29 September setiap tahun adalah Hari Jantung Sedunia. Dan
pada tahun ini bertemakan ‘Use Heart Know Heart’, aku turut bersama-sama
meraikan Hari Jantung Sedunia anjuran Unit Makmal Kardiologi, PPUM.
Buat pengetahuan, penyakit jantung merupakan pembunuh utama
di Malaysia. Namun penyakit ini sering tidak diambil serius biarpun pelbagai
kempen kesedaran telah diadakan. Menurut sumber dari Data Malaysia 2019/2020: National Cardiovascular
Disease Database (NCVD) mendapati 17%
daripada kematian adalah akibat "penyakit jantung ischaemia".
Penyakit jantung ischaemia, juga dikenali sebagai penyakit
arteri koronari, adalah keadaan jantung yang disebabkan oleh arteri jantung
yang sempit, yang mengurangkan bekalan darah dan oksigen ke otot jantung. Ini
akhirnya boleh menyebabkan serangan jantung. Ischaemia sering menyebabkan sakit
dada yang dikenali sebagai angina pectoris. Penyakit ini paling kerap berpunca
daripada aterosklerosis, iaitu pengumpulan plak lemak di dalam arteri jantung.
Di mana ianya tersumbat secara tiba-tiba dan keadaan teruk pada salah satu
arteri jantung sekaligus menyebabkan serangan jantung
HARI JANTUNG SEDUNIA : USE HEART KNOW HEART ANJURAN UNIT MAKMAL KARDIOLOGI PPUM
Bersempena dengan Hari Jantung Sedunia 2023 Unit Makmal
Kardiologi, PPUM telah .menganjurkan satu majlis hi-tea yang diselitkan bersama
dengan sesi ceramah dari Pakar Kardiologi mengenai penyakit jantung. Acara ini
telah berlansung di Oriental Pearl Hall, Bukit Kiara Equestrian & Country
Resort Kuala Lumpur.
Untuk tahun ini, kempen Jantung Sedunia adalah bertemakan
"Use Heart Know Heart" yang sama-sama mengajak orang ramai untuk
lebih cakna tentang penyakit ini Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan
kesedaran orang ramai tentang bahayanya penyakit jantung, komplikasi dan cara
awal mencegahnya.
Memandangkan penyakit jantung merupakan penyebab utama
kematian di seluruh dunia, Unit Makmal Kardiologi PPUM telah mengambil pendekatan proaktif untuk
memastikan masyarakat memantau kesihatan dan memahami risiko penyakit jantung.
Majlis santai dan cukup meriah ini telah dirasmikan oleh Pengarah PPUM Profesor
Dr. Nazirah Hasnan
Tiga Sesi Interaktif, Perkongsian Dari Pakar dan Pesakit Jantung
Terdapat 3 sesi interaktif yang cukup menarik untuk program
yang berlangsung selama tiga jam.
Sesi 1: Heart Attack and Heart Failure in Malaysia and UMMC.
An update
Penceramah: Profesor Madya Dr. Alexander Loch
Di dalam sesi ini, Profesor Alexander telah menjelaskan perbezaan antara serangan jantung (heart attack) dan juga kegagalan jantung (heart failure).
Lebih menarik, Profesor Madya Dr. Alexander Loch turut
kongsikan statistik purata umur yang kerap mengalami serangan jantung iaitu
57.8 tahun yang mana 17.4% perempuan dan 82.6% lelaki. Menurut Profesor
Alexander kebanyakan pesakit yang datang untuk menerima rawatan akibat serangan
jantung juga agak lewat. Ini juga menjadi salah satu peningkatan kepada
kematian disebabkan oleh penyakit jantung.
Manakala kegagalan jantung merupakan peringkat akhir didalam
penyakit jantung. Dikatakan 3-20 dari
1000 populasi. Dan mereka yang berumur lebih 65 tahun, dianggarkan 100 per 1000 populasi. Lebih mengejutkan 6%
hingga 10% kemasukan perubatan di Malaysia disebabkan oleh kegagalan jantung.
Kos perubatan jantung juga agak tinggi dan ini juga adalah
salah satu isu yang dihadapi oleh pesakit dan juga pihak hospital dalam memberi
rawatan.
Antara alatan yang terdapat di PPUM |
Sesi 2: "And I thought it's indigestion...":
Journey of a Heart Attack Patient
Perkongsian yang cukup menarik dari dua pesakit jantung yang
pernah dan sedang menjalani rawatan di PPUM tentang bagaimana mereka mula
mengesan tentang penyakit ini.
Apa yang penting kita kena tahu tentang keadaan badan kita,
jika ada sesuatu yang tidak kena segeralah berjumpa dengan doktor untuk rawatan
susulan sebelum terlambat.
Sesi 3: Care for Cardiac Patients at UMMC. The Future
Penceramah : Profesor Dr. Imran Zainal Abidin
Primary Percutaneous Coronary Intervention (PCI),adalah
prosedur bukan pembedahan yang menggunakan catheter (tiub fleksibel nipis)
untuk meletakkan struktur kecil yang dipanggil stent bagi membuka saluran darah
di dalam jantung yang telah disempitkan oleh pembentukan plak yang mana keadaan
ini dikenali sebagai aterosklerosis.
Menurut Profesor Dr. Imran hanya 6.6% semua pesakit serangan
jantung mendapat rawatan Primary Percutaneous Coronary Intervention (PCI). Ini
disebabkan masalah kos perubatan, kelewatan memberi rawatan dan masalah
logistik
Oleh yang demikian, satu perancangan untuk menubuhkan lab
operasi Primary Angioplasty Cardiac pertama di Malaysia yang akan ditempatkan
bersebelahan dengan zon merah Jabatan Kecemasan. Perancangannya lab ini akan
mula beroperasi pada suku tahun 2024 dengan misi untuk memberikan perkhidmatan
penjagaan kesihatan terbaik kepada pesakit yang mengalami serangan jantung
akut.
Dalam penyampaian ceramahnya, Profesor Imran juga ada kongsikan beberapa kaedah kemajuan dalam angioplasti koronari yang boleh digunakan sebagai alternatif merawat pesakit.
Inisiatif Terbaik Melalui Kempen Bergerak Oleh Unit Kardiologi PPUM
Pelbagai kempen bergerak telah diadakan oleh Unit Makmal
Kardiologi PPUM. Ini termasuklah sesi ceramah di sekolah dan jabatan kerajaan.
Bahkan pihak Unit Kardiologi PPUM tururt membuka pusat pemeriksaan bergerak dan
booth yang memberikan pelbagai informasi mengenai penyakit jantung.
Sebagai konklusi, kita sebenarnya tidak boleh mengambil
mudah tentang bahayanya penyakit jantung. Segeralah membuat pemeriksaan
perubatan apabila kita mempunyai tanda-tanda sakit berkait dengan jantung.
Contohnya seperti sakit dada. rasa sukar bernafas secara tiba-tiba dan pelbagai
lagi.
Diharapkan di masa-masa akan datang, Unit Makmal Kardiologi PPUM akan dapat lebih melebarkan sayap dalam memberi kesedaran terhadap masyarakat tentang penyakit yang membunuh dalam senyap ini dan semoga dengan kesedaran yang diberikan, masyarakat Malaysia akan bebas dari penyakit jantung.
0 Comments