HOTEL REVIEW | PULSE GRANDE HOTEL PUTRAJAYA TAWARKAN PENGINAPAN SELESA PADA HARGA BERPATUTAN

Baru-baru ini aku berkesempatan untuk menginap di Pulse Grande Hotel Putrajaya yang dahulunya dikenali sebagai Putrajaya Shangri-La Hotel. 


Terletak di Taman Putra Perdana Presint 1, Putrajaya, Pulse Grande Hotel Putrajaya menawarkan 118 buah bilik dengan 5 jenis pilihan bilik mengikut kesesuaian pelanggan iaitu ;


JENIS BILIK

 

KELUASAN

JENIS KATIL

HARGA BERMULA

EXECUTIVE SUITE

50 M²

KING BED SIZE

RM1,650

 

DELUXE HILL VIEW

40 M²

KING BED SIZE

RM318

 

DELUXE GARDEN VIEW

40 M²

KING BED SIZE

RM339

 

FAMILY ROOM

50 M²

KING BED SIZE

RM498

 

PREMIER SUITE

120 M²

KING BED SIZE

RM4,200

 


Antara kemudahan asas yang disediakan di dalam bilik pula adalah ;


  • 24-Hour Room Service
  • International Direct Dialing Telephones
  • High Speed Wi-Fi Internet
  • Computer Data Port
  • Tea and Coffee Making Facilities
  • Flat LCD TV
  • Electronic safe
  • Mini-bar

Jenis bilik yang aku pilih tempohari adalah Deluxe Garden View. Bilik ini sangat luas malah bilik airnya turut dilengkapi oleh bath tub.

Apa yang paling aku suka mengenai kemudahan yang disediakan oleh pihak hotel Pulse Grande Hotel Putrajaya selain kemudahan yang lengkap ia turut menyediakan sejadah dan arah kiblat bagi memudahkan penginap yang beragama Islam menjalankan ibadah solat.


Manakala untuk kemudahan lain yang disediakan di hotel adalah ;

  • Gym
  • Sauna and steam room
  • Infinity edge pool
  • Relaxation lounge
  • Spa Villa
  • Kids Fun Room


Tarikan Berhampiran Pulse Grande Hotel Putrajaya | Taman Cahaya Putra Perdana (Secret Garden) 


Antara tarikan yang tengah viral kini di Putrajaya adalah Taman Cahaya Putra Perdana atau lebih dikenali sebagai 'Secret Garden'. Taman ini sememangnya dipenuhi dengan cahaya-cahaya lampu yang menghiasi seluruh taman dan berada di sini seolah-olah berada di dalam sebuah taman fantasi.

5 TEMPAT MENARIK DI PUTRAJAYA YANG ANDA WAJIB TERJAH



Terletak berhadapan dengan Hotel Pulse Grande Putrajaya, Taman Cahaya Putra Perdana ini dilimpahi cahaya lampu LED yang turut di pasang pada pokok.

Terdapat juga arca berbentuk Dinosaur dan Pintu Gerbang Love yang menjadikan taman itu lebih menarik untuk dikunjungi bersama seisi keluarga. Bukan itu saja, terdapat juga air pancut berlampu di sekitar taman berkenaan.


Jika berjalan terus ke sebelah belakang, anda juga akan dapat lihat Mercu Tanda Putrajaya yang berupa seakan Tanjak atau Tengkolok dan Tangga Putrajaya.


5 TEMPAT MENARIK DI PUTRAJAYA YANG ANDA WAJIB TERJAH

Berikut adalah maklumat lebih lanjut mengenai Pulse Grande Hotel Putrajaya ;


Alamat : Taman Putra Perdana Presint 1, Wilayah Persekutuan, Putrajaya, 62000, Malaysia

 

Check-in: 03.00 p.m.     

Check-out: 12.00 p.m.

 

Phone: (60 3) 8887 8888

 

E-mail: enquiry.pgp1@pulsegrande.com.my


Post a Comment

0 Comments