PROGRAM PERKONGSIAN KOMUNITI PATUH SYARIAH UNTUK BIL PERUBATAN

Memiliki insurans dianggap perkara paling penting kini terutama selepas dunia diserang wabak COVID-19 yang meragut banyak nyawa. Aku adalah antara individu yang terkesan dengan kehilangan ahli keluarga akibat COVID-19


Namun tahukah anda bahawa tidak semua orang mampu untuk memiliki insurans? Harga yang perlu dibayar misalnya untuk 1 medical insurans sebulan paling tidak cecah ratusan ringgit. Dikala dunia tengah berperang dengan kemerosotan ekonomi, ramai yang memilih untuk tidak mempunyai insurans. Jika difikirkan kembali memang ada logiknya, harga sebulan yang perlu dibayar ratusan ringgit itu lebih baik disalurkan kepada pembelian barangan makanan dan keperluan seharian. 


Tapi manusia tidak selalunya sihat. Ada ketika kita memerlukan rawatan di hospital. Tanpa insurans pasti bil rawatan akan membebankan. Memahami apa yang dihadapi oleh golongan yang 'tidak mampu' ini, maka sebuah komuniti yang dinamakan LYNDUNG telah ditubuhkan bagi meringankan beban perubatan.


PROGRAM PERKONGSIAN KOMUNITI PATUH SYARIAH UNTUK BIL PERUBATAN



Lyndung menawarkan harga serendah RM10 untuk perkongsian bil perubatan. Konsepnya agak menarik iaitu seakan konsep khairat kematian tapi digunakan untuk tujuan perubatan. Buat pengetahuan, Lyndung adalah sebuah platform perkongsian komuniti yang membolehkan ahli komuniti berkongsi bil perubatan mengikut Garis Panduan Program dan Manual Ahli.


Namun begitu adalah diingatkan bahawa Lyndung BUKANLAH sebuah syarikat insurans/takaful. Program Perkongsian Komuniti Patuh Syariah Untuk Bil Perubatan adalah merupakan sebuah perkhidmatan yang ditadbir oleh Lyndung Sdn.Bhd (1454883-V) yang ditubuhkan pada 14 Mac 2022 yang juga merupakan sebuah anak syarikat kepada iSaham Sdn.Bhd (1257515-W) iaitu peneraju kepada portal analisis pelaburan berasaskan data di Malaysia


Bagaimanakah Komuniti Ini Berfungsi?

Komuniti ini sebenarnya berfungsi melalui fee serendah RM10 sebulan. Untuk memastikan bayaran ini akan masuk kepada komuniti, ahli perlulah mendaftar terlebih dahulu.

Pendaftaran pula adalah terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang sihat yang berusia 18 tahun sehingga 40 tahun. 

Harus diingatkan, Lyndung merupakan program perkongsian komuniti untuk bil perubatan yang mampu milik dan telus untuk rakyat Malaysia. Jadi, komuniti ini berfungsi melalui perkongsian ahli! Caranya adalah melalui kutipan yuran sama ada bulanan atau pun secara tahunan.

Bagi memudahkan anda untuk memahami, boleh lihat jadual di bawah ;

Bulanan

RM10

 

ATAU

Fi yang dikutip digunakan sebagai yuran Wakalah untuk menampung perbelanjaan pengurusan seperti pengambilan perkhidmatan TPA, dan eKYC Program

 

Tahunan

RM120

 

Fi yang dikutip digunakan sebagai yuran Wakalah untuk menampung perbelanjaan pengurusan seperti pengambilan perkhidmatan TPA, dan eKYC Program.

 

+ Sumbangan Perkongsian Awal

RM100

 

Untuk tujuan perkongsian perubatan sahaja. Sumbangan Perkongsian Awal adalah berbentuk kredit/prabayar. MYR 0 – MYR 50 akan ditolak secara automatik daripada Sumbangan Perkongsian ini setiap 25 haribulan.

 


Jadi, dari segi bil perubatan pula adalah melalui perkongsian sama rata oleh ahli komuniti dan maksimum perkongsian bulanan adalah RM50. Sekiranya sumbangan perkongsian awal telah digunakan sebanyak RM50 atau lebih, tambah nilai di perlukan.

Contohnya ;

Kos Perubatan : RM20,000
Jumlah Ahli : 2,000
Jumlah Perkongsian : RM10 seorang

Nota : RM10 akan ditolak daripada Sumbangan Perkongsian Awal (RM100) yang diterima semasa pendaftaran.



PROGRAM PERKONGSIAN KOMUNITI PATUH SYARIAH UNTUK BIL PERUBATAN


Pembaharuan keahlian 

Pembaharuan fi keahlian RM120 adalah pada akhir setiap kitaran 1 tahun untuk Mod Tahunan dan bagi Mod Bulanan, pembaharuan fi keahlian RM10 adalah pada akhir setiap kitaran 1 bulan.


Dengan RM10 sebulan sahaja, apakah manfaat yang anda boleh dapatkan melalui Program Perkongsian ini? Manfaat program ini amat hampir dengan medical card yang disediakan oleh pihak insurans/takaful. Antara manfaat utama Program Perkongsian Lyndung yang boleh anda nikmati adalah sepeti berikut:

 

1. Perkongsian bil perubatan akibat kemalangan - Manfaat ini adalah layak untuk dikongsi sehingga RM20,000 semasa tempoh menunggu 60 hari.

 

2. Perkongsian bil perubatan RM1 juta - Anda layak untuk menikmati manfaat ini setelah tamat tempoh menunggu 180 hari. Perkongsian ini termasuk rawatan akibat kemalangan, penyakit am dan khusus.

 

3. Khairat kematian - Waris anda akan menerima RM5,000 jika anda meninggal dunia.

 

4. Rawatan kanser dan dialisis buah pinggang - Jika anda memerlukan rawatan kanser dan dialisis, anda layak berkongsi bil rawatan tersebut sehingga RM100,000 sepanjang hayat.

 

5. Pemindahan organ - Jika anda merupakan penerima organ, and layak berkongsi sehingga RM20,000 seumur hidup.

 

6. Lebih 200 hospital panel - Lyndung mempunyai lebih daripada 200 hospital panel di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

 

7. Servis ambulans - bagi kes-kes kecemasan adalah layak untuk dikongsi sebanyak RM250.

 

8. Bilik dan makanan hospital - Anda layak untuk berkongsi bilik dan makanan hospital sehingga RM150.

 

9. Caj pendapat kedua - Anda boleh menerima pendapat kedua daripada doktor 60 hari sebelum dimasukkan ke hospital dan bil tersebut adalah layak untuk dikongsi.



Adakah Perkongsian Komuniti Ini Patuh Syariah?


Iya! Lyndung telah menerima sijil patuh Syariah daripada Tawafuq Consultancy untuk Program Perkongsian Komuniti Lyndung pada 1 Disember 2022

PROGRAM PERKONGSIAN KOMUNITI PATUH SYARIAH UNTUK BIL PERUBATAN

Sumbangan Perkongsian adalah dijaga oleh AWARIS.  Bagi yang tertanya-tanya apakah AWARIS? AWARIS adalah sebuah syarikat amanah patuh Syariah yang ditubuhkan pada tahun 2018. Syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat Amanah 1949 ini merupakan sebuah syarikat amanah yang bereputasi tinggi dan merupakan rakan korporat kepada beberapa institusi kewangan yang terkenal seperti Bank Islam, Bank Muamalat, Kuwait Finance House dan TEKUN Nasional



Bagaimana Untuk Mendaftar?


Proses pendaftaran untuk menjadi sebahagian daripada ahli komuniti Lyndung adalah sangat mudah dan mengambil masa kurang daripada 10 minit. Pendaftaran adalah secara atas talian, pastikan MyKad anda ada bersama anda untuk tujuan pendaftaran ini.



PROGRAM PERKONGSIAN KOMUNITI PATUH SYARIAH UNTUK BIL PERUBATAN



Secara ringkas, proses pendaftaran Lyndung telah dibahagikan kepada empat bahagian iaitu;

  1. Maklumat peribadi,
  2. Maklumat kesihatan,
  3. Pengesahan identiti (eKYC)
  4. Pembayaran

Bagi yang berminat untuk menyertai Lyndung anda boleh klik pautan ini https://lyndung.my/

 

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang pendaftaran lebih baik anda pergi sendiri ke laman web LYNDUNG atau hubungi mereka melalui ;


Telegram : @LyndungSupport (Telegram)

Whatsapp : @LyndungSupportWhatsapp

Facebook : LYNDUNG

Instagram : Lyndung.my



Post a Comment

0 Comments