HOTEL REVIEW | IBIS HOTEL MELAKA TAWARKAN FASILITI LENGKAP DI HOTEL MEREKA

Jika berkunjung ke Melaka, antara hotel yang aku sangat suggestkan kepada anda semua adalah ibis Hotel yang terletak di Jalan Bendahara.



Terletak di tempat yang strategik iaitu di tengah bandaraya Melaka, menginap di sini sebenarnya dapat merancang percutian anda tanpa terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas kerana untuk pergi ke tempat makan yang agak popular di Melaka iaitu Makan Avenue anda boleh berjalan kaki sahaja.

Malah tidak jauh sebenarnya untuk anda berjalan kaki ke Jonker Walk. Dikelilingi dengan tempat makan dan bar-bar disekitarnya menjadikan ibis Hotel Melaka ini antara hotel pilihan pelancong apatah lagi kena mereka menawarkan fasiliti yang lengkap buat tetamu mereka.


ibis Hotel Melaka mempunyai 249 buah bilik kontemporari dengan 4 jenis Standard Room dan 2 jenis Suite ;

JENIS BILIK

KELUASAN

 

Standard Room with 1 Queen Size Bed

From 22 m² / 236 sq ft

 

Standard Room with 2 single beds

From 22 m² / 236 sq ft

 

Superior Room with 1 Queen Size Bed

From 23 m² / 247 sq ft

 

Family Room with 1 Queen Size Bed and 1 SingleBed

From 28 m² / 301 sq ft

Suite Room with 1 Queen Size Bed

From 35 m² / 376 sq ft

 

Family Suite with 1 Queen Bed + 3 Single Beds

From 47 m² / 505 sq ft

 



Penginapan yang aku pilih bagi kunjungan aku ke Melaka baru-baru ini adalah jenis Standard Room with 2 single beds. Walaupun hotel ini adalah hotel ekonomi namun segala fasilitinya adalah lengkap setaraf hotel-hotel yang ada bintang diluar sana.

Bagi bilik yang aku menginap baru-baru ini antara kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut ;


Food And Beverage Facilities (Free in Room)

Bathroom Facilities

Internet Facilities

Tv Facilities

·        Mineral Water

·        Coffee/tea making facilities

·        Mini Bar

·        Mini-refrigerator

·        Bottled water

·        Kettle

·        Accessible bathroom

·        Slippers

·        Mirror

·        Towel rack

·        Full-length mirror

·        Universal shaving plug

·        Hair dryer in bathroom

·        Fixed showerhead

·        Bidet

·        Wireless internet in the room

·        High speed internet

·        Children's TV Channels

·        Satellite/cable colour TV


Fasiliti lain yang turut disediakan di ibis Hotel Melaka ini adalah ;

  • Swimming pool
  • Car park
  • Shuttle
  • Restaurant
  • Wheelchair accessible hotel
  • Well-being
  • Air conditioning
  • Wi-Fi
  • Breakfast
  • Bar
  • Meeting rooms



Minum Petang Dan Makan Tengahari Pada Harga Berpatutan di ibis Hotel Melaka


Bagi mereka yang hanya ingin makan dan minum di hotel, apa kata anda mencuba Afternoon Tea di Parched Café. Nikmati minum petang anda dalam suasana yang tenang sambil menikmati kuih muih tradisi dan secawan kopi pada harga ;

  • 2 Nyonya Kuih priced at RM8++ 
  • 4 Nyonya Kuih priced at RM15++
Bagi mereka yang ingin menikmati Weekend Hi-Tea Buffet pula, anda boleh menikmati makan tengahari yang disediakan di ibis Kitchen yang terletak di aras G. Anda boleh menikmati makan tengahari anda sepuasnya dengan pelbagai pilihan makanan enak dan pencuci mulut seperti kuih muih, puding, kek dan juga buah-buahan.


Weekend Hi-Tea ini hanya tersedia dihujung minggu dan cuti umum bermula 12 tengahari hingga 4,30 petang pada harga RM56/pax


Bagi peminat-peminat asam pedas pula, anda wajib mencuba  Asam Pedas Ikan Pari Set claypot, lengkap dengan sisi telur masin, ulam-ulam, sambal belacan, dan nasi putih. Nikmati set menarik ini dari12:00 tengahari hingga 10:00 malam, berharga RM28++ setiap set.

Bagi mereka yang berminat untuk menginap di sini anda boleh dapatkan maklumat lanjut di ;

ibis Melaka

249 Jalan Bendahara
75100 MELAKA
MALAYSIA

GPS:2.197616, 102.25204

Telephone

+60 6-222 8888

 Fax+60 6-222 8899

Contact email H9101@accor.com

 

Post a Comment

0 Comments