ASEAN HALAL EXPO 2023: MEMBANGUNKAN USAHAWAN EKSPORT

Pada 30 November 2023 yang lalu Profesor Madya Dr Ismail Luthfi Japakiya, Rektor Universiti Fatoni, Thailand, merasmikan ASEAN HALAL EXPO 2023 (AHEX '23) di pusat membeli belah Wakaf ASEAN MALL, Pattani, Thailand. AHEX '23, yang berlangsung dari 29 November hingga 3 Disember 2023, berhasil mengumpulkan lebih dari 120 usahawan dari Malaysia, Thailand, dan Singapura.


AHEX '23 mendapat sokongan agensi Kerajaan Malaysia seperti SME Bank, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), FAMA, KPKM, UPUK, UPEN Kelantan, ANGKASA, dan PERDA, yang menyediakan pembiayaan kepada usahawan. Bank Muamalat Malaysia Berhad menjadi penaja AHEX '23.

UNITI Asia Link Sdn Bhd (UAL) dengan kerjasama OSC dan UG menjangkakan 50,000 pengunjung. Kejayaan AHEX '23 terlihat dari peningkatan jumlah pengunjung dan lebih dari 100% peningkatan jualan berbanding dengan tahun sebelumnya.

AHEX '23 menarik lebih 25 syarikat besar Thailand sebagai pembeli produk halal daripada 50 syarikat Malaysia dan Singapura. Aktiviti menarik termasuk Halal Business Talk, forum, business pitching, business matching, business networking, pertandingan kanak-kanak, e-sport, dan persembahan nasyid.


Beberapa Memorandum Persefahaman dijangka akan ditandatangani untuk kerjasama menjual produk halal Malaysia dan Singapura di Thailand. UNITI Office Sdn Bhd akan melancarkan Virtual Office di ASEAN MALL, Pattani, untuk menyediakan kemudahan pejabat murah kepada usahawan ASEAN.

Program kebajikan sempena AHEX '23 membantu masyarakat Pattani, termasuk sumbangan derma kepada fakir miskin dan khidmat berkhatan percuma oleh MyMedical HealthCare. AHEX membolehkan usahawan ASEAN mengeksport produk halal ke Thailand dan menggunakan ASEAN MALL sebagai gateway ke pasaran Indocina.


Kejayaan kerjasama antara UNITI Asia Group dan syarikat Pattani dalam pembangunan ASEAN MALL serta menganjurkan AHEX setiap tahun selaras dengan hasrat dan persetujuan baru-baru ini antara Kerajaan Thailand dan Malaysia untuk mengukuhkan hubungan dua hala dan kerjasama di Selatan Thailand.

Post a Comment

0 Comments