10 Tempat Menarik Yang Wajib Anda Lawati Jika Ke Negeri Perak

Negeri Perak merupakan negeri kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas negeri Pahang dan merupakan negeri keempat terbesar di Malaysia. 


Dengan mempunyai 13 daerah dan 92 mukim, berada di Perak selama 7 hari 6 malam bukanlah masa yang cukup untuk menerokai kesemua tempat-tempat menarik di Perak. Namun begitu aku akan kongsikan 10 tempat menarik yang ada di Perak yang wajib anda lawati.


1. TT5 Tin Dredge


Kapal Korek Timah Tanjung Tualang No. 5 (TT5) ialah bekas kapal korek perlombongan bijih timah di Batu Gajah, Daerah Kinta, Perak, Malaysia.

 


Kapal korek itu dibina di England, United Kingdom pada tahun 1938 oleh F.W. Payne & Son, sebuah syarikat kejuruteraan korek utama pada masa itu. Bersama ketua Jurutera Othman/Alan Bruce. Ia dibina untuk Southern Malayan Tin Dredging Ltd., sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1926 yang mengendalikan 6 kapal korek secara keseluruhan di Batu Gajah dan Tanjung Tualang.

 

TT5 telah digunakan selama 44 tahun sehingga 1982 apabila industri bijih timah Malaysia merosot akibat kejatuhan harga bijih timah dunia, deposit timah yang habis dan kos operasi yang tinggi. Pada tahun 2012, kemudahan itu ditutup kerana kebocoran air.


Kini, TT5 Tin Dredge bukan sahaja semata-mata tempat tinggalan sejarah kapal korek bijih timah tetapi juga telah dibangunkan sebagai tempat beriadah dan bersukan kerana di situ turut dibangunkan Escape Park dan Maze. 


10 Tempat Menarik Yang Wajib Anda Lawati Jika Ke Negeri Perak
Gambar Kredit : Hafiz Rahim


2. Victoria Bridge


Jambatan Victoria (juga dikenali sebagai Jambatan Enggor) adalah sebuah jambatan kereta api yang terletak di Enggor, Kuala Kangsar, negeri Perak. Jambatan yang merentangi Sungai Perak ini mula dibina pada tahun 1897, dan merupakan antara jambatan kereta api tertua di Malaysia.

 



Pembinaannya mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan. Perasmian jambatan tersebut dihadiri oleh Sultan Perak, Sultan Idris Mursyidul Azam Shah dan Raja Perempuan Perak, Residen Perak, J.P. Rodger dan isteri dan orang-orang kenamaan pada tahun 1900. Jurutera yang bertanggungjawab terhadap pembinaan jambatan ini ialah G.W. Fryer, Jurutera Divisyen dan C.R Hanson.


Kini Victoria Bridge menjadi antara tempat tarikan pelancong  yang terkenal di Perak dek kerana tinggalan sejarah yang masih utuh hingga kini.


Jika ke sini jangan lupa untuk bergambar sebagai kenang-kenangan kerana menjejakkan kaki ke antara jambataran tertua di Malaysia.



3. Sungai Perak


Sungai Perak merupakan sungai ke-2 terpanjang di Semenanjung Malaysia selepas Sungai Pahang. Sungai Perak sepanjang 400 km mengalir dari Hulu Perak hingga ke Beting Beras Basah di Bagan Datoh ke Selat Melaka



Sungai Perak mempunyai banyak sungai cawangan. Antaranya ialah Sungai Bidor dan Sungai Kinta. Sungai Kinta dan Sungai Bidor menjadi tempat perlombongan bijih timah sekitar tahun 1850-1980. Selepas itu pengeluaran bijih timah menurun secara mendadak kerana negara-negara lain turut mengeluarkan bijih timah dan menyebabkan harga bijih timah merudum di pasaran dunia.


Sungai Perak adalah antara sungai yang terpanjang di antara negeri-negeri yang sekelilinginya. Ia memainkan peranan yang penting dalam sendi sejarah negeri Perak. Adalah dipercayai bahawa nama Perak didapati daripada kilat-berkilauan yang terdapat di sungai ini.


4. Kampung Warisan Budaya


Kampung Warisan Budaya terletak di pinggiran Sungai Perak bersebelahan dengan Jambatan Warisan Victoria Karai, Enggor Kuala Kangsar Perak.


Kampung Warisan Budaya budaya ini baru sahaja siap dibina dan masih lagi belum dibuka kepada orang ramai ketika aku pergi melwat ke tempat ini tempohari. Kampung Warisan Budaya adalah merupakan sebuah kompleks warisan senibina yang menempatkan 11 buah replika rumah-rumah tradsional Melayu yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu.


10 Tempat Menarik Yang Wajib Anda Lawati Jika Ke Negeri Perak
Gambar Kredit : Hafiz Rahim

Bagi anda yang cintakan warisan dan senibina rumah Melayu lama, Kampung Warisan Budaya adalah destinasi yang wajib anda tuju jika bertandang ke negeri Perak.


5. Masjid Ubudiah (Masjid DiRaja Kuala Kangsar)


Terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Masjid Ubudiah telah dibina sekitar tahun 1913 - 1917 dan telah  dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917


10 Tempat Menarik Yang Wajib Anda Lawati Jika Ke Negeri Perak
Gambar Kredit : Hafiz Rahim

Dikenali sebagai Masjid DiRaja Kuala Kangsar kerana bersebelahan masjid ini terletaknya Makam DiRaja yang menempatkan jenazah kerabat-kerabat DiRaja Perak.


Masjid Ubudiah adalah antara masjid terindah yang terdapat di Malaysia


6. Muzium DiRaja Kuala Kangsar


Jika ke Perak tak sah rasanya jika tak singgah di Muzium DiRaja Kuala Kangsar. Muzium ini yang dahulunya sebuah Istana memang sangat terkenal dengan senibinanya yang cantik dan unik. Malah muzium ini juga pernah dijadikan lokasi untuk iklan Adabi.



Muzium DiRaja Kuala Kangsar (dahulunya dikenali dengan nama seperti Istana Kenangan, Istana Lembah dan Istana Tepas) telah didirikan oleh tukang kayu Melayu yang bernama Haji Suffian dengan dibantu oleh dua orang anaknya, Zainal Abidin dan Ismail pada tahun 1926. Mereka ini berasal dari Seberang Prai.


Istana ini dibina atas titah Almarhum Sultan Iskandar Shah (Marhum Kadasallah) Sultan Perak ke-30 sebagai tempat bersemayam sementara, disebabkan ketika itu Istana Iskandariah masih lagi di dalam pembinaan menggantikan Istana Negara.


10 Tempat Menarik Yang Wajib Anda Lawati Jika Ke Negeri Perak
Gambar Kredit : Hafiz Rahim

Baginda bersemayam di Istana Kenangan ini pada tahun 1931 hingga 1933. Setelah baginda berpindah ke Istana Iskandariah, istana ini dijadikan Istana Tetamu terutama di hari-hari Perayaan DiRaja seperti hari keputeraan, pelantikan orang-orang besar Perak dan lain-lain Istiadat DiRaja Perak Darul Ridzuan.


7. Kampung Orang Asli Sungai Tiang


Untuk trip 7 hari 6 malam ke Perak Tempohari aku sempat ke Royal Belum dan berkesempatan untuk pergi menziarah ke Kampung Orang Asli Sungai Tiang.


Untuk ke sini anda harus menaiki bot kerana hanya itu sahaja satu-satunya laluan untuk ke kampung ini.


Kampung Orang Asli Sungai Tiang dihuni oleh masyarakat Asli suku kaum Jahai. Di sini terdapat 49 buah rumah/keluarga dan 8 daripadanya beragama Islam.


Suku bangsa Jahai merupakan satu daripada Suku Kaum Negrito iaitu suku kaum yang terkecil berbanding dengan kaum Senoi dan Proto-Malay (Melayu Asli). Mereka tinggal di Perak, terutama di kawasan Hulu Perak iaitu Banun, Sungai Tiang dan Persisiran Empangan Temenggor. 


10 Tempat Menarik Yang Wajib Anda Lawati Jika Ke Negeri Perak
Gambar Kredit : Hafiz Rahim

Di Kelantan pula, mereka bertumpu di Sungai Rual dan Jeli di Hulu Kelantan. Pada amnya rupa paras orang Jahai seakan-akan Orang Habsyi atau Negro di Afrika, Kaum Andaman dan Aeta di Filipina. Kebanyakannya tinggal di kuala sungai dan persisiran tasik. Rumah mereka berbentuk pisang sesikat yang dibina daripada buluh dan beratapkan daun bertam dan tepus. 


Suku bangsa Jahai suka membuat rumah yang ringkas kerana mereka mengamalkan cara hidup berpindah-randah. Mereka berpindah dari satu tempat ke satu tempat apabila berlaku kematian, penyakit ganjil, perbalahan kecil, kerana keperluan makanan dan pertambahan penduduk. Kini, amalan berpindah-randah semakin kurang diamalkan kereana mereka telah menerima bantuan daripada agensi kerajaan.


Jika ke sini bawalah sedikit buah tangan untuk dihadiahkan kepada kanak-kanak yang berada di kampung ini.


10 Tempat Menarik Yang Wajib Anda Lawati Jika Ke Negeri Perak
Gambar Kredit : Hafiz Rahim

8. Air Terjun Sungai Ruok


Jika ke Royal Belum jangan lepaskan peluang anda untuk ke Air Terjun Sungai Ruok. Untuk sampai ke sini anda perlu menaiki bot sebelum trekking manja menuju ke air terjun.

10 Tempat Menarik Yang Wajib Anda Lawati Jika Ke Negeri Perak
Gambar Kredit : Hafiz Rahim

Oh ye! Sebelum bercerita lebih panjang mengenai Air Terjun Sungai Ruok, ingin aku ceritakan sedikit tentang penginapan kami di Royal Belum.


Umum mengetahui untuk ke Royal Belum anda perlu menyewa house boat. Jadi untuk penginapan 1 malam kami telah memilih Casuarina 1 houseboat @ Temenggor



Berbalik kepada kisah Air Terjun Sungai Ruok, air terjun di sini bukan sahaja terkenal dengan keindahannya malah terkenal kerana di sini kedatangan anda akan disambut oleh ikan kelah dan tengas yang jinak.



Jadi jika ke sini jangan lupa bawakan sedikit roti untuk memberi makan ikan kelah dan tengas yang memang memgharapkan makanan dari para pengunjung. Menariknya ikan-ikan ini akan berkerumun di sekeliling kaki sambil meminta makanan.


9. Win Kraft Labu Sayong, Kuala Kangsar


Jika ke Kuala Kangsar pula tak sah rasanya lawatan jika tak singgah ke tempat pembuatan labu sayong.


10 Tempat Menarik Yang Wajib Anda Lawati Jika Ke Negeri Perak
Gambar Kredit : Hafiz Rahim

Labu sayong diperbuat daripada tanah liat khas dan air yang disimpan di dalam labu sayong dikatakan mampu meredakan demam yang panas.


Menariknya di Win Kraft Labu Sayong ni para pengunjung bukan sahaja dapat membeli pelbagai jenis kraft tetapi juga boleh merasai sendiri pengalaman membuat labu sayong.

10 Tempat Menarik Yang Wajib Anda Lawati Jika Ke Negeri Perak
Gambar Kredit : Hafiz Rahim

10. Galeri Rumah Lat


Antara tarikan terbaharu di negeri Perak adalah Galeri Rumah Lat yang telah dirasmikan pada 9 Julai 2023 yang lalu.


Galeri Rumah Lat ini adalah galeri seni yang menempatkan hasil karya seni, memorabilia dan bahan-bahan berkaitan kartunis tersohor tanah air, Datuk Mohammad Nor Mohammad Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat.


Masuk ke galeri ini pastinya membuatkan anda mengimbau zaman kanak-kanak bagi mereka yang membesar dengan karya-karya Datuk Lat. Di dalam galeri ini turut diceritakan perjalanan hidup Datuk Lat dari kecil hingga berjaya menjadi seniman agung tanah air.


Lebih menarik, di Galeri Rumah Lat juga terdiri sebuah replika rumah yang diilhamkan dari kartun Kampung Boy. Menariknya apa yang ada di dalam kartun tersebut semuanya ada di dalam rumah ini. Bagi aku pengalaman melawat ke galeri ini sangat-sangat bermakna kerana ia benar-benar mengimbau kenangan zaman kanak-kanak aku.


Inilah antara 10 tempat menarik yang sempat aku kongsikan pada artikel kali ini. Insyallah jika berkesempatan aku akan kongsikan pula tempat-tempat makan menarik di Negeri Perak.


Akhir kata, jutaan terima kasih buat Gaya Travel dan Tourism Perak yang telah membawakan trip selama 7 hari 6 malam ke negeri Perak Darul Ridzuan

@bebelancikmin Memang banyak sangat tempat menarik yang kita boleh lawati di negeri Perak ni. Antara tempat yang korang wajib pergi ialah ; 1. TT5 Tin Dredge iaitu tinggalan kapal korek lama yang masih ada di Malaysia 2. Victoria Bridge iaitu antara landasan keretapi yang tertua di Malaysia yang telah dibina pada tahun 1897 3. Sungai Perak 4. Kampung Warisan Budaya 5. Masjid Ubudiah 6. Istana Kenangan 7. Win Kraft Labu Sayong 8. Royal Belum 9. Kampung Orang Asli Sungai Tiang 10. Air Terjun Sungai Ruok 11. Kellie's Castle 12. Masjid Muhammadiah iaitu masjid Cina di Perak Itu antara yang sempat aku pergi. Tapi sebenarnya ada banyak lagi tarikan yang ada di negeri Perak Darul Ridzuan ni. #TravelPerakLah #VisitPerakYear2024 #PromisingPerak #Perak #VPY2024 #TourismPerak #GayaTravel #AksesMalaysia #CutiCutiMalaysia #bebelancikmin #bebelancikmintravel ♬ Cintaku Di Negeri Perak - Hazama

Post a Comment

0 Comments