ROYALE CHULAN SEREMBAN TAWARKAN PENGINAPAN SELESA PADA HARGA ISTIMEWA

Minggu lepas aku berkesempatan untuk menginap selama 3 hari 2 Malam di Royale Chulan Seremban. Terletak di tengah bandar Seremban dengan tempat yang strategik untuk melawat ke tempat-tempat istimewa sekitar Seremban, Royale Chulan Seremban pastinya tempat penginapan yang wajib anda inap jika ke Seremban.


 

Hotel Review | Royale Chulan Seremban


Aku jarang ke Seremban, kalau ke Negeri Sembilan pun sebelum ni aku asyik menuju ke Port Dickson. Jadi kali ini aku mengambil peluang untuk meneroka tempat menarik yang ada di Negeri Sembilan. Dan untuk trip 3 hari 2 malam ini, aku menginap di Hotel Royale Chulan Seremban.

Terletak di Jalan Dato A.S Dawood, Seremban menawarkan  345 buah bilik dengan 7 jenis bilik penginapan iaitu ;

  • Superior Room
  • Deluxe room
  • Executive Room
  • Executive Suite
  • Alcove Suite
  • Duplex Suite
  • Royale Singgahsana Suite

Hotel Review | Royale Chulan Seremban
Duplex Suite



Oleh kerana Royale Chulan Seremban adalah hotel lama, maka di setiap bilik air terdapat bathtub disediakan di mana agak jarang hotel-hotel baru sekarang menyediakan bathtub di dalam bilik air.

Bilik yang aku menginap selama 3 hari 2 malam adalah Deluxe Room. Sangat sesuai jika datang bersama keluarga kerana bilik dan katilnya sangat luas.


Untuk bilik yang aku duduk ni ;

  • 35 sqm
  • Smoking or non-smoking
  • Super king size bed, Twin bed, or Triple bed (connecting room available upon request)
  • Separate bath & shower unit 

Manakala dari segi fasiliti yang disediakan pula adalah ;

  • Air Conditioning
  • Cable Television
  • Private toilet and bath
  • Coffee/Tea maker
  • Mini bar
  • Telephone with IDD
  • Wi-Fi internet access
  • Room Safe
  • Hairdryer
  • Work desk
  • Voicemail Sysytem
  • Daily newspaper
  • Electronic door locks
  • Iron and Ironing Board

Bagi mereka yang sukakan kolam renang, kolam renang yang besar serta penuh dekorasi turut disediakan di Hotel Royale Chulan Seremban ini.


Hotel Review | Royale Chulan Seremban


Harga untuk setiap bilik adalah berbeza namun harga bermula dari RM140++. Waktu check-in adalah pada pukul 3.00 petang manakala waktu check-out adalah pada pukul 12.00 tengahari. 


Jika  anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Hotel Royale Chulan Seremban, bolehlah menghubungi mereka di ;

Alamat : Royale Chulan Seremban
Jalan Dato A.S Dawood, 70100,
Seremban, Negeri Sembilan


@bebelancikmin Last week saja la jenjalan Seremban dgn @rafzantomomi @dikbee @penaberkala dan kali ni kami pilih untuk menginap di @Royale Chulan Seremban Perghhhh..luas giler bilik dia. Dah la besar, lawa dan segala kemudahan pun lengkap. Paling best bilik air pun luas siap ada bathtub lagi! Kalo dtg dgn anak2 sure diaorang suka! Tu baru bab bilik, blm cte lagi camne bestnya swimming pool dia. Korang kalo datang ke Seremban sila la menginap di @royalechulanseremban ! Sure takkan menyesal dan akan repeat lagi. Oh btw! Actually ni kali kedua aku menginap kat sini. Kali ni kte bawak rombongan cik kiah sekali menginap kat sini sbb hotel ni best! The best hotel in Seremban perhaps! 😍😍 #bebelancikmin #bebelancikmintravel #royalechulanseremban #besthotelintown #besthotelinseremban #seremban #NegeriSembilan #bebelancikmin #bebelancikmintravel #info #staycation #besthotels #hotel ♬ Cheerful Baby - FASSounds

Post a Comment

0 Comments