KitKat® Lancarkan Produk Terbaharu KitKat® Salted Caramel Cookies

Ini ada berita gembira buat semua peminat KitKat® seluruh Malaysia kerana kini KitKat® telah melancarkan produk terbaharu mereka khas buat peminat salted caramel seperti aku iaitu KitKat® Salted Caramel Cookies.


Berkesempatan untuk sama-sama menghadiri majlis pelancaran KitKat® Salted Caramel Cookies di IOI City Mall baru-baru ini, aku turut bertuah kerana menjadi antara yang pertama yang mencuba produk terbaharu dari KitKat®. KitKat® Salted Caramel Cookies   menawarkan kombinasi lazat wafer rangup tersendiri yang disaluti dengan coklat susu dan cebisan biskut karamel masin yang rangup untuk menambat selera.


Menurut Carlota Casellas, Pegawai Eksekutif Perniagaan Konfeksi Nestlé,


Inspirasi daripada cerapan pasaran dan trend terkini, terutamanya di kalangan Generasi Z menjadi asas dalam rekaan produk KitKat® yang terbaharu kami. Pastinya Generasi Z adalah golongan yang senantiasa menyatakan aspirasi mereka untuk menikmati pengalaman makanan yang unik. Dengan itu, KitKat® telah mencipta semula jejari coklat kami dengan wafer rangup yang disaluti kombinasi biskut dengan karamel masin yang tersendiri. Edisi terhad KitKat® Salted Caramel Cookies baharu ini pastinya serba sensasi! 


Dua pakar pastri dan manisan daripada JUNANDUS telah memperlihatkan kelebihan dan keserbagunaan KitKat® Salted Caramel Cookies menerusi bengkel menghias manisan di majlis pelancaran yang diadakan di IOI City Mall di Putrajaya. Tidak mahu ketinggalan, aku turut menyertai bengkel menghias cupcake ketika majlis.


Sempena pelancaran KitKat® Salted Caramel Cookies, pameran pengguna selama 5 hari diadakan di IOI City Mall di Putrajaya dari 9 hingga 13 Ogos 2023. Bagi peminat-peminat KitKat, jangan lepaskan peluang anda untuk merasai sendiri keenakan KitKat® Salted Caramel Cookies yang boleh didapati dalam dua jenis pek iaitu pek tunggal 4 Jejari dan 2 Jejari 5 Multipack. 


Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh layari ;

Laman web : https://www.nestle.com.my/brands/confectionery

Facebook : KitKat

Instagram : KitKatMalaysia



Post a Comment

0 Comments