Bufet Citarasa Kampung Ku di Courtyard by Marriott Setia Alam

Pengenalan

Sambut bulan Ramadan dengan meriahnya melalui jamuan makanan yang akan membawa anda mengembara ke pelbagai negeri di seluruh Malaysia. Bufet Citarasa Kampung Ku akan berlangsung di Courtyard by Marriott Setia Alam dari 12 Mac hingga 8 April 2024, menjemput anda menikmati jamuan makan setiap petang dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam sepanjang ramadan nanti.




Bufet Citarasa Kampung Ku di Courtyard by Marriott Setia Alam

Sepanjang bulan ramadan yang bakal tiba ini, Courtyard by Marriott Setia Alam akan menghidangkan bufet makan malam istimewa yang bertemakan Citarasa Kampung Ku yang menghidangkan menu-menu utama di setiap majlis Hari Raya, termasuk goreng-goreng berempah, Satay, Kebab, Kerabu, Roti John, Kuih Raya, dan pelbagai jenis Rendang lengkap dengan nasi impit, ketupat, dan lemang yang segar. 


 

Bagi peminat kuih muih melayu dan pencuci mulut pula, jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati segala jenis kuih muih dan pemanis mulut yang disediakan. Terdapat pelbagai jenis kuih muih serta pemanis mulut tradisional dan moden yang dihidangkan di sini.



Bagi mereka yang ingin tempah awal, Courtyard Setia Alam dengan gembiranya menawarkan diskaun Early Bird eksklusif pada harga hanya RM118 nett untuk dewasa. Tawaran terhad ini membolehkan anda menikmati pelbagai hidangan mereka pada kadar yang istimewa.


Butiran Harga dan Cara Membuat Tempahan

Butiran Harga:

  • Buffet Citarasa Kampung Ku:
    • Lokasi: 5 Wells Restaurant, Tingkat 2
    • Waktu Operasi: 6.30 PTG – 10.30 MLM
    • Harga:
      • Dewasa: RM148 Nett
      • Warga emas di atas 60 tahun: RM74 Nett
      • Kanak-kanak 6 – 12 tahun: RM74 Nett
  • Diskaun Early Bird: RM118 Nett untuk dewasa

Untuk sebarang tempahan anda boleh menghubungi pihak Courtyard by Marriott Setia Alam melalui ;

Whatsapp : +60125609077

Penutup

Marilah kita bersama-sama berbuka puasa dengan yang tersayang di  Buffet Citarasa Kampung Ku untuk menikmati kelazatan hidangan tradisional yang melambangkan semangat kebersamaan. Dari hidangan goreng-goreng hingga kuih raya yang manis, pasti ada sesuatu untuk semua orang. Tempah tempat anda sekarang untuk menikmati tawaran Early Bird yang istimewa sebelum tempat penuh!


Post a Comment

0 Comments