TIKTOKER CIKAMIE KU GENGSTER PERKENALKANKAN KOPI DURIAN BELANDA MAMI DEDI

Bagi mereka yang mempunyai akaun TikTok sudah pastinya biasa mendengar nama TikToker Cikamie Ku Gengster. TikToker suami isteri yang mempunyai pengikut melebihi angka setengah juta ini mula terkenal sejak 2 tahun lepas kerana memuatkan konten-konten yang menghiburkan.


Kini mereka tampil dengan jenama Mami Dedi dan memperkenalkan produk Kopi Durian Belanda. Menariknya tentang Mami Dedi Kopi Durian Belanda ini adalah kerana kopinya mengandungi ekstrak durian belanda dan madu sebagai bahan utama. 


Ketika ditemui Sabtu lepas sempena Majlis Pelancaran Produk Mami Dedi, pasangan TikToker terkenal ini menjelaskan mereka memilih untuk memasarkan produk Kopi Durian Belanda ini kerana yakin dengan khasiat yang terkandung di dalam kopi ini selain rasanya yang enak.


Jelas Mami atau nama sebenarnya Alamin Mohammad,

Saya sendiri sebenarnya adalah seorang penggemar kopi dan kerana itulah saya memilih kopi sebagai produk untuk dipasarkan. Telah banyak kopi yang saya cuba namun akhirnya saya memilih untuk memasarkan Kopi Durian Belanda kerana saya bukan hanya mencari kopi yang sedap malah yang berkhasiat.


Sehingga kini mereka telah mempunyai seramai 58 stokis di seluruh negara dan mensasarkan jualan sebanyak RM1 Juta setahun.


TIKTOKER CIKAMIE KU GENGSTER PERKENALKANKAN KOPI DURIAN BELANDA MAMI DEDI


Selain Mami Dedi Kopi Durian Belanda mereka turut memasarkan Popia Homemade Mami Dedi Kruk Krakk. Di dalam sesi interview, pasangan ini turut menjelaskan tentang tagline mereka "Sedak la Nyahh!!!" yang bermaksud terlalu sedap dalam loghat Kelantan dan tiada maksud untuk merujuk atau menyindir golongan mak nyah.


Aku yang berkesempatan menghadiri majlis pelancaran produk Mami Dedi turut mencuba  kedua-dua produk mereka.



Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk Mami Dedi, anda boleh layari laman sosial mereka di ;


Facebook : Mami Dedi HQ

Instagram : Mamidediofficial

TikTok : Mamidedi_official



@bebelancikmin Tahniah @cikamiekugengster atas pelancaran produk Mami Dedi Kopi Durian Belanda dan Mami Dedi Kruk Krakk. Moga terus sukses ya 🥰 #cikamiekugengster #mamidedi #bebelancikmin #kopidurianbelanda #kopidurianbelandamamidedi ♬ Makeba - Jain

Post a Comment

0 Comments