklumat Tempahan
Untuk menempah tempat, hubungi fb.secretary@hotelroyalsignature.com atau menelefon +60 16-808 3188.
Nota: Untuk butiran lanjut mengenai Hotel Royal Signature, lawati laman web mereka di https://hotelroyalsignature.com/
Sedikit Mengenai Hotel Royal Signature
Hotel Royal Signature Bertempat di pusat bandar Bukit Bintang, Kuala Lumpur, layanan mewah oleh Hotel Royal Signature bertumpuan kepada servis hospitaliti yang mesra keluarga. Dengan 428 bilik tamu yang direka dengan teliti, hotel ini menggabungkan konsep kontemporari dan warisan tempatan. Hidangan kulinari di restoran Asian Pot, kafe Brew & Bond dan Cabana Pool Bar menawarkan pelbagai jenis hidangan untuk menjamu selera.
Kemudahan di aras 4 termasuk kolam renang yang luas, pusat latihan kecergasan yang dibuka 24 jam dan juga pusat permainan kanak-kanak, Bintang Playhouse yang dilengkapi dengan bilik rangsangan pelbagai deria (multi-sensory room) pertama di Malaysia untuk perkembangan deria kanak-kanak. Sesuai untuk pelbagai jenis majlis, Hotel Royal Signature menawarkan ruangan majlis tanpa tiang yang mampu menampung bilangan tetamu sehingga 500 orang dan sesuai untuk pelbagai acara.
Hotel Royal Signature berinisiatif dalam memperkasa aktiviti kelestarian alam dan amalan mesra alam dalam operasinya menerusi langkah-langkah seperti menggunakan penapis air minuman di dalam bilik, kemudahan bilik mandi terbiodegradasi, dan mempunyai kebun kecil bagi mendapatkan hasil masakan yang segar dari ladang ke meja (farm-to-table).
0 Comments